Ruang dapur yang kemas memerlukan penstoran yang praktikal untuk kita menyimpan barang-barang masakan. Memang banyak lambakan rekaan dan bentuk rak dapur yang dijual di pasaran. Namun bukan semua orang punya cita rasa yang sama. Ada yang lebih gemar melakukan sendiri seara kreatif demi mencari kelainan di rumah sendiri.
Jika anda ingin memberi kelainan untuk ruang dapur anda sendiri, apa kata ikuti perkongsian Jeffry Jefisz membuat rak dapur mudah alih yang praktikal menggunakan kayu pallet. Kemas dan menjimatkan!
BACA: Wanita Ajar Buat Tempat Letak Kereta Hot Wheels Guna Rak Kasut, Baru Tak Bersepah!
Tapi terpulang kepada idea masing-masing juga.
1. Dapatkan kayu pallet (saya guna pine wood)
2. Potong mengikut bentuk kotak2 dan paku.
3. Gosok dgn kertas pasir atau mesin keatas permukaan kayu serta varnis jika mahu.
4. Buatkan tiang kiri dan kanan secara vertical.
5. Screw atau paku kotak pada tiang kiri kanan.
6. Potong dan alaskan rumput tiruan (pilihan).
Sedia untuk digunakan. Selamat mencuba.