Seorang lelaki di ISLAMABAD buta seumur hidup gara-gara mahu bernikah dengan gadis pilihannya. Abdul Baqi, 22 hilang penglihatan selepas matanya dikorek keluar menggunakan sudu oleh bapa dan empat adik beradik lelakinya.
“Saya memberitahu bapa dan adik beradik lelaki yang lain bahawa saya mahu bernikah dengan kekasih saya.
“Bapa saya pada awalnya bersetuju. Namun tiga jam kemudian dia bawa saya masuk ke dalam bilik dan empat adik beradik yang lain mengikat saya di atas katil.
“Mereka kemudian mengorek keluar mata saya. Saya menjerit meminta tolong tetapi tidak diendahkan,” kata Bagi.
Meskipun saya merayu supaya perbuatan itu dihentikan, mereka tetap bertindak mengorek keluar sebelah lagi mata saya. Baqi dikejarkan ke hospital oleh adik beradiknya dengan doktor mengesahkan dia buta seumur hidup.
Polis telah menahan bapa Baqi dan dua adik beradiknya selain memburu dua yang lain yang masih bebas.
Sumber : Daily Mail