Semakin lama semakin unik cara orang mengekspresikan diri. Atau dalam kes yang MASKULIN kongsikan kali ini, agak pelik. Dan jika di sisi agama Islam memang HARAM untuk dilakukan.
Budaya modifikasi badan kini menjadi sebagai fenomena baru di kalangan masyarakat Barat. Sebelum ini pasti anda pernah lihat pengikut trend ini mengubah tubuh badan mereka seperti menambah tanduk silikon, misai seperti kucing dan juga mancacah tatu seperti sisik ular.
Namun ia tak dapat menandingan apa yang dilakukan oleh seorang pemuda yang berasal daripada Australia. Apa yang dilakukan olehnya? Dia membuang kira-kria separuh daripada bahagian telinganya sehingga berlubang. Jika sebelum ini ramai yang membuat lubang untuk memakai subang besar, kali ini ia lebih berbeza.
BACA: “Lipas Masuk Telinga!” Jangan Risau, Anda Boleh Keluarkannya Dengan Langkah Ini!
Perkara ini dikongsi oleh Chai Maibert yang merupakan pemilik Calm Body Modification yang terletak di Stockholm, Sweden. Menurutnya menerusi posting di Facebook, dia melakukan proses dikenali sebagai ‘conch removal’. Dalam proses tersebut dia membuang bahagian tengah telinga iaitu concha (atau dikenali juga auricle atau pinna) pelanggannya.
Jelasnya prosedur ini dilakukan olehnya sendiri di atas permintaan pelanggannya yang datang dari Australia. Dan dia juga berkata bahawa modifikasi telinga ini tidak membuatkan seseorang itu pekak tetapi pada permulaannya ia akan sedikit terjejas. Namun selepas otak mula dapat adjust dengan kondisi telinga ia akan menjadi lebih baik.
Berdasarkan komen-komen di posting tersebut ramai menyatakan bahawa ia satu tindakan yang kurang bijak. Rata-rata berkata modofikasi seperti ini tidak membawa sebarang kebaikan. Tapi tidak kurang juga yang meumuji keberanian lelaki tersebut melakukan modifikasi seperti ini.
Antara komen paling menarik ialah dari seorang pakar audiologist. Dia seakan tidak percaya mengapa seseorang itu boleh melakukan modifikasi badan seperti ini. Dia dengan lantang menasihatkan agarwarganet yang lain tidak meniru perbuatan ini kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsung.