Semakin lama semakin unik cara orang mengekspresikan diri. Atau dalam kes yang MASKULIN kongsikan kali ini, agak pelik. Dan jika di sisi agama Islam memang HARAM untuk dilakukan.
Budaya modifikasi badan kini menjadi sebagai fenomena baru di kalangan masyarakat Barat. Sebelum ini pasti anda pernah lihat pengikut trend ini mengubah tubuh badan mereka seperti menambah tanduk silikon, misai seperti kucing dan juga mancacah tatu seperti sisik ular.
MODIFIKASI EKSTREM
Namun ia tak dapat menandingan apa yang dilakukan oleh seorang pemuda yang berasal daripada Australia. Apa yang dilakukan olehnya? Dia membuang kira-kria separuh daripada bahagian telinganya sehingga berlubang. Jika sebelum ini ramai yang membuat lubang untuk memakai subang besar, kali ini ia lebih berbeza.
Perkara ini dikongsi oleh Chai Maibert yang merupakan pemilik Calm Body Modification yang terletak di Stockholm, Sweden. Menurutnya menerusi posting di Facebook, dia melakukan proses dikenali sebagai ‘conch removal’. Dalam proses tersebut dia membuang bahagian tengah telinga iaitu concha (atau dikenali juga auricle atau pinna) pelanggannya.
Ads
Jelasnya prosedur ini dilakukan olehnya sendiri di atas permintaan pelanggannya yang datang dari Australia. Dan dia juga berkata bahawa modifikasi telinga ini tidak membuatkan seseorang itu pekak tetapi pada permulaannya ia akan sedikit terjejas. Namun selepas otak mula dapat adjust dengan kondisi telinga ia akan menjadi lebih baik.
Ads
Berdasarkan komen-komen di posting tersebut ramai menyatakan bahawa ia satu tindakan yang kurang bijak. Rata-rata berkata modofikasi seperti ini tidak membawa sebarang kebaikan. Tapi tidak kurang juga yang meumuji keberanian lelaki tersebut melakukan modifikasi seperti ini.
Antara komen paling menarik ialah dari seorang pakar audiologist. Dia seakan tidak percaya mengapa seseorang itu boleh melakukan modifikasi badan seperti ini. Dia dengan lantang menasihatkan agarwarganet yang lain tidak meniru perbuatan ini kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tiada apa yang lebih mengembirakan bagi orang yang menghadapi obesiti apabila dia berjaya melawan segala halangan untuk mengurangkan berat badan. Seterusnya hidup dengan sihat dan gembira. Pelbagai penyakit senang menyerang jika kita obesiti. Lelaki ini mengalami mengalami sakit pinggang, sakit lutut serta sakit tapak kaki yang sangat serius di usia 30 tahun kerana menghadapi masalah berat yang berlebihan
Seingat saya masa saya di tingkatan 5 pun berat saya sudah mencapai 130kg. Dan dari itu saya nekad untuk kurus, sebab saya ingin melihat bagaimana rupa saya bila kurus. Di samping itu juga saya ingin menjaga kesihatan dan mengekalkan untuk terus hidup dalam gaya hidup yang sihat dan aktif. Jika dulu saya seorang yang kuat makan, sekali makan nasi mesti 2-3 pinggan,dan boleh saya katakan tidak pernah bersenam.
Mari kita berkongsi kisah Fuad yang berjaya kurangkan berat badan 100 kg dalam masa 1 tahun 9 bulan dengan cara yang sihat.
MASKULIN : MENGAPA MAHU MENGUBAH CORAK KEHIDUPAN?
Ketika berat saya 190kg pada umur 30 tahun saya mengalami sakit pinggang, sakit lutut serta sakit tapak kaki yang sangat serius. Pelbagai ubat dan cara tradisional saya cuba tetapi masih tidak sembuh. Sehingga saya berjumpa doktor pakar mengenai masalah saya dan doktor bagitau tulang saya semua tiada masalah. Dan apa yang doktor sarankan ubat yang terbaik adalah saya kuruskan badan. Sebab pada doktor penyakit saya semua itu adalah berpunca dari berat badan yang berlebihan.
Benda yg memotivasikan saya untuk kurus adalah bila saya lihat di dalam akhbar,majalah dan juga media sosial ramai berjaya dari super obese seperti saya sehingga menjadi manusia normal. Dari situ saya terdetik,jika mereka di luar sana boleh melakukan mengapa tidak pada diri saya, sebab mereka manusia biasa juga seperti saya. Hari demi hari perasaan itu semakin kuat sebab saya telah menjalani kehidupan obese selama 30 tahun. Saya memang dari kecil tidak pernah berasa kurus sekali pun.Tanpa berlengah lagi saya mengorak langkah positif bermula tanggal 04/02/2016 dengan berbekalkan berat 190kg dan ketinggian 180cm untuk memulakan cabaran bagi diri saya sendiri
MASKULIN : KISAH OBESITI ANDA?
Tanpa berlengah lagi saya mengorak langkah positif bermula tanggal 04/02/2016 dengan berbekalkan berat 190kg dan ketinggian 180cm untuk memulakan cabaran bagi diri saya sendiri. Jujur saya katakan memang sukar untuk meninggalkan gaya hidup “lama” kepada yang baru,tapi saya tiada pilihan lain saya mesti terus kehadapan. Alhamdulillah sudah hampir 1 tahun 10bulan saya berjaya mencapai 90kg daripada 190kg. Jika dulu seluar saya size 58@56 serta baju 6XL ,tapi kini saya dah boleh pakai seluar size 36 dan baju XL/L..
Maskulin : Tip?
Jika di tanya tips pada saya,jawapan nya mudah saja iaitu HATI kita sendiri.. tanya kenapa kita ingin berubah,dan yang paling penting pastikan mesti ada sasaran kita, tapi jangan la letakan sasaran terlalu tinggi,sebab nak gemuk bertahun mana mungkin boleh kurus dalam sekelip mata. Berbalik pada tips utama iaitu tentang hati,dari hati ini la kita kena terapkan dalam jiwa untuk bekalkan semangat kental serta tabah dalam harungi dugaan berdiet. Faktor Keadaan sekeliling adalah cabaran utama. Saya juga di duga macam-macam dugaan terutama makanan yang sedap,tapi saya tekadkan dalam hati tidak mengapa saya ada sasaran saya kena kuat.
Dan satu lagi tips personal dari saya sendiri jika ingin berjaya dalam diet jangan terlalu bergantung kepada mesin penimbang. Contoh seprti saya jarang sekali saya timbang berat badan saya,saya lebih fokuskan kepada “inchloss”. Sebab nya jika kita terlalu bergantung kepada penimbang, kita akan stress apabila berat tidak turun atau naik. Stress adalah penghalang juga dalam proses diet. Saranan saya fokus kepada inchloss sebab ianya lebih seronok !
MASKULIN : RUTIN HARIAN ANDA?
Rutin diet saya? . Umum mengetahui pelbagai jenis diet dan konsep diet. Cadangan saya sebelum melakukan diet , kenali diri anda dan lihat diet mana bersesuaian dengan anda. Saya sendiri memilih diet rendah karbohidrat,sebab paling bersesuaian kerana saya gagal dengan cara konsep diet yang lain. Macam saya jika sarapan saya mengambil hidangan telur rebus atau setengah masak sebab ia mudah di sediakan,dan saya sertakan sekali dengan daud salad. Makan tengah hari saya akan ambil hidangan seprti ayam atau ikan dan saya akan lebih kan sayuran di setiap hidangan saya.
Makan malam saya pula akan sama seperti hidangan tengah hari dan saya akan makan malam selewatnya jam 7. Jika amik ringkas jadual makan saya adalah tepat pada masa nya saya mesti akan makan seperti 8am sarapan ,10am ringan,12pm lunch,4pm ringan,7pm makan malam. Jika malam saya lapar saya akan mengambil makanan ringan yang bersesuaian dengan konsep diet.
Maskulin : Rutin Senaman
Jika permulaan diet dulu saya hanya melakukan senaman dirumah saja kerana ketika itu tiada keyakinan dan perasaan malu itu kuat sebab pada fikiran saya seorang yang obese hendak bersenam adalah memalukan. Selepas 8 bulan diet dan berat saya ketikan telah mencapai 140kg,baru la saya menjinakan diri ke pusat gymnasium. Di gymnasium saya telah di ajar cara senaman menggunakan bebanan dengan selamat. Dari bermula dari situ saya sehingga sekarang masih meneruskan senaman di gymnasium. Selain dari gymnasium saya juga melakukan senaman berjoging dan berbasikal di luar. Dengan cara ini saya boleh mempelbagaikan rutin senaman saya untuk meningkatkan metabolisme supaya pembakaran lemak berlaku dengan baik.
MASKULIN : TIP
Pada saya maskulin nya seseorang lelaki itu pada penampilan dan gaya hidup nya. Sebab bila mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif penampilan seseorang juga semakin baik dan akan meningkatkan keyakinan diri.
Dan sekarang saya sangat bersyukur segala penyakit itu suda tiada dan saya telah menjadi seorang yang sangat aktif bersukan. Jika tidak dapat bersukan saya pula rasa tidak tentu arah. Itu sajalah sedikit perkongsian dari saya , dan saya harap dapat menjadikan semangat kepada yang masih obese di luar sana. Saya berpegang kepada pepatah, ” tiada siapa yang boleh merubah diri kamu ,kecuali diri kamu sendiri”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada yang makan dengan cepat, pantas seolah-olah terlalu lapar. Ada juga yang makan terlalu sopan santun macam pertama kali jumpa mak mertua depan muka. Jangan tak tahu, gaya makan juga boleh ditafsir tau. Ini bahaya guys hati-hati bila makan bersama gadis okay !
Makan dengan tenang
Lelaki yang menyuap makanan dengan penuh berhati-hati & dengan gaya sopan santun. Ini sifat disebaliknya adalah dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan & jangan ragui soal kesetiaannya dalam hubungan. Hanya kamu dihatinya.
Makan sambil membelek makanan
Lelaki jenis ini makan dengan penuh ketelitian. Contohnya, kalau makan ikan, tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan.. Kalau tak suka sayur, dia sanggup cari dan asingkan dulu sayur di tepi pinggan, jangan risau! Lelaki seperti ini sifatnya amat prihatin dalam setiap perkara yang dilakukan..Kalau dalam soal hubungan, dia memang serius
Serius ketika makan
Lelaki jenis ini gaya makannya serius sahaja. Tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat.. Sesekali dia akan berbual ketika makan, tetapi tidaklah kerap sangat. Kalau makan dengan pasangannya, si dia adakalanya asyik memerhati pasangannya. Ini bermaksud si dia amat sayang terhadap pasangannya dan tidak mahu pasangannya hilang walaupun seminit pun. Memiliki sifat pelindung yang kuat.
Makan sambil berbual
Lelaki jenis ini memang suka berbual ketika sedang makan, sampai nasi di pinggan pun tak luak. Ini menggambarkan si dia seorang yang ceria & susah nak marah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang terutama dalam soal perhubungan. Tapi awas! Jangan buat si dia marah.. Anda mungkin tak mahu melihat bom meletup!
Makan sambil melihat jam
Lelaki jenis ini selalu sahaja ingin cepat walaupun masa masih panjang & tiada perkara yang ingin dikejarkan. Jelas menunjukkan bahawa si dia amat menitikberatkan soal masa dan displin dalam kehidupan sehariannya. Jangan salah paham ya!
Makan sambil merungut
Lelaki jenis ini bila makan ada je yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah, tak cukup manis la dan lain-lain kadang kala boleh rasa menyampah mendengarnya.. Lelaki jenis ini adalah mereka yang suka berterus terang.. Apa sahaja yang dirasakan tidak puas hati, akan diluahkannya.. Tak perlu nak simpan-simpan.. Tapi disebalik sikapnya itu, si dia mempunyai sifat seorang yang memang caring.. Awas! Dalam soal hubungan, dia memang kuat cemburu. Jangan sesekali cuba nak pandang orang lain.. Silap hari bulan, tak pasal-pasal kamu kena sembur!
Sumber: HCL
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baru-baru ini netizen teruja dengan perubahan ketara bentuk badan pelakon Hafizul Kamal yang lebih kacak dan sado. Menerusi salah sebuah perkongsian Hafizul di laman Instagram miliknya, selebriti yang dilahirkan menerusi program realiti On-Air itu berkongsi mengenai perubahan bentuk badan yang dialaminya.
“Saya hanya ada enam minggu untuk siapkan badan saya sebelum shooting filem Paskal. Tak hebat mana tapi itu lah enam minggu wei.
“Ini tanggungjawab, takkan badan barai nak bawak nama Paskal. Tak besar pun kalau tgk live sbb anggota sebenar pun badan super lean,” tulis Hafizul.
Di ruang komen, rata-rata peminat memuji penampilan Hafizul yang kelihatan semakin tegap dan sado. Peminat juga memberikan kredit kepada Hafizul atas kesungguhannya untuk melakukan transformasi bagi menjayakan watak Bintara Muda Imran dalam filem Paskal. Filem tersebut mengetengahkan perjuangan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
usteru, Hafizul bersyukur kerana dia mampu mendapatkan ‘kesasaan’ yang diinginkan hasil disiplin yang tinggi atas bantuan jurulatih kecergasan peribadi, Mohd. Khairi hanya dalam tempoh enam minggu.
Selain Hafizul, pelakon lain yang membintangi Paskal ialah Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.
Filem terbitan bersama Asia Tropical Films, Golden Screen Cinemas serta Multimedia Entertainment itu mendapat kerjasama sepenuhnya dari TLDM dan dikatakan menelan belanja kira-kira RM10 juta.
Sumber : Instagram Hafizul Kamal
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.