Setiap orang ada perasaan yang tersendiri. Perasaan yang paling utama adalah rasa mencinta serta dicintai. Namun, hati manusia juga goyah bila kita cuba untuk mencinta tetapi tiada balasan dari pihak yang sepatutnya meraikan cintanya.
Kecewa pasti ada dan sebagai manusia, kita tidak boleh menipu. Untuk melupakan kekecewaan, terdapat banyak cara yang lelaki boleh buat. Antara perkara yang boleh dibuat untuk move on adalah dengan mengaktifkan diri dalam pelbagai perkara.
Untuk itu, ia dibuktikan oleh seorang pengguna twitter, Mierul. Dia Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 34Kg dalam masa 4 bulan. Dia juga turut berkongsi 4 fasa kurusnya.
Ikuti kisahnya melalui twitter thread yang kini sudah mempunyai ulang kicau sebanyak 2.1K serta 3.7K tanda suka.
Perjalanan kurus bermula daripada sebab Gagal Dalam Bercinta
Fasa pertama makan sebanyak mungkin
Ads
Fasa kedua bermula dengan diet atkins
Diikuti dengan membuat slow jog dan ukur pencapaian guna apps yang sesuai untuk running serta boleh kira jarak larian
Ia juga turut disusuli dengan memakan roti wholemeal bersama telur rebus yang dibuang kuningnya. Selain itu, dia turut memakan dada ayam yang dibakar menggunakan minyak zaitun yang dipercayai ramai boleh membakar lemak dengan cepat.
Ads
Serta banyak minum air kosong dan tinggalkan segala air manis. Selepas itu terus masuk ke fasa 3
Ketika berpuasa di bulan ramadhan, berbuka dia memakan kebab serta ayam golek serta seminggu sekali minum air manis sebagai pembekal tenaga. Bila ramadan habis, dia kembali jogging
Slow jog mengikut kemampuan dan tidak perlu mengejar kelajuan larian orang lain
Ketika ini dia sudah mula bersenam di gym serta mengambil protein dan berkongsi tip lain agar kuat semangat menangani dugaan serta godaan untuk mengambil makanan yang tidak berkhasiat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kapten pasukan bola sepak Selangor FC, Safuwan Baharudin bersemangat untuk menamatkan kemarau piala gergasi merah.
Dengan kekuatan pasukan yang berbeza pada tahun ini, Safuwan Baharudin berharap agar hasrat itu berjaya direalisasikan dengan memenangi sekurang-kurangnya satu piala kelab domestik.
“Tahun ini berbeza sedikit. Kami ada pemain lebih baik, kami ada sokongan yang baik dari pihak pengurusan, kami ada jurulatih yang baik,” kongsinya kepada MASKULIN.
Pernah bermain untuk beberapa pasukan seperti PDRM FC, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan FC dan lain-lain lagi sebelum menyertai Selangor FC, jejaka berusia 33 tahun dari Singapura ini mengakui sukar untuk berpindah pasukan, apatah lagi pasukan yang saling bersaing antara satu sama lain.
Namun, perkara itu dianggap biasa dalam arena sukan bola sepak.
“Ini adalah bola sepak. Bila bercakap tentang bola sepak, malam ini anda boleh berada di suatu tempat, esoknya berada di tempat yang lain,” ujarnya.
6 Bulan Berehat Akibat Kecederaan Kepala
Mengimbas kembali pengalaman kerjaya sukannya itu, Safuwan Baharudin juga tidak terlepas dari mengalami saat yang getir.
Pada tahun 2022, Safuwan menglamai kecederaan kepala yang serius sehingga perlu direhatkan sepenuhnya di rumah selama enam bulan.
“Itu adalah saat buruk bagi saya. Saya direhatkan tanpa bermain selama enam bulan. Ia memang rehat sepenuhnya di rumah,” ceritanya kepada MASKULIN.
Dengan bantuan dari para doktor dan jurupulih perubatan fisioterapi, Safuwan mampu kembali beraksi di padang.
Bagaimanapun, Safuwan tetap mengambil langkah berjaga-jaga agar kecederaan lampaunya itu tidak terjejas semula ataupun mengelami kecederaan baharu.
Menyarung jersi pasukan gergasi merah sahaja sudah cukup membanggakan, apatah lagi diberi kepercayaan untuk mengemudinya sebagai kapten.
Namun ia juga datang dengan satu tanggungjawab besar yang Safuwan akui sukar untuk digalas.
Lebih-lebih lagi apabila berlakunya kejadian yang menimpa rakan sepasukan, Faisal Halim atau mesra disapa Mickey yang cedera disimbah asid.
Kata Safuwan, kejadian yang tidak disangka ternyata memberi kesan secara mendalam kepada seluruh ahli pasukan juga.
Keadaan di dalam pasukan sendiri menjadi kacau-bilau, sehingga Safuwan selaku ketua terpaksa memencilkan diri seketika demi memahami punca pemain menjadi tertekan sebegitu.
“Saya rasa selepas kejadian itu, hampir dua minggu juga kami bergaduh sesama sendiri. Antara satu sama lain, memang aura itu sudah lain.
“Mungkin disebabkan kami semua pun balik rumah rasa takut. Datang berlatih pun rasa takut,” kongsinya lagi.
Susulan itu, jurulatih pasukan memutuskan untuk memberi tempoh berehat selama dua hingga tiga hari kepada semua ahli pasukan.
Namun selepas tempoh itu, jurulatih ingin mereka kembali semula berlatih dengan semangat yang baharu, demikian menurut Safuwan.
Seperti pemain lain, Safuwan Baharudin juga turut mengidolakan bintang bola sepak antarabangsa.
Idolakan Beckham & Zidane
Bagi Safuwan, dia sungguh mengagumi David Beckham dan Zinedine Zidane meskipun mereka bukanlah pemain di posisi sepertinya.
“Mereka berdua bukanlah dalam posisi saya, tapi atas dasar cinta terhadap bola sepak.Cara mereka bermain, cara mereka mengembangkan diri mereka.
“Jika kalian menonton dokumentari mengenai mereka, ia mungkin adalah dokumentari terbaik dalam bola sepak. Kalian boleh belajar banyak perkara berkenaan dalam dan luar padang,” tambah Safuwan.
Di akhir temu bual, Safuwan Baharudin meluahkan rasa penghargaannya terhadap para peminat bola sepak.
Baginya, peminat adalah salah satu punca yang membantu ramai pemain tempatan mampu membangun sebagai seorang pemain yang lebih baik.
“Tiada siapa mahu bermain di stadium yang kosong. Kami sentiasa suka bermain di hadapan para peminat.
“Sokongan, dedikasi, kewangan yang disumbangkan menerusi tiket-tiket bola, penerbangan untuk menonton pasukan kegemaran mereka tak kisah di mana-mana. Saya rasa itu satu komitmen yang besar,” katanya.
Saya lebih mesra dipanggil Asyi. Berumur 24 tahun.
Berapa berat badan anda sebelum ini?
Berat sebelum 65 kg , sekarang 78 kg
Berapa lama untuk anda lakukan transformasi?
Transformasi physique mngambil masa dalam 1 tahun, sehingga kini dalam dunia fitness sudah 3 tahun dan masih meneruskan journey to fit .
Apa pendorong untuk berubah?
Apa yang membuatkan saya ingin berubah adalah kerana dahulunya saya seorang yang sangat kurus, rasa kurang berkeyakinan dalam berpakaian. Jadi inilah sahaja cara untuk saya menambah keyakinan diri.
Menu diet anda?
Ayam setengah ekor, telur rebus 8 biji , brocolli , protein shake , mnum air masak sckupnya, sweet potato .
Fitness goal?
Saya punya fitness goal adalah untuk terus amalkan gaya hdup sihat, pemakanan yang sihat dan untuk kekal fit ( the hardesr part)
Rutin workout harus ditukar atau tidak?
Change ruotine workout adalah salah satu konsep senaman penting. Cuba untuk variasikan rutin anda supaya tidak bosan dgn rutin yang sama .
Latihan berat atau kardio dahulu?
Latihan beban hendaklah dilakukan lebih dahulu, setelah angkat beban anda baru melakukan latihan kardio. Latihan kardio yang baik dilakukan 5-15 minit. Jangan melakukan latihan kardio terlalu lama.
Tip mudah untuk jaga berat badan?
Banyakkan mnum air mineral, air mineral dapat menurunkan berat badan. Sebelum makan minumlah satu gelas air mineral .
Hindari makan selepas dripada jam 6 petang.
Kurangkan makanan berlemak, berminyak, trans fat dan bergula
Kardio dan banyak berjalan/bergerak
Cuba Diet Rendah-Karbohidrat, Tinggi Protein
Tidur yang cukup.
Workout dalam stres, bagus atau tidak?
Bagi pendapat saya , adalah lebih baik untuk workout dalam keadaan dan mood yang baik. kerana ia memberi kesan kepada senaman anda. Jika anda stres ambillah masa untuk bertenang seblum memulakan workout.
Update training knowledge?
saya seorang yang suka membaca, jadi saya banyk membaca mengenai fitness dari majalah seperti Maskulin. Juga dari Youtbe dan melalui kursus senaman melalui JK1M.
Dapatkan abs?
Mendapat abs yang baik ianya datng dari dapur ( nutrisi ) . Lebihkan protein dan kurangkan lemak dan gula, amalkan pushup dan sit up ( abs workout ) .
3 suplemen yang anda amalkan?
Whey protein , glutaminen , creatine , pre workout
Part body paling digemari?
Abs and chest kerana ia menjdi satu kepuasan bagi saya untuk mendapatkann bentuk melalui kerja keras dan dedikasi .
Seksi bagi anda?
Kebanyakkanya definisi dari ‘sexy’ di mata kebanyakan orang tak lebih dari sekadar kemolekan tubuh, tetapi bagi saya seksi itu subjektif, lelaki boleh nampak seksi dengan minda ( pelajaran ) dan cara dia berfikir,sexy is not only physqally , it’s inside out . if u have good
mind/education and beautiful/sexy its a bonus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama ada anda sedar atau tidak, didapati tidak ramai pengguna gimnasium melakukan senaman kaki. Mungkin juga anda akan perasan ada mereka berbadan besar tetapi kecil di bahagian kaki, seolah-olah seperti kaki ‘ayam’.
1. Lunge
– Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja, dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambah beban secara berperingkat.
– Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda mempunyai ruang.
– Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan anda sehingga paras paha, selari dengan lantai.
2. Squat
-Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini antara paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
-Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
-Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
-Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
3. Step Up
-Senaman yang mudah dilakukan di mana-mana sahaja, sama ada di taman rekreasi atau pun di rumah.
-Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda pijak, paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
-Sekiranya terlalu rendah, ia kurang berkesan dan sekiranya terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar, cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
-Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas, dan semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas . Jangan lakukan dengan terlalu laju. -Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
4. Sumo Dead-lift
-Senaman ini pula lebih efektif membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.
-Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
-Pastikan posisi kaki anda menghadap penjuru, tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki dan hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak dan jangan melengkung.
Selamat mencuba, lakukan senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3 hingga 4 set dan 20 hingga 30 pengulangan bagi mereka yang ingin membakar lebihan lemak. Dapatkan langkah dan teknik senaman yang betul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.