Walaupun ada yang mengatakan ia agak sukar untuk turun berat badan sebanyak 38 Kg dari 120Kg ke 82Kg, namun bagi tuan punya badan, ia bukan suatu yang mustahil.
Turun berat badan, semua orang boleh buat, namun yang berbeza adalah usaha kita untuk menurunkannya yang membezakan kita dengan orang lain.
Bagi Syafiq Nazmi, dia mengganggap makanan diet bukan sebagai makanan untuk diet, dia berjaya mengubah mindset dengan mengambil makanan tersebut sebagai makanan harian.
BACA: ‘Dulu Ukur Pinggang Guna 2 Pita Ukur, Sekarang Tak’, Lelaki Ini Kongsi Tip Diet Dari 170Kg Ke 98Kg
Mengimbau semula kenangan lama ketika berbadan besar, dia dahulu merupakan seorang yang gemar makan tidak tentu serta makan 3-4 kali sehari dengan hidangan yang banyak tanpa kawalan.
‘Saya rasa tidak selesa kerana banyak baju saya tidak lagi muat’, ujar pelajar kolej ini yang mana dia katakan ini adalah antara sebab dia ingin berubah serta berusaha menurunkan berat badan.
Masa yang sama dia turut berkongsi antara hidangan diet yang dia amalkan seperti pada waktu pagi, dia makan nasi lemak dengan kadar 600Cal, diikuti tengahari nasi putih 280cal ayam rebus 160cal dan akhir sekali pada waktu malam makan Bee hoon sup 160 cal.
Apabila bertanya tentang perubahan fizikal badan, dia menyatakan bahawa ‘Saya mengambil masa 3 bulan untuk nampak perubahan yang ketara’, katanya.
Selain itu, dia juga turut memperbanyakkan senaman berbentuk kardio, serta merancang untuk mempunyai berat badan 76 Kg walaupun ketika ini dia sudah bersyukur dengan berat yang dia sudah capai.
Akhir sekali, dia sentiasa memotivasikan diri dengan kata-kata semangat seperti ‘Badan takkan gemok sendiri’.