Bagi anda yang fobia dengan serangga atau binatang merayap boleh tutup muka sekarang. Bila bayangkan serangga seperti ulat bulu memang tak nafikan agak meremang bulu roma jugalah apatah lagi jika ia merayap di atas badan kita.
Kalau nak lebih ekstrem bayangkan lipan yang merayap di atas badan anda! Sudahlah mempunyai kaki banyak, ada bisa pula.
Tapi berbeza bagi seorang lelaki di Taiwan yang dikenali denganb nama Neil Cheng. Dia dengan selambanya memelihara lipan sebagai binatang peliharaan.
Apa yang lebih menarik lagi lipan itu bukanlah lipan yang biasa seperti kita tengok tetapi ia merupakan lipan gergasi!
Ads
Dengan ukuran panjang kira-kira 43 sentimeter, serangga berbisa ini dijadikan binatang peliharaan kesayayangannya.
Menurut Neil Cheng, lipan gergasi miliknya telah dibeli pada tahun 2014 dan siaznya dahulu tidaklah sebesar sekarang dengan ukuran kira-kira 30 sentimeter. Jelas Neil lagi rakan sebiliknya juga tidak kisah dia membela lipa gergasi itu kerana mereka berdua mempunyai minat yang sama iaitu membela haiwan berbisa.
Ads
Neil memberi makan dengan tangan kepada lipan kesayangannya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Caters Clips, Neil kelihatan bermanja-manja dengan lipan tersebut.
Ads
Rakaman menunjukan lipan itu merayap ke atas badan Neil. Dia juga dilihat memberi makan dengan menggunakan tangan. Seolah-olah macam memberi makan untuk kucing.
Manja macam kucing!
Walaupun aksi beraninya dilihat cukup bersahaja namun Neil memberi peringatan kepada orang ramai agar memahami binatang tersebut terlebih dahulu dan tidak meniru aksinya.
Dengan pengalaman lama dimilikinya dalam membela binatang atau serangga berbisa, Neli lebih faham akan tingkah laku mereka.
Anda rasa anda berani untuk bela lipan gergasi seperti ini?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Datuk Awie, vokalis kumpulan Wings yang terkenal, merancang untuk mengabadikan kenangan manis perjalanan solonya melalui sebuah konsert berskala besar.
Setelah meninggalkan Wings seketika pada tahun 1993 dan menempuh perjalanan solo yang, Awie kini bersedia untuk menutup tirai kerjaya solonya yang telah berlangsung selama tiga dekad dengan persembahan istimewa yang dinamakan “Journey”, demikian lapor Berita Harian.
“Selepas berbincang dan mendapat restu daripada anggota Wings, saya putuskan bahawa ‘Journey’ akan menjadi konsert solo terakhir saya,” ujar Awie. “Bersama Wings, kami masih merancang untuk aktif selama sembilan tahun lagi sebelum berehat. Namun, untuk kerjaya solo saya, konsert di Malaysia dan Singapura ini akan menjadi yang terakhir kerana saya mahu berehat.”
Konsert ini akan menjadi alternatif kepada peminat setia Awie sementara menantikan persembahan langsung Wings yang seterusnya. “Wings akan mencecah usia empat dekad tahun depan, jadi kami perlu tangguhkan sebarang projek hingga saat itu. Oleh itu, saya ambil kesempatan ini untuk tampil dengan konsert solo,” jelasnya.
Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 56, menyatakan bahawa konsert ini akan bersifat peribadi dan memaparkan tiga dekad perjalanan kerjaya seninya sebagai penyanyi solo. “Perjalanan kerjaya solo saya sudah masuk 30 tahun. Sepanjang tempoh itu, banyak kisah telah berlaku. Jadi, saya sudah tetapkan satu cerita untuk konsert ini. Ia tidak akan menjadi konsert biasa tetapi luar biasa,” katanya.
Konsert Journey akan menampilkan konsep monolog dan teaterikal, yang menjadi tanda dagang Awie selama ini. “Konsert itu akan menggabungkan elemen drama, monolog, dan teaterikal. Konsep kali ini memang menarik dan saya percaya peminat akan suka. Saya akan memilih lagu-lagu solo dan lagu Wings yang sesuai untuk dipersembahkan pada malam itu,” katanya lagi.
Penceritaan konsert ini bermula pada tahun 1985, ketika Awie mula-mula menceburi bidang seni, dan akan memaparkan pelbagai kejadian sepanjang kariernya. “Apa sahaja kejadian yang berlaku akan saya paparkan di layar lebar LED dan di pentas. Mungkin akan ada pelakon yang diundang untuk membawa watak-watak yang wujud sepanjang perjalanan karier saya,” tambahnya.
Konsert Journey akan dipentaskan di dua lokasi: di Star Theatre, Singapura pada 27 Julai dan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 3 Ogos depan.
Konsert Journey bukan sahaja menandakan berakhirnya perjalanan solo Awie, tetapi juga satu penghormatan kepada legasi seninya yang telah memberi impak besar kepada industri muzik Malaysia. Peminat setia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan terakhir yang penuh emosi dan kenangan ini.
BERSENAM DALAM BULAN PUASA TIDAK SEMUDAH HARI LAIN. SESUAIKAN PANDUAN BERIKUT DENGAN OBJEKTIF DAN KEMAMPUAN DIRI SENDIRI.
1) WAKTU TERBAIK BAKAR LEMAK?
Dalam 1jam sebelum berbuka atau terus selepas berbuka dengan air (tidak berkalori) sahaja. Lakukan senaman intensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum) seperti slow jog, brisk walk (iktu kemampuan individu), casual sports dll. Setelah berpuasa sehari dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.
Panduan: Untuk pastikan anda dalam lingkungan 65% heart rate, pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercunggap-cunggap.
[one_whole boxed=”true”]Safety: Dengan keadaan cuaca yang amat panas dan lembap, saya syorkan senaman ringan ini dilakukan indoors atau tempat yang agak redup, tidak berseorangan dan berdekatan rumah atau public area. Berhenti sekiranya berasa pening atau loya pada bila-bila masa. [/one_whole]
2) SENAMAN HIGH INTENSITY BOLEH?
Saya tidak galakkan anda lakukan senaman high intensiti seperti HIIT, Tabata, competitive sports, high intensity cardio dalam keadaan puasa. Penting! Senaman intensiti tinggi tanpa air sememangnya bahaya dan boleh akitbatkan pelbagai risiko kecederaan, pengsan, serangan jantung dan masalah yang tidak berbaloi. Please utamakan keselamatan diri.
Nota: Diet popular Intermittent Fasting atau IF benarkan HIIT atau senaman lain dalam keadaan berpuasa TAPI “puasa IF” dan “puasa Ramadhan” tidak sama kerana IF benarkan minum air (tidak berkalori) semasa “berpuasa”.
3) JADI BILA NAK BUAT HIIT ATAU WEIGHT TRAINING?
Hanya selepas berbuka puasa. Kalau nak bersenam TERUS selepas berbuka? Stick to makanan dan minuman mudah hadam (elak solid foods), jangan makan banyak sangat dan tunggu dalam 10-20 minit sebelum mulakan senaman. Contoh: Kurma 2x, air suam, maybe 100Plus dan whey protein (ia protein mudah hadam). Kalau anda berpuasa dengan makanan yang agak berat, anda boleh lakukan HIIT atau weight training dalam 60-90min selepas berbuka.
4) TAK NAK SENAM BULAN PUASA BOLEH?
Ok juga tu. Saya sendiri biasa akan kurangkan senaman atau berhenti terus bersenam sepanjang bulan Ramadan. Ini untuk rehatkan badan yang aktif sepanjang tahun dan membolehkan badan baiki segala wear-n-tear.
Ingat: World class athletes pun ada off-season jadi tak salah untuk shut-off from segala activiti kecergasan dan fokus mungkin beri lebih tumpuan kepada amalan rohani bulan Ramadan.
5) TERAWIH TU BOLEH KIRA “SENAMAN” TAK?
Yes ia bakar kalori (mungkin sehingga 200-300kcal bergantung kepada durasi dan suhu masjid/surau) tapi objektif utama solat terawih tu bukanlah sebagai aktiviti kecergasan.
Tapi di samping pahala ia tetap bantu kesihatan jasmani dan rohani lagi-lagi kalau anda berjalan kaki ke masjid.
Sumber : KevinZahri.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu kewajipan yang perlu kita langsaikan sebelum menjelangnya hari raya adalah membayar Zakat Fitrah .Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Ia adalah kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan yang bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.
Kebiasannya ia boleh dilakukan dengan menemui amil di pusat-pusat zakat, masjid-masjid atau di mana-mana kiosk yang menawarkan perkhidmatan pembayaran ini. Pembayaran zakat fitrah juga mestilah dibuat bersama-sama lafaz akad zakat fitrah sama ada untuk diri sendiri, tanggungan dan untuk pihak lain. Tetapi kadangkala itulah yang menjadi masalah kita semua, kekangan waktu dan sikap suka bertangguh menyebabkan kita sering lupa untuk menunaikan kewajipan ini.Kini kita boleh menunaikan zakat ini melalui sistem online je
Pada tahun 2003, Fatwa Kebangsaan Malaysia yang mazhab rasminya adalah Mazhab Syafie telah menerimapakai pendapat bahawa membayar zakat fitrah dengan nilaian wang adalah dibolehkan.
HUKUM BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE
Menurut info dari Pusat Zakat Melaka, zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.
Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau secara internet banking, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku.
Maka, sahlah zakat tersebut. Hukum berzakat dengan cara ini adalah harus.
Ini diletakkan atas sandaran bahawa Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah, seperti dalam firmannya:
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185).
Cara Mudah Bayar Zakat Melalui Maybank2U
Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui Maybank2u
4. Pada bahagian ‘Category’ pilih ‘Zakat & Charity’
(Rujuk kadar zakat negeri anda: Kadar Zakat Fitrah 2018 Mengikut Negeri Di Malaysia)
5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki.
6. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’ dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar.
PERLUKAH MELAFAZKAN AKAD?
Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan? Ini kerana, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah.
Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.
LAFAZ NIAT & DOA ZAKAT FITRAH
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنِّىْ وَعَنْ جَمِيْعِ مَا يَلْزَمُنِىْ نَفَقَاتُهُمْ شَرْعًا فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘ANNII WA’AN JAMII’I MAA YALZAMUNII NAFAQOOTUHUM SYAR’AN FARDHOL LILLAAHI TA’AALAA
Sahaja aku mengeluarkan zakat atas diriku dan atas keluargaku yang diwajibkan memberi nafkah pada mereka secara syari’at, fardhu karena Allah Ta’aala.
Bacaan Doa Niat Membayar Zakat Fitrah
ALLAHUMMAJ ‘ALNAA MAGHNAMAN, WALAA TAJ’ALHAA MAGHRAMAN Ya Allah jadikanlah ia sebagai simpanan yang menguntungkan dan jangan jadikanlah ia pemberian yang merugikan.
ADA TEKNOLOGI, TIADA ALASAN LAGI!
Dengan adanya teknologi kini, tiada alasan lagi untuk kita lewat menunaikan zakat fitrah.
Namun, bagi mereka yang terlupa menunaikan zakat fitrah sehingga terbenamnya matahari, iaitu apabila masuk hari kedua Syawal, maka dikira berdosa dan wajib mengqadakannya.
Ini bermaksud, seseorang itu masih wajib mengeluarkan juga zakat fitrah itu walau setelah luput hari pertama Syawal dan zakatnya itu pada masa tersebut dikira qada.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.