Intermittent Fasting atau IF adalah kaedah diet yang memerlukan anda mengatur pola makan dengan cara berpuasa dalam tempon 14 hingga 16 jam.
Namun tidak semua mampu bertahan dalam tempoh yang panjang ini. Tetapi tahukah anda, jika anda bertahan sedikit, lama-kelamaan perut anda akan terbiasa dan mengikut waktu.
Baru-baru ini, di Facebook Raisul Fadhla Safiruddin ada memberi sedikit tip bagaimana jika anda ingin mencuba IF.
Antara tip yang paling berguna, dia memberitahu jika anda mahu mengisi perut dengan meminum air kopi atau pun teh kosong tanpa gula tiada masalah.
“Cara mudah nak buat Intermittent Fasting, mulakan puasa sebelum tidur.
“Contohnya dinner habis pukul 8 atau 9 malam. Next meal esok pagi (breakfast) paling awal pukul 9 atau 10. Dah dapat 12-13 jam.
“Sebelum breakfast kalau nak minum air, teh atau kopi kosong tanpa gula tak ada masalah, masih dikira IF.
“Bila dah biasa buat 13 jam (Circadian Fasting), nanti boleh cuba upgrade 16 jam pula. Lama-lama akan teringin sendiri nak cabar diri buat 18 jam, 20 jam dan seterusnya.” Tulisnya di Facebook
Raisul memberitahu jumlah masa yang paling lama dia berpuasa adalah 50 jam pada bulan Mac tahun lalu. Ketika virsecal fat dalam badan masih tinggi.
“Untuk amalan harian, bila masa nak start (last meal) dan stop IF (breakfast) ikut keselesaan, keadaan dan kemampuan masing-masing. IF ini amat flexible.
“Puasa ini bukan sekadar boleh kuruskan badan. Ia juga boleh memperbaiki kerosakan sel dalam badan, memberi kerehatan kepada sistem penghadaman, reset balik metabolisma dan banyak lagi.
“Sebab itu orang yang dah selesa buat IF, akan cuba buat setiap hari dan berazam nak amalkan sepanjang hayat. Tulisnya lagi.
Raisul juga ada muat naik cara-cara dan bagaimana dia memulakan IF di Facebook (Nota RFS)
Sumber: Facebook Raisul Fadhla Safiruddin