Mesti kadang-kadang kita tak tahu apa yang sebenarnya kaum wanita lihat pada kaum lelaki bila pertama kali berjumpa? Bukan sahaja pertama kali, tapi boleh jadi, saat terjumpa tepi jalan pun, orang lelaki mesti nak tahu apa yang berada di kotak fikiran wanita? Jadi inilah rahsianya!
Tiada sebarang argument tentang ini. Jika kamu menjaga muka kamu dengan elok dan teliti, ini bermaksud kamu menjaga diri kamu dengan sempurna.
Adakah kamu memerlukan wajah yang handsome? Sudah tentu tidak! Tentu sekali tidak terutama kita yang bukan dilahirkan untuk menghiasi layar perak Hollywood! Jika itu yang kaum wanita cari, habislah kaum lelaki dalam dunia ni. Bersepah lelaki bujang jika itu yang wanita mahukan. Tetapi tidak, usah risau!
Sesetengah lelaki yang “manly” seringkali tidak mengendahkan tentang kulit mereka. Mereka tunggu sehingga masalah kulit mereka serius barulah nak buat treatment
. Sesungguhnya, itu semua adalah tanggungjawab kamu sebagai lelaki untuk menjaga wajah kamu. Gunakan lotion yang betul dan pencuci muka yang bersesuaian.Senyuman yang menarik adalah aset besar untuk menjadi tarikan wanita. Senyuman itu seolah-olah tanda “welcome” yang kamu berikan kepada mereka yang melihat. Seakan-akan melambai-lambai dari jauh. Kuat betul kuasa senyuman ni.
Namun penjagaan rapi harus selalu dibuat untuk memastikan kondisi gigi kamu sentiasa bersih dan elok. Putih sentiasa. Kurangkan minum minuman seperti kopi dan teh. Kurangkan juga amalan merokok kamu kerana ia pasti memberi kesan buruk kepada gigi kamu. Sentiasa berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan pemeriksaan yang betul.
Ini memerlukan kamu untuk memakai potongan sut yang betul, tepat dan sesuai. Tapi harus diingat, harus sentiasa peka untuk mengelakkan potongan yang fit terutama pada seluar. KATAKAN TIDAK PADA SKINNY JEANS! Jenis skinny jeans tidak menarik dan bukan gaya yang sesuai untuk maskulin. Sarungkan rekaan seluar dengan potongan lurus dan sedikit besar.
Kamu juga harus sentiasa meletakkan effort untuk memilih yang bisa menyamaikan mesej yang positif iaitu mengenai status, gaya hidup dan personaliti kamu. Wanita pastinya mahu mencari lelaki yang menarik dan boleh menjaga dirinya. So, berpakaianlah sedikit matang supaya anda sentiasa tampak bersedia!
Bukan hanya baju kamu malah segala details yang ada pada tubuh kamu, dia pasti akan melihatnya satu persatu. Ini bukanlah isu memilih atau pun wanita material, tetapi ini adalah perkara normal wanita lakukan untuk mencipta minat mereka terhadap kamu.
Gaya rambut
Cermin mata
Jam tangan
Kasut
Siapa kata wangian tidak menjadikan seseorang itu tertarik dengan kamu? Kamu tidak boleh menyangkal tentang kekuatan haruman itu. Mungkin ada sesetengah lelaki hanya menggunakan deodorant yang kuat untuk dijadikan sebagai wangian tubuh kamu. Hentikan! Ini masanya untuk kamu mencuba yang lain dengan menyembur wangian yang sebenar ke tubuh kamu!
Jadi apa tunggu lagi? Kamu harus memiliki satu wangian yang sesuai dengan gaya personaliti kamu. Wangian yang sedikit maskulin pastinya akan menjadikan kamu lebih gentleman!
Jika kamu seorang yang lawak, ia secara tidak langsung memberi gambaran yang baik tentang personaliti kamu. Namun, jika kamu terlebih gaya, boleh jadi si dia merasakan kamu bersifar biadap. So don’t cross the line!
Jika kamu yang mahukan hubungan yang benar-benar serius dengannya, jadilah lelaki yang baik. Be a nice guy! Walaupun sesetengah wanita lebih memilih lelaki yang agak nakal dan tidak serius, tetapi percayalah, di penghujung mereka mahukan lelaki yang bertanggungjawab apabila berumah tangga.
Jadi jauhi perkara-perkara negatif untuk menjadikan imej kamu lebih clean supaya dia tertarik dengan kamu!