Berdasarkan kajian, 75 peratus wanita di Malaysia lebih sukakan lelaki berkulit hitam manis berbanding mereka yang berkulit cerah. Buktinya ramai wanita yang suka pada lelaki berkulit hitam manis seperti Datuk Khairy Jamaluddin, Remy Ishak, Fikry Ibrahim, Fendy Bakry, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Tidak dinafikan lelaki berkulit hitam manis sering berdepan dengan masalah dalam berfesyen, selain sukar memilih warna pakaian yang sesuai berbanding lelaki berkulit putih kerana kondisi warna yang tidak sama. 

Bagi mengatasi masalah lelaki berkulit hitam manis ini, Maskulin sarankan anda ikuti 6 trik fesyen ini. Percayalah, jika anda pandai dan berani bermain dengan warna, pasti anda dapat “tackle” pandangan mata wanita dan mengatasi masalah untuk memilih warna sesuai.

1. Elak warna hitam

Lelaki Hitam Manis Pun Boleh Nampak Kacak & Bergaya Kalau Ikut 6 Trik Fesyen Ini!

Warna hitam adalah warna yang sepatutnya anda elak kerana ia akan membuatkan penampilan anda nampak lebih kusam dan malap. Sebaliknya pakailah warna bright white kerana warna kontra seperti ini akan menyerlahkan lagi warna kulit hitam manis anda. 

2. Guna warna pastel

IKLAN

Lelaki Hitam Manis Pun Boleh Nampak Kacak & Bergaya Kalau Ikut 6 Trik Fesyen Ini!

Orang berkulit hitam manis sesuai memakai warna pastel bertona lembut seperti lavender, baby blue dan merah muda. Selain menyerlahkan warna kulit, pilihan warna-warna ini juga akan membuatkan penampilan anda lebih seimbang dan memukau pandangan.

3. Seluar khakis warna coklat muda

Lelaki Hitam Manis Pun Boleh Nampak Kacak & Bergaya Kalau Ikut 6 Trik Fesyen Ini!

IKLAN

Bagi anda yang suka memakai seluar khakis, pastikan anda memilih seluar berwarna coklat muda daripada warna kulit anda bagi memberikan kesempurnaan pada warna kulit. Selain seluar khakis, anda juga boleh menggunakan seluar berbentuk pastel dengan warna terang seperti jeans dan slack.

4. Gabungkan warna 

Lelaki Hitam Manis Pun Boleh Nampak Kacak & Bergaya Kalau Ikut 6 Trik Fesyen Ini!

Anda juga digalakkan untuk berani menggabungkan warna pakaian agar pandangan mata orang tertumpu pada pakaian anda. Cukup sekadar menggunakan dua gabungan warna dan jangan berlebihan bagi mengelakkan anda nampak seperti badut.

IKLAN

5. Pemakaian jam tangan

Lelaki Hitam Manis Pun Boleh Nampak Kacak & Bergaya Kalau Ikut 6 Trik Fesyen Ini!

Ramai lelaki suka memakai jam tangan. Bagi lelaki kulit gelap, sebaiknya anda pilih jam tangan berwarna perak, emas cerah atau platinum. Jam tangan kulit tampak kurang menyerlah pada anda berbanding jika anda menggunakan jam tangan metal dan pilihlah warna cerah untuk permukaan jam tangan tersebut.

6. Warna yang harus anda elakkan

Lelaki Hitam Manis Pun Boleh Nampak Kacak & Bergaya Kalau Ikut 6 Trik Fesyen Ini!

Anda harus elak daripada mengenakan beberapa warna seperti biru nila, hijau, coklat tua, pirus, magenta dan hijau muda. Warna-warna seperti ini tidak kena dengan warna kulit anda. Jika anda ingin mengenakan pakaian, usahakan untuk menggunakan warna-warna yang lebih terang dan meriah. 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI