Berdasarkan kajian, 75 peratus wanita di Malaysia lebih sukakan lelaki berkulit hitam manis berbanding mereka yang berkulit cerah. Buktinya ramai wanita yang suka pada lelaki berkulit hitam manis seperti Datuk Khairy Jamaluddin, Remy Ishak, Fikry Ibrahim, Fendy Bakry, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.
Tidak dinafikan lelaki berkulit hitam manis sering berdepan dengan masalah dalam berfesyen, selain sukar memilih warna pakaian yang sesuai berbanding lelaki berkulit putih kerana kondisi warna yang tidak sama.
Bagi mengatasi masalah lelaki berkulit hitam manis ini, Maskulin sarankan anda ikuti 6 trik fesyen ini. Percayalah, jika anda pandai dan berani bermain dengan warna, pasti anda dapat “tackle” pandangan mata wanita dan mengatasi masalah untuk memilih warna sesuai.
1. Elak warna hitam
Warna hitam adalah warna yang sepatutnya anda elak kerana ia akan membuatkan penampilan anda nampak lebih kusam dan malap. Sebaliknya pakailah warna bright white kerana warna kontra seperti ini akan menyerlahkan lagi warna kulit hitam manis anda.
2. Guna warna pastel
Ads
Orang berkulit hitam manis sesuai memakai warna pastel bertona lembut seperti lavender, baby blue dan merah muda. Selain menyerlahkan warna kulit, pilihan warna-warna ini juga akan membuatkan penampilan anda lebih seimbang dan memukau pandangan.
3. Seluar khakis warna coklat muda
Ads
Bagi anda yang suka memakai seluar khakis, pastikan anda memilih seluar berwarna coklat muda daripada warna kulit anda bagi memberikan kesempurnaan pada warna kulit. Selain seluar khakis, anda juga boleh menggunakan seluar berbentuk pastel dengan warna terang seperti jeans dan slack.
4. Gabungkan warna
Anda juga digalakkan untuk berani menggabungkan warna pakaian agar pandangan mata orang tertumpu pada pakaian anda. Cukup sekadar menggunakan dua gabungan warna dan jangan berlebihan bagi mengelakkan anda nampak seperti badut.
Ads
5. Pemakaian jam tangan
Ramai lelaki suka memakai jam tangan. Bagi lelaki kulit gelap, sebaiknya anda pilih jam tangan berwarna perak, emas cerah atau platinum. Jam tangan kulit tampak kurang menyerlah pada anda berbanding jika anda menggunakan jam tangan metal dan pilihlah warna cerah untuk permukaan jam tangan tersebut.
6. Warna yang harus anda elakkan
Anda harus elak daripada mengenakan beberapa warna seperti biru nila, hijau, coklat tua, pirus, magenta dan hijau muda. Warna-warna seperti ini tidak kena dengan warna kulit anda. Jika anda ingin mengenakan pakaian, usahakan untuk menggunakan warna-warna yang lebih terang dan meriah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
20 Mei yang lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat memandu di sekitar Lembah Klang pagi ini untuk memeriksa perkembangan di bandar secara peribadi, menurut seorang blogger politik. Blogger Firdaus Abdullah menyiarkan video perdana menteri, yang dikenali untuk memandu di sekitar Putrajaya, dengan Proton Perdananya.
“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memacu dirinya untuk memantau perkembangan terkini di sekitar Kuala Lumpur pagi ini.
Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial memandu sendiri memantau perkembangan terkini disekitar Kuala Lumpur pagi tadi. Ada yang bertanya dimana Dr Mahathir mendapat tenaga melimpah ruah pada umur 93 tahun? Semoga Tuhan terus memelihara negarawan ?? pic.twitter.com/57l3B5YlKt
“Ada yang bertanya di mana Dr Mahathir mendapat tenaga yang melimpah pada umur 93 tahun. Semoga Allah selalu melindungi negarawan ini, “tulisnya
Dr Mahathir cukup terkenal dengan sikapnya yang gemar memandu sendiri. Semasa masa beliau menjadi perdana menteri keempat, beliau juga gemar melawat lokasi awam dengan menyamar seperti orang biasa dengan hanya seorang sekuriti keselamatan duduk berjauhan daripadanya.
Mungkin lepas ni Kereta Proton Perdana menjadi idaman semua orang? haha
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap tahu pasti akan muncul trend baru dalam apa jua perkara melibatkan fesyen. Tapi berbeza bagi jam tangan lelaki khususnya dalam kategori jam premium, ia bukanlah turun naik seperti pasang surutnya air.
Bagi kebanyakan lelaki rekaan jam itu sentiasa membawa elemen timeless yang sesuai dipakai pada bila-bila masa dan tidak bergantung kepada perubahan era.
Tapi tidak dinafikan semakin ramai yang menggantikan jam konvensional kepada jam pintar atau pun pengesan kecergasan GPS yang terdapat cukup banyak di pasaran sekarang.
Namun begi lelaki yang mahu sentiasa tampil elegan dengan seutas jam berkualiti yang dihasilkan dengan kerja tangan luar biasa teliti, jam premium masih jadi pilihan utama. Bagi mereka jam membawa simbol kepada status.
Berikut merupakan beberapa jam tangan pilihan MASKULIN yang bakal melengkapkan gaya anda sepanjang tahun 2020.
*harga adalah anggaran dengan adar tukar matawang GBP
BAMFORD LONDON MAYFAIR DATE
RM2,700
BELL & ROSS BR03-92 NIGHTLUM
RM12,300
BRAUN BN0021
RM470
BREITLING NAVITIMER B01 CHRONOGRAPH
RM34,500
CASIO CLASSIC LEISURE ALARM CHRONOGRAPH
RM200
CITIZEN PROMASTER NAVIHAWK GPS
RM5,300
CHOPARD MILLE MIGLIA
RM31,800
FOSSIL COMMUTER
RM580
CORUM BUBBLE WATCH
RM59,800
HUBLOT CLASSIC FUSION
RM67,300
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam banyak-banyak pakaian anda di dalam almari, kami tahu seluar jeans paling banyak digunakan. Dari Isnin sehingga jumaat jeans akan digunakan untuk tampil menarik dan casual. Tetapi adakah anda benar-benar tahu cara mencuci jeans dengan cara yang betul? Adakah anda membuat apa-apa kesilapan ketika mendobi yang mungkin menjejaskan kualiti denim kegemaran anda? Baca terus untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Kerap cuci jeans
Idealnya, anda hanya perlu membasuh seluar jeans anda setiap 5 hingga 10 kali memakai. Menurut penggemar jeans dan yang arif dalam denim, semakin lama anda pakai tanpa mencuci, semakin baik seluar jeans anda akan kelihatan.
Air sejuk dan Cuka
Pastinya seluar jeans akan memudar setelah sekian lama anda memakainya. Jika anda bimbang memudar denim anda, rendam seluar jeans anda dalam air sejuk dan cuka selama sejam untuk menghalang warna luntur.
Cara membasuh
Mesin basuh
Jika anda menggunakan mesin basuh, anda perlu terbalikkan seluar jeans anda ke dalam. Bukan sahaja ia mengelakkan pudar, ia juga memastikan bahawa bahagian dalamnya dibersihkan dengan teliti.
Cuci tangan
Kepada yang tiada mesin basuh tu, pasti anda akan mencuci tangan seluar jeans anda. Rendamnya dalam campuran air sejuk dan detergen. Pijak menggunakan kaki untuk mengeluarkan kesan kotoran degil selama beberapa minit, bilas dan kemudiannya sidai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.