Keibubapaan

Lelaki Hebat Bukan Hanya di Tempat Kerja, Tapi Juga di Hati Anak

Share

Setiap ayah pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

 

Tapi dalam perjalanan membesarkan mereka, kadang-kadang kita tak sedar cara kita mendidik boleh beri tekanan kepada anak dan diri sendiri.

 

Nak jadi ayah yang cool bukan bermaksud biarkan anak sesuka hati, tapi bagaimana kita mendidik dengan sabar, tenang, dan penuh kasih sayang.

Jangan Jadi Perfectionist

Percayalah, anak-anak kita sudah sempurna pada pandangan Allah.

 

Mereka tengah belajar dan membesar mengikut fasa perkembangan masing-masing.

 

Kalau anak tumpahkan air, buat bising atau lambat faham sesuatu, itu bukan salah mereka tapi mungkin kita yang kurang sabar.

 

Terimalah kelemahan anak sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran mereka.

Foto : Keluarga

Rendahkan Expectation

Kadang-kadang kita marah bukan sebab anak buat salah, tapi sebab kita letak expectation terlalu tinggi.

 

Anak lambat membaca, kita dah stres. Anak tak hafal sifir, kita dah gelabah. Anak masih kecil, mereka sedang belajar.

 

Kalau nak jadi ayah yang cool, belajarlah untuk raikan setiap usaha kecil mereka.

 

Ingat, perjalanan anak kita bukan perlumbaan siapa cepat, tapi bagaimana mereka berkembang dengan bahagia.

 

Sebagai ayah, kita adalah pelindung emosi anak-anak. Bila kita sabar, anak akan lebih selesa berkongsi perasaan dengan kita.

Fokus pada Usaha, Bukan Result

Jangan kecewa kalau anak tak dapat nombor satu dalam kelas atau tak hafal semua surah dalam masa yang singkat.

 

Bila kita hargai usaha anak, mereka akan lebih bersemangat untuk terus mencuba tanpa rasa takut dimarahi.

Berhenti Shiny Parenting

Trend parenting sentiasa berubah-ubah. Hari ini ramai cakap anak kena belajar cepat, esok pula kata anak kena bebas bermain.

 

Kalau kita asyik ikut cara orang, kita akan jadi ayah yang keliru. Setiap anak berbeza, jadi ikut rentak anak kita sendiri.

 

Apa yang penting, anak membesar dengan kasih sayang, bukan tekanan.

 

Jadilah ayah yang jadi pelindung dan pendengar setia kepada anak-anak.

BACA LAGI : Bulan Ramadan Suami Ajaklah Isteri Kumpul Pahala Sama-sama

Jangan Bandingkan Anak

Setiap anak ada keunikan tersendiri. Walaupun anak bersekolah di tempat yang sama atau lahir pada tarikh yang sama, mereka tetap membesar dengan cara yang berbeza.

 

Bila kita suka bandingkan anak dengan orang lain, tanpa sedar kita dah runtuhkan keyakinan diri mereka.

 

Sebaliknya, bantu anak kenal potensi diri sendiri. Setiap anak ada kelebihan, tugas kita adalah jadi penyokong mereka.

 

Ayah yang cool adalah ayah yang sentiasa nampak potensi anak sebelum orang lain nampak.

 

Anak-anak tak perlukan ayah yang hebat, mereka cuma perlukan ayah yang selalu ada dan menerima mereka seadanya.

 

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain