Tugas seorang lelaki adalah melindungi wanita. Namun bukan itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk memastikan si dia terus menyayangi anda.
Terdapat beberapa perkara yang perlu kita elakkan daripada berlaku, kerana apabila isu tersebut dibangkitkan, nak selesaikan bukan perkara yang mudah. Kadangkala ia adalah perkara yang lelaki pandang isu remeh, namun tidak bagi wanita.
MASKULIN kongsikan sedikit 7 tip jadi lelaki budiman dengan mengelakkan diri daripada buat perkara sedemikian.
BACA: Kentut Depan Pasangan Semarakkan Rasa Cinta, Ini 5 Cara Lain Anda Boleh Buat
Sering terjadi isu, wanita diusha oleh seorang lelaki, apabila si dia sudah menyayangi, lelaki pula tiada hala tuju dalam perhubungan untuk serius ke peringkat seterusnya iaitu perkahwinan. Jadi, pastikan sebelum anda usha seorang wanita, lebih baik niat terus untuk jadikan dia sebagai teman hidup.
2. Selalu mengata bentuk tubuh badannya (Body shaming)
Dengan wanita, anda kena jaga tutur kata. Mungkin bagi anda ia adalah gurauan, namun bagi wanita ia adalah isu yang serius bila anda membahan tubuh badannya. Jadi jaga-jaga bila bergurau, silap haribulan, cinta anda ditolak kerana percakapan.
Wanita walau hebat manapun anda putar cerita, dia pasti akan menangkap anda. Jadi kalau sesuatu terjadi, cerita terus walaupun ia pahit untuk ditelan. Jujur lebih baik daripada menipu. Biar sakit hari ini daripada ditinggal sebab suka menipu.
Ia nampak ringan, tetapi bagi wanita anda sebenarnya tidak menghormati dia sebagai seorang wanita. Ingat, wanita punyai harga diri dan hormati maruahnya.
Ramai wanita tidak suka anda berbual tentang memori lama terutamanya lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Melainkan jika dia bertanya kepada anda, itu lain cerita. Anda sudah hadir dalam hidupnya, jaga perhubungan tersebut. Kerana anda kisah cinta baharunya. Kenangan hanya tinggal kenangan. Biarkan ia pergi.
BACA: Rahsia Lelaki Macho Umur 40 Tapi Nampak Macam 20-an Adalah Sebab Amalkan 6 Tip Ini
Waktu peringkat berkenalan, bila timbul isu, cuba sehabis baik untuk selesaikan masalah berkenaan bersama. Ini adalah latihan kecil sebelum mendirikan rumah tangga. Jika zaman boyfriend & girlfriend tak boleh setel masalah, macamana nak setelkan isu bila dah berkahwin, cabaran & dugaannya lebih hebat.