Seorang pencipta kandungan mukbang Filipina meninggal dunia selepas menyiarkan video melahap ayam goreng dan nasi putih, demikian lapor The New Paper.
Dongz Apatan, atau nama sebenarnya Manoy Apatan yang aktif berkongsi video mukbang menikmati makanan bersaiz hidangan besar di laman Facebooknya, disahkan meninggal dunia akibat serangan strok.
Dia yang berusia 38 tahun itu mempunyai lebih 457,000 pengikut di laman media sosial itu.
Manoy kali terakhir dilihat menerusi sebuah hantaran video pada 13 Jun, memaparkan sejumlah besar ayam digoreng di dalam kuali yang kemudiannya dimakan oleh Manoy bersama nasi putih.
Keesokan harinya, adik perempuannya Leah Apatan memaklumkan menerusi hantaran Facebook yang Manoy mengalami serangan jantung sekitar jam 3 petang dan dikejarkan ke hospital.
“Terdapat banyak komen mengatakan yang Manoy patut mati kerana dia tamakkan makanan, tetapi itu hanya sekadar kandungan,” kata Leah kepada media tempatan.
“Dia sebenarnya tidak makan banyak. Dia juga tidak menghabiskan hidangannya. Manoy tidak tamak, dia membantu orang lain,” tambah Leah.
Ads
Akibat Garam Berlebihan & Daging Setiap Hari
Doktor pakar jantung Tony Leachon memberitahu yang punca kematian Manoy adalah disebabkan strok hemoragik.
“Menurut doktor yang merawatnya di bilik kecemasan, dia mengalami pembekuan darah di otak. Ini bermakna tekanan darahnya meningkat dan saluran darah di otaknya pecah,” jelasnya.
“Ia berpunca daripada makanan bergaram tinggi dan pengambilan daging. Anda melakukannya setiap hari dan saluran darah anda di dalam otak akan tersumbat”.
Memetik portal Gleneagles Hospital, strok adalah seperti serangan jantung, tetapi strok menjejaskan saluran darah di otak dan bukannya jantung.
Ads
Strok hemoragik pula erlaku apabila salah satu saluran darah di otak pecah dan berdarah.
Keadaan ini kemudian menghalang sebahagian otak daripada menerima oksigen yang mencukupi dan menyebabkan kerosakan.
Strok hemoragik dikelaskan mengikut jenis darah yang menyebabkan kerosakan.
Ads
Jenis yang paling biasa ialah aneurisme yang berlaku apabila arteri di otak yang melemah atau pecah.
Sekadar makluman, mukbang merupakan istilah gabungan dua perkataan Bahasa Korea iaitu “meokneun” yang bermaksud makan dan “bangsong” yang bermaksud siaran.
Istilah itu merujuk kepada pencipta kandungan media sosial yang berkongsi video mereka menikmati makanan sambil beramah mesra dengan penonton.
Anggur merupakan sejenis buah rendah lemak dan makanan fungisional yang banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang terkandung kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular. Dalam artikel ini anda dapat mengetahu bagaimana Anggur memberi kesan yang positif terhadap kesihatan anda.
Melindungi kulit dari kanser.
Kajian menunjukan bahawa anggur mengandungi Resveratrol yang positif untuk melawan penyakit kanser. Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B. iaitu sejenis protein yang dikaitkan dengan pembentukan kanser. Penggunaan ekstrak biji anggur pada kulit dapat melindungi radiasi sinaran uv matahari. Dengan itu, dapat melindunginya daripada kanser kulit.
Melindungi jantung
Dalam satu kajian menunjukkan bahawa resveratrol yang terkandung dalam anggur mampu meningkatkan pelebaran pembuluh darah yang membolehkan darah mengalir dengan lebih mudah melalui pembuluh darah. Dengan cara ini ia dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan melancarkan peredaran darah serta melancarkan peredaran oxygen dan nutrisi ke setiap bahagian dalam tubuh badan kita. Kajian lain juga, menyatakan bahawa dengan 10mg resveratrol anggur mampu menghasilkan penurunan yang dramatik terhadap risiko serangan jantung.
Melawan Diabetes.
Resveratrol yang terkandung dalam anggur mampu mengurangkan paras gula dalam darah sebanyak 10%.
Merangsang penurunan berat badan.
Resveratrol yang terkandung dalam anggur memberi kesan penurunan berat badan yang positif melalui 2 cara yang berbeza – iaitu pengurangan secara drastic dalam mengurangkan keupayaan sel untuk menyimpan lemak dan ia akan merangsang pemecahan lemak di dalam badan.
Menguatkan ingatan.
Buah yang kecil dan manis ini juga sangat bagus dalam meningkatkan daya ingatan kita. Tidak kiralah anggur yang berwarna apa pun, kandungan antosianin dan quercetin di dalamnya diyakini mampu menguatkan daya ingatan.\
Mengaktifkan Gen.
Dalam satu kajian saintis mendapati kandungan resveratrol yang terdapat dalam anggur adalah nutrient yang mengaktifkan gen manusia untuk terus aktif yang memungkinkan usia lebih panjang.
Menolong memulihkan otot.
Sebagai antioksidan ia menyokong sel-sel dan organ-organ untuk menghapuskan asid urik dan toksin lain di dalam badan dan ia juga membantu memulihkan otot-otot rosak yang di alami oleh para atlet.
Menigkatkan kuasa minda.
Dalam satu kajian di British, pelajar yang diberikan jus anggur (resveratrol) dapat meningkatkan aliran darah ke otak mereka sehingga 200%. Ahli-ahli sains percaya resveratrol boleh membantu mempercepatkan tindak balas mental kita.
SUMBER : DIARIKURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama ada anda seorang peminat bola sepak atau tidaj, nama Lionel Messi pastinya sudah tidak asing lagi. Messi merupakan pemain legenda yang mencipta deretan kejuaraan bersama pasukan kelab Barcelona serta kapten pasukan kebangsaan Argentina.
Nama Messi seakan tidak dapat dipisahkan daripada betapa sinonimnya dia bersama Barcelona. Pemain yang dianggap sebagai terbaik dalam era bola sepak moden tersebut bagaimanapun mengejutkan ramai peminat bola sepak selepas mengumumkan dia sudah tidak lagi bersama Barcelona.
Berdepan dengan pelbagai kecelaruan yang tidak dapat dielakkan di antara kelabnya menyaskikan Messi terpaksa membawa diri berhijrah ke kelab yang tidak kurang hebatnya berpangkalan di Perancis, Paris Saint Germain (PSG).
Pengaruh Messi cukup besar impaknya kepada liga utama Sepanyol, La Liga. Disebabkan itu jugalah ramai pengamal media menjangkakan penurunan dari jumlah tontonan perlawnaan liga tersebut. Dengan pengaruh Messi itu jugalah telah menyaksikan bagaimana tisu yang digunakan olehnya untuk mengesat air mata pada majlis sidang media perpisahannya bersama Barcelona telah dijual pada harga cukup lumayan!
Memetik laporan Gulf Today, seseorang yang berada di sidang media tersebut telah mengambil tisu yang digunakan oleh Messi. Individu tersebut kemudian memuat naik foto tisu tersebut di sebuah halaman jual beli dalam talian dan menjualnya pada harga RM4.2 juta!
Individu tersebut juga mendakwa Dia mendakwa tisu tersebut turut mengandungi genetik Messi yang membolehkan seseorang menghasilkan pemain sehebat legenda Barca itu.
Ketika sidang media selamat tinggal sebelum berpindah ke kelab Paris St Germain, Messi berkata Barcelona sudah menjadi sebahagian dalam kehidupannya.
Dia menyertai kelab itu sejak berusia 13 tahun dan sangat sedih untuk meninggalkan kelab yang disayanginya itu.
Kalau sudah terkenal, orang jual tisu dengan air mata pun boleh jadi duit. Apa-apa sajalah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang yang tidur dalam aircond sepanjang malam akan lemah sistem ketahanan badannya. Ini disebabkan suhu badan turun mendadak berlebihan dengan adanya tambahan kesejukkan dari aircond. Tanpa aircondpun, suhu badan akan menjadi cool secara semula jadi, apatah lagi dengan aircond.
Dengan keadaan yang sejuk juga, badan tak dapat menghasilkan hormon untuk pertingkatkan sistem ketahanan badan dengan cekap. Mungkin anda perlu tahu apa yang akan berlaku jika seseorang itu tidur dalam aircond sepanjang malam.
Badan kering dan hilang air
Dengan aircond terbuka sepanjang malam, badan anda akan jadi kering. Tekak anda juga akan jadi kering. Suhu sejuk itu membuatkan badan anda kering dan kekurangan air. Tekak akan menjadi radang, dada akan terasa sakit dan sendi rasa tak selesa.
Boleh jatuh sakit
Bayangkan tidur sepanjang malam dengan udara yang sama penuh dengan bakteria dan kuman. Anda sedut keluar masuk udara yang mungkin ada bakteria dan kuman itu saban malam setiap malam. Tambahan lagi jika anda tidak selenggara aircond dengan baik. Anda mungkin boleh jatuh sakit dengan mudah.
Merendahkan risiko kencing manis
Dengan suhu yang bersesuaian, tidur dalam keadaan pasang aircond sepanjang malam dapat membuatkan risiko terkena kencing manis anda menjadi rendah. Ini disebabkan dalam keadaan sejuk, badan akan menghasilkan lemak yang aktif yang akan menukarkan gula dalam badan kepada tenaga.
Suhu terbaik tidur dalam aircond
Kalau anda masih nak juga tidur dalam aircond tak apa. lagipun ada juga baiknya dari segi risiko kencing manis. Tapi berapakah suhu yang paling sesuai untuk anda tidur dalam keadaan aircond terbuka?
Suhu yang paling sesuai adalah 23 darjah celcius ! suhu itu tidak terlalu sejuk dan tidak panas. Dengan suhu sebegitu, anda mungkin kurang bersin dan kurang batuk disebabkan tekak yang kering. Kalau nak lebih baik, tidur saja dengan kipas dan amalkan 12 tips tidur tanpa aircond dalam artikel sebelum ini.
sumber: jasduit.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.