Lelaki Digalakkan Pakai Stoking Masa Tidur Untuk Pelihara Kekuatan Tenaga Batin

Share

Wanita berpantang dan bayi baru lahir sinonim dengan memakai stoking masa tidur. Namun bukan dua golongan ini sahaja elok pakai stoking ketika tidur.

Sebenarnya tabiat memakai stoking masa tidur ini ada banyak kebaikan yang berkait rapat dengan kesihatan. Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur di waktu malam, satu cara yang boleh anda amalkan ialah dengan memakai stoking masa tidur.

Kajian pada tahun 2007 melaporkan bahawa orang dewasa yang memakai stoking normal atau panas akan tidur lebih cepat kerana suhu badan teras seseorang jatuh pada waktu malam.

Badan manusia akan mencapai suhu terendah pada sekitar jam 4 pagi. Suhu purata adalah 98.6 darjah Fahrenheit, tetapi ini berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.

Kebaikan memakai stoking ketika tidur turut dikongsikan oleh Fedtri Yahya menerusi laman Facebooknya. Orang lelaki, kalau nak pelihara kekuatan tenaga batin, pakailah stoking masa tidur bermula hari ini.

BACA: Saranan Doktor Pakar, Lelaki Kena Amalkan 8 Tip Sihat Ini Kalau Nak Subur!

Jom amalkan. Tidur pakai stokin.

Mungkin tidak ramai dari kita yang menyedari akan kebaikan amalan memakai sarung kaki (stoking) ketika tidur.

Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa memakai stoking ketika tidur sangat digalakkan untuk membantu mendapatkan tidur yang berkualiti, selain itu ia mempunyai beberapa kebaikan yang lain dari segi kesihatan.

Jika kita hanya menggunakan selimut sebagai menutup kaki, terdapat kebarangkalian besar yang selimut itu akan terselak ketika kita sedang tidur, tetapi dengan memakai stoking, kaki kita akan tetap tertutup rapi hingga ke pagi.

1. Dapat tidur berkualiti

Apa yang berlaku bila memakai stoking ketika tidur, antaranya ialah, stoking akan membuatkan suhu tapak kaki kita menjadi hangat dan secara langsung akan memberi isyarat ke minda separasedar bahawa cuaca sedang panas. Hasilnya, otak akan memberi arahan pada tubuh badan supaya merendahkan suhu badan. hal ini akan membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.

“Wearing socks and mittens to bed can also trick mind and body into getting better sleep. Socks and mittens widen blood vessels in hands and feet, a necessary step to inducing sleep, according to a Swiss study. In this study, researchers found that as the body prepares for sleep, the blood vessels in hands and feet dilate. This dilation precipitates the cooling of the blood as it flows through the open channels near the surface of the skin; when body temperatures fall, sleep automatically follows.” (Dr. Phyllis Zee, MD, PhD, professor Northwestern University’s Feinberg School of Medicine, Chicago)

2. Elak tumit & tapak kaki merekah

Selain itu, pemakaian stoking ketika tidur juga didapati dapat mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah, dan jika diamalkan, InsyaAllah anda akan mendapati rekahan-rekahan tapak kaki anda akan mula pulih sedikit demi sedikit.

3. Elak tilam & cadar berbau

Pemakaian stoking ketika tidur juga dapat mengatasi masalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki. Di mana, segala peluh tapak kaki akan diserap oleh stoking anda, dan ini dapat mengelakkan tilam dan cadar anda dari berbau.

4. Terpelihara dari gigitan nyamuk

Selain itu, tapak kaki anda terpelihara dari gigitan nyamuk dan anda dapat merasakan keselesaan dan rasa selamat ketika tidur. Kerana itulah, umpama kemestian, bayi yang baru lahir akan dibekalkan stoking dan kita dapat melihat penggunaan stoking oleh bayi.

BACA: Kenali Waktu Subur Lelaki & Ciri-Ciri Sperma Sihat, Baru Senang Nak Rancang Keluarga!

5. Pelihara kekuatan tenaga batin lelaki

Dari segi yang lain pula, pengamal perubatan alternatif mengatakan bahawa orang lelaki yang mengamalkan pemakaian stoking ketika tidur, akan dapat menjaga suhu tapak kaki daripada kedinginan dan menghalang bisa dingin tapak kaki dari menjalar ke bahagian urat saraf vital (anggota sulit) lelaki, yang mana ini akan dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki itu dalam konteks perhubungan badan antara suami isteri.

6. Elak lenguh & bisa di betis

Bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan yang mana dingin tapak kaki yang berlebihan akan membawa kepada perkara-perkara seperti lenguh-lenguh, bisa-bisa di betis dan lain-lain. Maka dengan memakai stoking ketika tidur, dapat dijadikan ikhtiar bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

BACA: Selain Turunkan Berat, Air Nabeez Juga Bagus Diamalkan Lelaki Untuk Prostat & Gout!

CARA PEMAKAIAN

1. Stoking yang digunakan ketika tidur janganlah jenis yang terlalu tebal atau terlalu nipis.

2. Jangan gunakan stoking yang sama setiap malam tanpa dicuci. Gunakan hanya sekali semalam dan basuh keesokan harinya. Jika tidak, ini akan membuatkan bakteria dan kuman dari perpeluhan terkumpul, maka gangguan kulit seperti fungus dan lain-lain pula akan muncul.

3. Jika mampu, dapatkan beberapa pasang stoking khas sebagai koleksi stoking tidur anda. Jangan gunakan stoking untuk tidur untuk kegunaan lain seperti ke pejabat atau bersukan.

4. Sebaiknya, sebelum menyarungkan stoking, sapukan sedikit losen kulit pada kaki anda dengan rata hingga kering sebelum menyarungkan sarung kaki anda. Jadikan ia sebagai last thing on bed bagi mengelakkan anda berjalan ke sana ke mari di dalam rumah setelah memakai stoking, agar kotoran dan lain-lain yang berada di lantai rumah kita tidak melekat pada stoking anda.

Published by
Roselinda