Bagi lelaki, fesyen bukan sekadar tentang pakaian, tetapi juga melambangkan identiti dan keyakinan diri.

Namun, tidak semua mampu berbelanja besar untuk mendapatkan pakaian berjenama.

Di sinilah industri bundle menjadi penyelesaian terbaik, menawarkan pakaian berkualiti tinggi pada harga lebih rendah.

Arifat Roslan, Group CEO Bandoru Holdings Sdn. Bhd., merupakan salah seorang usahawan yang berjaya dalam bidang ini.

Bermula sebagai host seller, importer dan trader sekitar tahun 2008 selepas menamatkan kolej, beliau kini memiliki empayar bundle yang kukuh.

Baginya, perniagaan ini bukan hanya sekadar mencari keuntungan tetapi juga membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pakaian yang baik.

@maskulinmy Dari sekadar minat waktu kecil, siapa sangka ia boleh berkembang menjadi sebuah perniagaan berjaya. Mohamad Rifa’at, anak muda yang kini bergelar CEO Bandoru Sdn. Bhd., telah membuktikan bahawa minat dan usaha gigih mampu membawa kejayaan. @bandorumalaysia ♬ original sound – Maskulin

“Saya sendiri pernah susah, nak beli baju baru pun tak mampu. Jadi, saya faham situasi orang lain. Sebab itu saya pilih bisnes ini, supaya lebih ramai orang boleh bergaya tanpa perlu berbelanja besar” katanya.

Kenapa Lelaki Suka Pakaian Bundle?

Fesyen bundle semakin digemari kerana ia menawarkan harga yang lebih murah tetapi tetap mengekalkan kualiti.

Ads

Lelaki yang bijak berfesyen kini memilih bundle kerana beberapa faktor utama.

Pertama, harga berpatutan membolehkan mereka mendapatkan pakaian jenama premium pada separuh harga atau lebih murah.

Dulu Nak Beli Baju Pun Susah, Sekarang Jadi Owner Bundle BANDORU

Kedua, kualiti terjamin kerana kebanyakan pakaian bundle, terutama dari Jepun, masih dalam keadaan sangat baik.

Ketiga, gaya unik dan rare kerana banyak pakaian bundle adalah koleksi lama atau edisi terhad yang tidak lagi dijual di butik biasa.

Menurut Arifat, antara item paling laris dalam dunia bundle ialah jeans Levi’s.

Ads

“Siapa main bundle mesti tahu, Levi’s antara item paling dicari. Kualiti kain tahan lama dan rekaan klasik buatkan ia sentiasa relevan” jelasnya.

BACA LAGI : Dulu Hanya Minat, Kini Pemilik Kurta Jenama Sendiri!

Cabaran & Tip Memulakan Bisnes Bundle

Walaupun perniagaan bundle kelihatan mudah, hakikatnya ia mempunyai cabaran tersendiri.

Salah satu kesukaran terbesar ialah mencari sumber bekalan yang berkualiti dengan harga kompetitif.

Arifat sendiri mendapatkan stok dari Jepun dan beberapa negara lain untuk memastikan pelanggan mendapat pakaian terbaik.

Ads

Dulu Nak Beli Baju Pun Susah, Sekarang Jadi Owner Bundle BANDORU

 

Masa Depan Industri Bundle

Dengan semakin ramai lelaki mencari fesyen berkualiti pada harga murah, bisnes bundle terus berkembang pesat.

Ia bukan sekadar perniagaan, tetapi juga satu pergerakan membantu lebih ramai orang mendapatkan pakaian berkualiti tanpa membebankan poket.

Jadi, jika anda mahu mula berniaga atau mencari pakaian bergaya dengan harga bajet, bundle adalah pilihan bijak.

Seperti kata Arifat, “Jangan takut mencuba, setiap usaha ada hasilnya.”

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI