Perkara pertama yang kita perlu tegaskan sebelum mengulas lanjut dengan isu lelaki curang ialah walau apa jua alasan yang diberikan – ketahuilah curang itu salah!
Perbuatan curang dalam hubungan romantik terutamanya buat pasangan yang sudah berumah tangga merupakan satu penyakit sosial yang kini semakin membarah.
Lihat sahajalah tema-tema drama dan filem cinta, ia sarat degan isu kecurangan yang berlaku. Dan lihatlah pula kisah-kisah selebriti dan artis yang curang terutamanya dari golongan lelaki disensasikan beritanya.
‘Epidemik’ lelaki curang boleh berlaku disebabkan pelbagai alasan. Sama ada ia alasan masuk akal atau tak masuk akal, ia kes yang pernah berlaku dalam dunia nyata.
Berikut MASKULIN kongsikan 10 punca atau sebab yang selalu lelaki guna bila ‘kantoi’ curang.
Kepuasan Emosi Tidak Dicapai
Lelaki mungkin merasa bahawa mereka tidak mendapat sokongan emosi yang mencukupi dalam hubungan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka mencari hubungan lain yang dapat memenuhi keperluan emosi tersebut.
Kepuasan Fizikal Tidak Mencukupi
Ketiadaan kepuasan dalam hubungan fizikal boleh mendorong lelaki mencari kepuasan tersebut di luar perhubungan yang sah. Ini sering kali berpunca daripada kurangnya komunikasi mengenai keperluan dan keinginan masing-masing.
Ads
Masalah Komunikasi
Hubungan yang kurang komunikasi berkesan boleh menyebabkan salah faham dan ketidakpuasan. Apabila masalah ini tidak diselesaikan, ia boleh mendorong lelaki curang mencari hiburan di tempat lain.
Kurangnya Penghargaan dan Pengiktirafan
Lelaki yang merasa tidak dihargai atau diiktiraf dalam hubungan mereka mungkin mencari pengesahan diri melalui hubungan lain yang memberi mereka rasa dihargai.
Masalah Komitmen
Sesetengah lelaki mungkin mengalami kesukaran untuk berkomitmen sepenuhnya dalam satu hubungan. Ketakutan terhadap komitmen ini boleh menjadi pendorong untuk mereka mencari hubungan baru yang kurang komitmen.
Kesempatan dan Godaan
Kadangkala, kecurangan berlaku kerana adanya kesempatan dan godaan yang kuat. Lelaki yang lemah dalam menghadapi godaan mungkin mudah terpengaruh untuk curang.
Pengaruh Rakan-Rakan
Tekanan daripada rakan-rakan yang curang atau memandang ringan isu kecurangan boleh mempengaruhi lelaki untuk turut sama bertindak curang.
Ads
Masalah Identiti Diri
Lelaki yang sedang mencari identiti diri atau yang mengalami krisis pertengahan umur mungkin mencari hubungan baru sebagai cara untuk merasa muda atau relevan semula.
Ketidakpuasan secara umum dalam hubungan semasa, sama ada dari segi emosi, fizikal, atau intelektual, boleh menjadi alasan untuk seseorang mencari hubungan yang lebih memuaskan.
Membalas Dendam
Dalam sesetengah kes, kecurangan berlaku sebagai tindakan balas dendam. Lelaki mungkin curang kerana merasa dikhianati terlebih dahulu atau sebagai cara untuk menyakiti pasangannya kembali.
Ads
Melihatkan punca-punca di atas, kita boleh lihat masalah lelaki curang ini boleh berlaku dengan pelbagai punca.
Apa yang pasti ia boleh merosakkan hubungan dan menyebabkan kesakitan emosi yang mendalam.
Nasihat MASKULIN, jauhilah perilaku menjadi ‘lelaki curang’. Be a gentlemen!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KULIT TELUR JANGAN DIBUANG BEGITU SAHAJA, KUMPUL DAN KITA CUBA BUAT 9 PERKARA INI
1. Membunuh Serangga
Caranya: Kulit telur dikeringkan terlebih dahulu, kemudian tumbuk halus sehingga menjadi serbuk seperti tepung, simpan didalam botol kaca, ianya tahan lama untuk disimpan, tidak memudaratkan manusia, taburkan serbuk kulit telur tadi di kawasan tanaman anda yang telah terkena serangan serangga perosak. Bagi tikus pula , taburkan ditempat laluan tikus itu contoh bawah pintu-pintu dapur anda. Bagi lipas pula cranya sama taburkan saja serbuk itu di celah-celah dapur anda yang anda pasti laluan lipas tersebut. Taburkan pada waktu malam, keesokan paginya kesemua serangga dan tikus akan mati akibat menghidu serbuk kulit telur tersebut.
2. Baja
Salah satu antara cara terbaik untuk menggunakan kulit telur adalah dengan menjadikannya baja. Ini kerana kulit telur kaya dengan kalsium. Kulit telur tersebut akan hancur dan merebak di tanah sehingga ianya menjadi baja yang mengandungi banyak kalsium.
3. Bekas untuk menanam
Anda boleh menanam anak benih kecil di bahagian kulit telur. Sila pastikan anda membuat lubang saliran kecil untuk memudahkan anak benih untuk tumbuh.
4. Mengatasi masalah saluran air yang tersumbat:
Adakah saluran air di dapur anda sering mengalami masalah tersumbat? Caranya mudah saja, haluskan kulit telur sehingga menjadi serbuk, kemudian tuangkan dalam saluran tersebut dan biarkan selama semalaman. Anda juga boleh menambahkan sedikit cuka untuk hasil yang terbaik.
5. Makanan haiwan
Kulit telur sememangnya kaya dengan kalsium, zat besi dan juga mineral, aoleh itu nda dapat memberikannya pada haiwan peliharaan anda. Caranay, tambahkan kulit telur yang sudah dihancurkan itu ke dalam makanan haiwan untuk menambahkan nutrisi.
6. Racun perosak organik
Caranaya, hancurkan kulit telur tersebut dan kemudian taburkanlah di sekitar tanaman sayuran dan buah-buahan. Selain ianya tidak akan merosakan tanaman, kulit telur berkuasa untuk mengusir hama seperti siput, ulat atau lalat .
7. Membersihkan alatan dapur
Anda boleh mencampurkan kulit telur yang sudah dilumatkan dan tambahkan sedikit cuka untuk membersihkan peralatan di dapur anda. Ini kerana kulit telur akan bertindak sebagai scrub untuk membersihkan peralatan-peralatan di dapur.
8. Perawatan kulit muka
Caranya, haluskan kulit telur telur dan campurkannya dengan putih telur. Sapukan ramuan tersebut pada wajah anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air sejuk untuk mendapatkan kulit yanag bercahaya dan anjal. Kulit telur serta putih telur amat mujarab untuk melawan proses penuaan dan membuat kulit anada kelihatan bersinar.
9. Mengurangkan rasa pahit pada kopi
Jika anda inginkan rasa kopi anda tidak terlalu pahit, ada cara lain selain gula. Jika anda ingin membuat kopi yang manis itu tidak akan pahit, tambahkan kulit telur yang sudah dihaluskan tadi ke dalam gelas. Masukan serbuk kopi, kemudian baru dibancuh. Hal Ini tidak akan merosakn rasa kopi tetapi akan membuat rasa pahitnya berkurang.
Sebenarnya terdapat beberapa rutin perlakuan lelaki tanpa sedar yang boleh menarik perhatian wanita yang melihatnya kerana menyerlahkan elemen seksi. Ketahuinya mulai sekarang.
Menggaru atau mengusap jambang
Jambang gatal, garu punya garu tanpa sedar sebenarnya anda menarik minat wanita yang melihat. Ianya perlakuan biasa lelaki tetapi bagi wanita anda kelihatan menarik di mata mereka ketika itu. Mungkin perbuatan itu kelihatan maskulin dan bersahaja.
Melipat lengan kemeja
Ada tak sewaktu anda sedang melipat lengan kemeja anda terasa seperti diperhatikan? Jika ya, jangan pelik kerana ia adalah ‘manisan’ mata untuk wanita. Tidak kiralah wanita itu sudah berumahtangga atau bujang, sebenarnya perlakuan melipat lengan kemeja memberikan gambaran berbeza. Si wanita bujang merasakan perbuatan itu agak seksi manakala wanita yang telah berpunya dia akan terus memikirkan tentang pasangannya.
Membetulkan jam tangan atau tali leher
Perbuatan ini sama seperti melipat lengan kemeja cuma di minda wanita ia lebih menggambarkan personaliti seksi anda yang sebenarnya secara spontan.
Duduk sambil meletakkan kedua lengan di atas peha
Fuh! Ada yang tidak senang duduk di sebelah jika anda duduk dalam posisi begini. Cuba perhatikan, jika teman sebelah anda adalah wanita, dengan posisi anda tersebut dia akan resah dan sering membaiki postur duduknya atau sengaja memalingkan muka mencari pandangan lain.
Berbual sambil meletakkan tangan di palang pintu/dinding
Entah kenapa wanita mengundi mengatakan salah satu perbuatan seksi lelaki secara spontan ialah bercakap sambil meletakkan tangan di palang atau di mana sahaja yang dirasakannya selesa. Wanita pula akan lebih teruja untuk meneruskan perbualan apabila melihat situasi tersebut.
‘Making good eye contact’
Ramai wanita akui terasa ledakan hormon merembes dalam badan mereka apabila lelaki yang dipanggil namanya memberikan pandangan yang tepat kepada mereka. Selain teruja, wanita juga akui pandangan lelaki tersebut kelihatan cukup seksi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PAKAR KESIHATAN JUGA TURUT MENJELASKAN BAHAWA ADA BANYAK FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN PERUT MENJADI BUNCIT. ANTARANYA IALAH FAKTOR KETURUNAN YANG DIWARISI DARIPADA ORANG TUA, FAKTOR PENUAAN DAN JUGA BERKAITAN DENGAN PENJAGAAN MAKANAN HARIAN DAN DISIPLIN KETIKA MENJAMAH MAKANAN. SELAIN ITU, PENYAKIT JUGA TURUT BERSELINDUNG DI SEBALIK PERUT BUNCIT YANG MANA SAIZNYA TIDAK SEPADAN DENGAN BENTUK TUBUH SESEORANG.
STRES
Keadaan psikologi seseorang seperti stres juga mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadaman. Stres boleh menyebabkan rasa kenyang dan menimbulkan masalah keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya perut anda kelihatan lebih mengembang daripada saiz yang sepatutnya. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu belajar untuk lebih relaks dan bernafas secara perlahan. Golongan wanita kebiasaanya lebih mudah dilanda stres, oleh itu mereka lebih cenderung memiliki lemak berlebihan di bahagian perut.
PERUBAHAN HORMON
Perubahan hormon terutamanya ketika menopaus juga menyebabkan lemak menjadi tidak sekata yang boleh menyebabkan orang bertubuh kecil mengalami perut buncit. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Menurut pakar, keadaan ini juga berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan yang berasaskan tepung seperti mi dan roti dalam kuantiti yang banyak. Akibatnya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepat di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
Perut buncit memang tidak selesa kerana ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan apa-apa pergerakan walaupun sekadar berjalan, bahkan ia turut menjejaskan penampilan seseorang kesan daripada bentuk tubuh yang kelihatan tidak seimbang.
SUKA TIDUR SELEPAS MAKAN
Menurut pakar kesihatan, tabiat suka tidur selepas makan juga boleh menyebabkan berlakunya masalah perut buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik. Penampakan lemak-lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh dalam diri seseorang.
LEMAK DI SEKELILING PERUT
Menurut pakar kesihatan, lemak yang menyebabkan perut buncit sebenarnya terdiri daripada dua jenis. Pertama ialah lemak subkutaneus iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit. Kedua ialah lemak viseral iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut. Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal. Lemak viseral nyata lebih berbahaya kerana lemak ini mempunyai kaitan antara metabolisme seperti pertahanan insulin, diabetes dan sistem peredaran darah. Menurut pakar kesihatan, semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahan insulin. Keadaan ini jika dibiarkan dan tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit mudah hinggap seperti sakit jantung, strok, diabetes dan mungkin yang lebih serius ialah kanser.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.