
1.Mudah Risau
Percaya atau tidak, golongan suami pun tidak keruan apabila isterinya mengandung, Rasa pedih ulu hati, kepenatan dan tidak boleh tidur malam itu adalah perkara biasa.
2.Muntah-muntah
Ada sesetengah suami pun ikut sama apabila isterinya muntah-muntah. Relaks brader. Ini mungkin disebabkan stres.
3. ‘Mood swings’
Jika untuk isteri, ‘mood swings’ ini selalunya datang menjengah antara minggu keenam dan kesepuluh kehamilan disebabkan hormon, ‘mood swings’ suami pula selalunya datang apabila dia stres.
4. Hubungan intim
Perubahan pada tubuh isteri ketika kehamilan boleh memberi beberapa kesan kepada suami. Ada yang menerima baik dan teruja dengan perubahan-perubahan sementara ini, tapi ada juga yang sedikit takut-takut. Mungkin kerana perubahan tubuh isteri itu mengingatkan anda kepada tanggungjawab yang makin besar kelak.
5: Pertambahan berat
Ada kemungkinan disebabkan anda selalu teman isteri anda makan, atau mungkin juga jika anda sedang stres, hormon badan anda tidak pada kadar normal dan menyebabkan badan anda menyangka anda sedang lapar walaupun anda sebenarnya tidak.
Sumber : ikahwin.my
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Beli Di China, Tukar Label Baju, Itu Bukan Pereka Fesyen!

BUKAN SEKADAR PEREKA FESYEN.
Industri fesyen Malaysia dinihari kian rancak melakar sejarah. Kita punya legasi besar seperti Datuk Jimmy Choo serta Dato’ Bernard Chandran yang mencipta nama di luar negara. Namun, adakah pereka fesyen khususnya pereka baru hari ini memahami erti sebenar panggilan pereka fesyen itu?
Hari ini semua orang mahu menjadi pereka fesyen. Tidak kira dari segi apa, semuanya mahu berkarya dalam industri fesyen. Sama ada lelaki mahupun perempuan, masing-masing bersaing untuk menjadi yang terbaik dan mahu mencipta karya artistik yang unik dan akhirnya membawa mereka ke dimensi populariti yang tak pernah dijangka. Saya kira di Malaysia sudah ramai yang berani mempamerkan helaian baju mahupun tudung dari pelbagai warna, rekaan, pilihan fabrik mahupun function sesuatu design itu. Apa yang menjadi persoalannya, setakat mana nilai kualiti sesuatu design itu, dan sejauh mana setiap pereka fesyen khususnya pereka muda itu mampu untuk berdiri kukuh dalam industri fesyen Malaysia?
FASHION IS BUSINESS, BUSINESS IS MONEY
Sejujurnya bagi saya, untuk menjadi seorang fashion designer berbeza dari seorang successful or good designer. Dua istilah yang berlainan. Hingga hari ini, barangkali ramai yang keliru dengan dua istilah ini. Mereka mungkin meminati fesyen, tapi hanya untuk populariti tanpa memikirkan nilai etika dalam dunia fesyen. Dan ada pula yang menceburi bidang fesyen hanya untuk mengaut keuntungan. Apa yang paling merugikan apabila mereka yang mempunyai ilmu dalam fesyen dan minat yang mendalam dalam seni reka fesyen, tetapi langsung tidak tahu bagaimana untuk menjual mahupun mengaut keuntungan hasil daripada rekaan mereka. Untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya, ia bukan sahaja tertumpu pada satu aspek, malahan ia melibatkan beberapa aspek yang lain. Maksud saya, ia bukan tertumpu mengenai ilmu fesyen itu semata-mata. Bukan hanya melibatkan ilmu menjahit, pattern drafting, fabrikasi, pilihan warna, mahupun ilmu drape. Ya! Memang benar, untuk menceburi bidang ini, anda harus menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Tetapi kita harus melihat dari sisi ideologi yang berbeza untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya. Anda harus sedar, apabila anda menjadi seorang fashion designer, maka secara tidak langsung ia meletakkan anda sebagai seorang entrepreneur. Jadi, mahu atau tidak, anda harus tahu mengenai segala elemen wajib dalam konteks dunia business itu sendiri.
How well do you manage your business? How good you control your cash flow? I mean cash in and cash out? How confident do you feel in your ability to manage them?
Kadang-kala, apabila berbicara mengenai ilmu yang mempunyai kaitan dengan ilmu business ini, bunyinya sedikit bosan. Finance, account, marketing, income statement, balance sheet dan sale.Tetapi, inilah hakikatnya. Realiti. Ini adalah perkara asas yang begitu penting dalam menjadikan hayat sesuatu perniagaan itu berada dalam jangka masa panjang dan mampu untuk bersaing dengan jenama yang lain. Fashion is business, and anything that related to business is in monetary terms. Cash! Jadi, begitu penting adanya team yang bagus dan memahami konsep perniagaan anda dengan fasih. Fashion designer itu sudah meletakkan anda sebagai seorang ketua dalam sebuah organisasi itu. Sebagai seorang ketua, semua aspek di atas ini harus diberi penekanan yang tinggi supaya setiap keputusan mahupun cadangan dibuat dalam kondisi yang relevan. Work smart not work hard. Saya begitu tertarik mengenai isu yang berlaku pada jenama mewah Burberry dan Mulberry yang pernah mendapat “profit warning” pada tahun lalu. Jelas, bukan? Alangkan jenama ini yang saya kira sudah senior dalam arena fesyen seantero dunia, juga menghadapi masalah tentang tahap penjualan mereka. Pada tahun 2015, sekali lagi dari kelompok “high-end brands”, jenama Michael Kors, juga menghadapi situasi yang sama di mana peratusan jualan merudum beberapa bulan pada tahun 2015. Ini secara tidak langsung menjejaskan imej jenama-jenama ini sebagai salah satu jenama mewah dalam dunia fesyen. Apa yang penting, setiap pelan yang dibuat dalam sebuah organisasi itu harus telus dan kukuh. Saya percaya pelan yang sistematik dapat menjana strategi yang efektif. Itu yang paling penting.
DEFINISI FESYEN
Sejauh mana setiap pereka kita khususnya pereka baru/muda yang memahami definisi fesyen itu sendiri? Sedalam mana mereka mengerti maksud fesyen itu mengikut kefahaman mereka? Dalam konteks ini saya percaya setiap pereka punya perspektif dari sisi yang berbeza mengenai maksud fesyen itu sendiri.
“Fashion is not something that exists in dresses only. Fashion is in the sky, in the street, fashion has to do with ideas, the way we live, what is happening” – Coco Chanel
“Fashion is about dressing according to what’s fashionable. Style is more about being yourself” – Oscar de la Renta
Mungkin sesetengah pereka menginterpretasikan maksud fesyen itu sebagai salah satu cara untuk mereka berkongsi mengenai rasa, emosi, perasaan mereka dalam bentuk yang artistik. Maka, ia lebih jelas dilihat dalam setiap perincian rekaan. Termasuklah dari segi fabrik, tekstur, dan juga pilihan warna. Apa-apa pun, sebagai seorang pereka fesyen, anda harus tahu maksud fesyen kerana bagi saya itu adalah perkara asas yang wajib difahami. Dari situ, barulah pelbagai idea rekaan dapat direka dan akhirnya dapat mempersembahkan sebuah rekaan yang menarik dan berkualiti tinggi.
TENTANG INDUSTRI
Saya percaya industri fesyen hari ini begitu sengit. “ Cut-throat industry”. Setiap masa pasti ada pereka baru yang hadir bersama rekaan masing-masing. Terutamanya pereka baru. Hadir dengan ideayang mistik mencipta seni yang artistik, mempersembahkan karya yang penuh inovatif dan kreatif. Fresh and young. Talented and gifted. Namun, ada juga yang hadir dengan rekaan yang begitu membosankan. Erti kata lain, copy & paste karya pereka sedia ada. Tidak kira rekaan pakaian mahupun aksesori seperti tudung, rekaannya seperti asal boleh sahaja. Langsung tidak menitikberatkan unsur etika dalam seni reka. Tapi dek kerana branding nya begitu kuat, sekelip mata menjadi pujaan ramai. Saya maksudkan instant designer. Menjadi suatu trend hari ini di mana kebanyakan selebriti mahu mencuba nasib dalam industri fesyen. Percaturan mereka hanya demi keuntungan serta mencari fame semata-mata. Bila hadir bersama koleksi rekaan, amat menyedihkan. Agak kasar bunyinya. Tetapi ia hakikat. Realiti. Memang benar, dalam dunia fesyen ini semua orang bebas berkarya. Namun, tidak bolehkah memberi sedikit ruang untuk menganalisis serta mengkaji mengenai undang-undang dalam seni reka fesyen ini? Nanti, esok hari bila ditanya mengenai bagaimana penghasilan baju itu dibuat, mula terpinga-pinga mencari jawapan. Lantas, mula memberi jawapan yang tidak masuk akal. Rata-rata selebriti mahupun pereka muda, bila ditanya soalan seperti, “Baju ni, you buat macammana ya? Bagaimana untuk menghasilkan paten baju ini”. Jawapannya mudah, “I hantar tailor i je” ataupun “I tak tahu bab production ni. I just hantar gambar mana-mana design, dan hantar pada tailor untuk buat.”. Memalukan.
Jelas lagi nyata. Bila adanya isu sebegini berlaku dalam industri fesyen kita, maka sekali gus menjejaskan imej, reputasi serta kualiti industri kita. Setiap pereka khususnya pereka muda harus mencari identiti mereka sebagai seorang designer. Mereka harus mengkaji diri mereka sebagai seorang pereka fesyen. Bukan setakat, “I am a fashion designer. I love fashion. Fashion is my passion.!”. Malah, cari siapa anda sebagai seorang pereka fesyen. Bina trademark anda sebagai seorang pereka fesyen. Dari secara tidak langsung, terjemahkan signature anda dalam setiap rekaan yang anda hasilkan. Ini adalah kunci rahsia kejayaan sebagai seorang pereka fesyen yang berjaya. Jadi diri sendiri. Mengilhamkan idea sendiri serta bermain dengan kreativiti kendiri. Bukan copy paste rekaan luar ataupun menghasilkan rekaan asal boleh. Saya tertarik untuk menjadikan jenama mewah Chanel sebagai contoh. Semua orang tahu rekaannya pasti classic dan vintage. Penggunaan palet warna yang sentiasa sama. Itu trademark nya. Christian Dior pula bagai meraikan kaum wanita, celebrates women. Elegan dan glamor. Tetapi apabila bercakap perihal rekaan dari Alexander Mcqueen, lain pula ceritanya. Avant-garde. Experimental design. Malah, berbeza. Unexpected design. Tuntasnya, mereka ini masing-masing punya identiti mereka sebagai seorang designer. Lihat dari rekaannya juga sudah tahu siapa mereka sebagai pereka fesyen.
Terang lagi bersuluh. Mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen tidak pernah salah. Malah, bagi saya sebagai individu yang punya kaitan dalam industri fesyen, kehadiran mereka amat saya nantikan. Idea yang berbeza. Setiap pereka punya nila kreativiti yang tak sama. Pastinya gabungan agung ini mencipta suatu dimensi mewah dalam industri kita. Namun, apa yang penting, ilmu itu harus ada. Sama ada ilmu fesyen mahupun ilmu perniagaan, semuanya berkait rapat. Jadi, nasihat saya, be bold, be different and be confident. Itu adalah kunci asas untuk mencapai kejayaan.
Teks : Putra Mokhter
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Kedekut Sukar Untuk Kelihatan Kacak!

Cuba laburkan sedikit wang anda untuk kelihatan lebih segak dan bersih!
Tidak pernah tertakluk dalam mana-mana buku bahawa bab kecantikan dan kebersihan adalah hak mutlak golongan wanita. Namun entah mengapa apabila acap kali soal kecantikan dibicarakan tumpuan sepenuhnya ditujukan khas kepada wanita.
Situasi tersebut bagaikan berat sebelah dan menunjukkan seolah-olah jejaka tidak menitikberatkan kecantikan dan kebersihan. Tapi itu cerita antara dua hingga lima tahun lepas. Ini kerana realitinya kini lelaki tidak ketinggalan mendapatkan perkhidmatan kecantikan di spa mahupun salon.
“Jika fesyen dan stail rambut berubah mengikut zaman, maka tidak mustahil selera lelaki terhadap kecantikan turut berubah. Sebelum ini saya mendapati lelaki malu untuk bercakap mengenai kecantikan. Apatah lagi untuk mengunjungi spa bagi menjalani rawatan wajah, badan dan urutan.
Kunjungi spa
Biasanya kehadiran pelanggan lelaki di spa tersebut lebih gemar mendapatkan rawatan sauna, lulur dan rawatan wajah. Memahami gaya hidup lelaki lebih aktif daripada wanita, Kimie banyak menggunakan ramuan-ramuan semula jadi bagi mengurangkan bau badan dan melegakan otot-otot yang tegang.
Dalam proses lulur dan skrab tubuh badan, bahan-bahan seperti kunyit, temulawak, mengkuang, sengkuang dan rempah asli yang digunakan mampu menanggalkan sel kulit mati. Proses lulur banyak diberi tumpuan pada bahagian bawah lengan dan siku yang menjadi tempat daki-daki kotor berkumpul.
Mandi
Begitu juga apabila menyentuh soal mandian. Jangan ala kadar saja, sebaliknya mandi dengan bersih. Pastikan air mengalir ke seluruh badan dan gosok menggunakan berus badan yang sudah dititiskan krim mandian. Tapi, jangan lupa bersihkan di bahagian kaki terutamanya kuku jari kaki.
PROSES mandian perlu dilakukan dengan sebaiknya menggunakan krim mandian dan berus badan.
Salon
Sekiranya mendapati gaya rambut anda sudah tersasar daripada potongan asal segeralah ke salon. Di sana pendandan rambut akan trim semula rambut anda, di samping melakukan proses cucian dan merawat kelemumur, keguguran rambut serta kegatalan kulit kepala.
Jangan terlalu kerap bercukur
Menerusi blog kecantikan antarabangsa beauty-and-the-bath, golongan lelaki tidak digalakkan melakukan proses mencukur jambang dan misai terlalu kerap. Ini kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kulit wajah khususnya bagi individu yang memiliki jenis kulit sensitif. Paling utama gunakan alat pencukur yang bersih dan tidak berkarat bagi menggelakkan sebarang jangkitan bakteria.
Bau badan
Bermacam-macam cara boleh diaplikasikan bagi mengelakkan bau badan. Selain mandi, penggunaan deodaran, losen badan dan minyak wangi turut membantu melenyapkan bau badan yang kurang menyenangkan itu.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dari 85 Kg Kepada 65 Kg Dalam Masa 4 Bulan Sahaja

JANGAN TERLALU MEMAKSA DIRI
“Keinginan untuk memiliki tubuh ideal membuatkan ramai yang memaksakan diri untuk bersenam sebanyak mungkin hingga melewati batas. Melakukan olahraga yang berlebihan dapat membahayakan tubuh. Tubuh memerlukan waktu untuk beradaptasi dengan latihan olahraga yang anda lakukan. Kelelahan yang diakibatkan oleh latihan beban yang melampau akan meningkatkan risiko terjadinya kecederaan otot hingga mengganggu fungsi tubuh.
“Dalam melakukan workout, perencanaan dan catatan peningkatan sangatlah penting. Workout tanpa ada matlamat dan perencanaan yang baik hanya akan berakhir sia-sia dan hasil yang didapatkan tidak akan maksimal. Tulis goal dan catat perkembangan anda hari. Di Fuel Athletics kami amat menitikberatkan perihal ini, semua pelanggan kami akan diajar secara maksimal dan kami pantau setiap latihan juga pemakanan mereka jika perlu.”
APA NUTRISI YANG HARUS DIAMALKAN?
“Bercakap mengenai makanan, saya tidak begitu pentingkan kepada kuantiti, tapi lebih kepada kualiti. Anda sebenarnya tidak perlu timbang makanan serta mengehadkan jumlah makanan yang diambil. Kita bukan nak buat kek, mungkin agak sukar sedikit pada peringkat awal, namun setelah beberapa kali, anda pasti sudah dapat mengagak jumlah pengambilan sesuatu makanan harian anda. Ini kerana anda perlu mengisi tenaga yang diperlukan untuk membakar lemak tepu anda. Makan seberapa banyak yang anda mahukan, namun ia mestilah sihat. Bagi mereka yang ingin membesarkan otot, lagilah memerlukan makanan yang banyak. Lagi besar badan anda, lagi banyak kuantiti makanan yang anda perlukan.
“Banyak yang beranggapan jika mahu mendapatkan tubuh yang fit dan ideal hanya perlu senaman sahaja. Namun tahukah anda, nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil berperanan penting dan menentukan apakah workout anda tadi berhasil ataupun tidak. Nutrisi makanan memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh.”
TIP UNTUK MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN
“Sebagai orang yang sama-sama mengharungi detik-detik gemuk suatu tika dahulu, saya nasihatkan anda untuk terus kekal aktif. Apa yang paling penting ialah matlamat kita dalam senaman. Perlu ingat, fitness bukan untuk six pax semata-mata, ia lebih kepada orang yang susah nak berjalan, boleh berjalan. Bukan semua orang mempunyai matlamat kecergasan yang sama, ada yang nak kurus sebab mahu dapatkan jantung yang sihat sahaja.
“Jangan target untuk kurus dalam masa sebulan, anda perlu target dalam tempoh 30 hari itu anda perlu capai jarak joging sebanyak 15 km sebagai contoh. Jadi, setiap minggu anda kena naikkan jumlah larian anda. Jika hari ini anda joging sebanyak 300 meter, anda tambah kepada 1 kilometer pada minggu hadapan. Segelintir orang yang nak kurus, hari pertama sudah melompat kepada 5 kilometer. Badan anda tidak boleh menerima kejutan sebegitu. Anda perlu mula dari bawah, barulah hasil selama 30 hari akan menampakkan peningkatan. Dalam pada masa yang sama, berat badan anda juga akan berkurangan,” akhirnya yang menjadikan ‘Take everyday as a chance to be better sebagai quotes kejayaan buat dirinya.
IKUTI KISAH SELANJUTNYA DI DALAM MASKULIN EDISI MEI 2018
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI