
Mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.
Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.
Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.
“Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.
Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.
“Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita,” katanya.
Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.
Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
17 Taman Tema Air Di Malaysia Yang Buat Kamu Taknak Balik Rumah!

Senarai taman tema air ini boleh dijadikan rujukan, terutamanya bagi mereka yang sukakan tempat low-profile dan tidak semahal taman tema air popular yang lain.
Berikut adalah senarai taman tema air yang boleh di lawati di Malaysia.
1. Desa Water Park, Taman Desa, Kuala Lumpur
Mungkin tak ramai yang perasan bahawa wujudnya Taman Tema Air Taman Desa ini. Dengan harga tiket RM35 untuk orang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan tinggi melebihi 2 ½ kaki, tidaklah mahal mana untuk membawa seisi keluarga bermain di sini.
Dengan tarikan seperti Surf Shark, anak anda boleh bermain di gelongsor air yang berkonsepkan tropika dengan rekabentuk yang menarik. Pink Slide pula membolehkan anak anda gelongsor beramai-ramai sambil melakukan aksi cilik masing-masing.
Anda sekeluarga boleh menikmati Bubble Pool di mana ia mengeluarkan buih seperti berada di dalam jakuzi dan membolehkan anda menghilangkan stres.
Bagi yang dewasa pula, terdapat Shock Wave yang boleh menghasilkan ombak setinggi 1.5 meter yang agak mencabar kekuatan fizikal dan mental anda.
2. Carnivall Water Park, Sungai Petani, Kedah
Bagi mereka yang berada di utara tanahair pula, sila kunjungi Carnivall Water Park di Sungai Petani. Dengan harga tiket RM25 untuk orang dewasa dan RM19 untuk kanak-kanak (tambah RM5 setiap satu jika hujung minggu/cuti umum/cuti sekolah), ia merupakan lagi satu destinasi yang tidak membebankan.
Carnivall merupakan sebahagian daripada Cinta Sayang Resort dan selain dari taman tema air yang sentiasa penuh, ia turut mempunyai penginapan hotel bagi mereka yang datang dari jauh dan ingin bermalam di sini dengan harga serendah RM125++ untuk satu malam.
3. Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Di antara banyak-banyak tempat menarik di Port Dickson, Tiara Beach Resort memang terkenal sejak dari dulu lagi. Walaupun hanya digelar Swimming Pool, tetapi percayalah ia seperti taman tema air mini.
Dikelilingi deretan apartmen yang sering penuh tatkala hujung minggu, anda boleh memilih samada untuk bayar untuk masuk ke swimming pool sahaja atau mengambil pakej sekali dengan penginapan. Jika tidak silap, dulu harga tiket hanya RM10 untuk mandi sahaja, kami tak dapat info terkini di laman web mereka. Anda seisi keluarga boleh menghabiskan masa dari seharian di sini.
4. Wet World Shah Alam, Selangor
Terakhir sekali di dalam senarai taman tema air pada kali ini, Wet World sebenarnya terdapat bukan sahaja di Shah Alam, tetapi juga di Pedas, Negeri Sembilan dan juga di Batu Pahat, Johor.
Dengan harga tiket hanya RM20 untuk orang dewasa, RM16 untuk kanak-kanak di antara ketinggian 90-130cm dan percuma bagi mereka di bawah ketinggian 90cm; Wet World Shah Alam mempunyai pelbagai tarikannya tersendiri.
Dengan ketinggian air yang tidak melebihi 1 meter, ia adalah selamat untuk kanak-kanak dan tarikan seperti Fountain of Youth, Cascading Waterfalls, Neptune Challenge, Atlantis City, Big Splash, Lighthouse Escape, Tunnel Water Slide dan Treasure Island pasti akan menggembirakan anak-anak anda.
Demikianlah senarai taman tema air yang anda boleh habiskan masa cuti sekolah bersama seisi keluarga. Yang penting sekali, anda tidak perlu menghabiskan duit yang banyak bagi menikmati keriangan sepanjang hari bersama-sama dengan keluarga yang tercinta.
5. Legoland Water Park, Johor
Dibuka beberapa tahun lepas, taman tema terbesar di dunia ini menawarkan lebih 20 gelongsor air dengan lebih 40 buah permainan interaktif yang boleh dicuba. Memang mengujakan! Di dalam taman tema ini juga diletakkan lebih 70 model sebagai tarikan pengunjung. Zon permainan dibahagikan kepada tiga kategori: keluarga, kanak-kanak bawah 5 tahun dan kanak-kanak atas 5 tahun.
Build-A-Raft River misalnya popular di kalangan kanak-kanak kerana mereka boleh menguji minda dengan membina rakit sendiri mengguna kepingan Lego lembut manakala Joker Soaker membolehkan kanak-kanak bermain meriam air sambil 77 liter air dicurahkan ke atas mereka. Harga masuk bergantung pada pakej yang diambil dan jika menempah awal, potongan sebanyak 20 peratus diberikan.
6. Lost World of Tambun, Perak
Bukan sahaja menyediakan pelbagai aktiviti menarik di taman air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Cliff Racer, Tube Raiders dan Kids Explorabay, malah orang ramai boleh berhibur di taman tema kering, bermain dengan haiwan di Petting Zoo, melihat harimau Siberia yang eksotik di Tiger Valley, mempelajari sejarah perlombongan bijih timah yang terkenal diPerak suatu ketika dahulu di Tin Valley, menyertai aktiviti lasak lagi mencabar di Adventure Park dan merawat kesihatan di 8 kolam air panas di Lost World Hot Spring & Spa. Harga masuk berbeza mengikut pakej yang dikehendaki.
7. Marina Water Park, Teluk Batik, Perak
Taman tema air yang pertama di Daerah Manjung. Ia terletak dalam kawasan Resort Marina Cove dengan keluasan 80 ekar. Antara yang menarik di sini adalah pancuran air berbentuk cendawan beraneka warna dan pengunjung boleh berakit di kawasan kolam.
Tiada bayaran dikenakan kepada penginap resort namun dibuka kepada orang ramai pada harga yang berpatutan lebih-lebih lagi yang datang secara berkumpulan. Ia menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelancong yang datang ke Teluk Batik.
8. Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Melaka
Terletak berhadapan Zoo Melaka, taman tema yang dikelilingi oleh hutan rekreasi seluas 360 hektar menawarkan lebih 12 tarikan diikuti Taman Dinosaur dan Taman Ekstrem untuk aktiviti lasak seperti Go Kart serta Paintball. Turut disediakan permainan Aqua Bubbles yang mana pengunjung masuk ke dalam belon besar dan berjalan di atas air.
Menariknya suasana di sini seperti pesta fun fair dengan adanya deretan kedai yang menawarkan pelbagai jenis permainan dengan hadiah menarik untuk dimenangi. Harga yang dikenakan untuk orang dewasa adalah RM37.90, kanak-kanak RM32, warga emas RM18.95, pelancong asing dewasa RM45, kanak-kanak RM37.90 dan warga emas RM22.50.
9. A Famosa Water World, Melaka
Sangat popular di Melaka lantaran dilengkapi dengan kemudahan rekreasi dan permainan air yang menepati tahap antarabangsa. Yuran masuk dikenakan bergantung pada pakej yang ditawarkan oleh pihak resort. Kanak-kanak berusia 12 tahun dan dengan ketinggian 90 cm dikategorikan bawah caj kanak-kanak.
Antara tarikan utama adalah pantai buatan, luncur air setinggi 7 tingkat, halangan air dan banyak lagi. Selain itu, taman tema ini menyediakan pelbagai kawasan riadah seperti kawasan bermain layang-layang, pusat ekuestrian, pusat memanah, laluan berbasikal dan kolam memancing. Safari Wonderland pula memberi peluang kepada kanak-kanak melihat haiwan liar dalam habitat yang asal manakala bangunan berkonsepkan Wild West membuatkan anda seolah-olah mengembara di dunia koboi.
10. Kenyir Water Park, Terengganu
Tarikan terbaru di Terengganu berlatar belakangkan keindahan Tasik Kenyir yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Pengunjung perlu menaiki bot dari Pengkalan Gawi yang akan membawa mereka menyeberangi tasik untuk ke Pulau Poh di mana terletaknya taman tema itu. Antara yang disediakan di taman tema seluas kira-kira dua hektar adalah kawasan permainan air dengan kolam terapung, gelongsor, paddle boat dan banyak lagi.
Taman tema ini mampu menampung sehingga 600 pengunjung dalam satu-satu masa. Harga tiket hanyalah sebanyak RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak, termasuk pengangkutan bot. Ia bakal dilengkapi dengan kemudahan chalet serta jambatan merentangi tasik dan dijangka siap sepenuhnya pada 2016.
11. Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh, Pahang
Meskipun belum dikenali ramai, namun taman tema bersebelahan Mini Stadium Temerloh menjadi tumpuan penduduk setempat yang ingin beriadah bersama keluarga. Di sini kolam mandi dibahagikan mengikut kedalaman sesuai untuk peringkat umur berbeza. Disediakan juga gelongsor air dewasa dan kanak-kanak.
Permainan paddle boat kayuhan tangan turut menjadi hiburan kanak-kanak. Pengunjung dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas hanyalah RM8.
12. Wet World Water Park Batu Pahat, Johor
Merupakan satu-satunya taman tema air di Batu Pahat. Kawasan seluas 44 ekar ini asalnya adalah tapak bekas lombong berdekatan Tasik Merdeka yang cukup terkenal suatu masa dahulu. Antara daya penarik di sini adalah Wave Pool, BP Tower, Big Splash, Lazy River dan Kiddie Pool.
Selain bermandi-manda, pengunjung juga boleh memancing dan berperahu di tasik. Kadar bayaran dikenakan mengikut ketinggian iaitu 135cm hingga ke atas, RM18 dan 85cm hingga 135cm, RM15.
13. Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting, Selangor
Resort percutian keluarga ini memang mesra pelanggan dan berdekatan dengan pantai Morib, antara sebab ia menjadi tumpuan penduduk sekitar Selangor. Terletak di bahagian tengah tempat penginapan, taman temanya yang luas dengan gelongsor yang panjang direka seperti ‘badan naga’ menjadi tarikan pengunjung.
Meskipun terletak dalam kawasan resort, taman tema ini dibuka kepada orang awam. Bagi mereka yang tidak menginap di dalam resort, bayaran sebanyak RM25 dikenakan untuk mereka berusia 12 tahun ke atas dan 2 hingga 11 tahun, sebanyak RM15.
14. Tiram Indoor Water Park, Johor
Merupakan taman air tertutup yang pertama di Johor dibina dalam kompleks beli-belah Today’s Mall di bandar Ulu Tiram. Bayaran sebanyak RM15 dikenakan untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak namun harganya meningkat sebanyak RM5 pada hujung minggu serta cuti umum.
Sebuah kolam dengan keluasan 26,00 kaki persegi dibina untuk hiburan orang ramai dan boleh menampung sehingga 1,000 pengunjung dalam satu-satu masa. Berkonsepkan dunia laut, setiap tiang seri di taman tema ini dilekatkan simen berbentuk hidupan laut seperti sotong, kuda laut dan pelbagai jenis ikan. Puas bermain air, kanak-kanak boleh bermain gelongsor dan berbasikal di taman tema kering.
15. Escape Waterplay, Penang
Satu-satunya taman tema air di Pulau Pinang. Yang sebetulnya, Escape ialah Taman Tema, di mana ada banyak lagi aktiviti lain yang menarik.
Akan Datang
16. Mount Austin Waterpark, Johor
Antara tarikan terbaru di Austin Heights, Johor yang katanya bakal dibuka tahun 2015 ini.
17. Bangi Waterpark, Selangor
Dikatakan, mempunyai slide paling panjang di Malaysia!
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Fakta Menarik Buat Anda Ke Restoran Sushi Hari Ini

Kepada penggemar setia Sushi, pasti anda tahu bagaimana untuk menikmati hidangan Sushi kan? Namun ada beberapa fakta menarik yang mungkin anda terlepas pandang akan makanan yang berasal dari Negara Jepun ini.
Sihat dah Berkhasiat
Tahukah anda bahawa Sushi mempunyai Kalori yang rendah? Ia bukan sahaja enak, dan berwarna-warni, malah boleh dikatakan sebagai makanan yang paling sihat dan berkhasiat. Sushi mengandungi pelbagai mineral dan serat; ikan mentah pula mengandungi DHA dan EPA yang tinggi dan baik untuk otak!
Aneka Pilihan
Sushi menawarkan rasa dan tekstur yang kaya kerana ia terdiri daripada pelbagai makanan laut. Kombinasi makanan laut tidak terhad dan boleh digandingkan mengikut imaginasi dan kreativiti chef sushi.
Kurangkan Kepedasan Wasabi
Kebanyakan orang suka menikmati sushi dengan sedikit wasabi. Apabila kepedasan wasabi melampau sehingga lidah terasa panas, tutup mulut dan bernafas melalui hidung untuk meredakan rasa pedas yang dialami. Sekiranya anda membuka mulut, kepedasan akan kekal dirasai dalam mulut sahaja. Cubalah!
Halia Merah
Tahukah anda halia merah boleh membangkitkan deria rasa kita apabila menikmati sushi?
Halia merah boleh membersihkan tunas rasa untuk mencegah rasa ikan yang berlainan daripada mengganggu sensitiviti lidah agar kita betul-betul dapat menikmati kepelbagaian dan keenakan sushi!
Mencelup Sushi Dalam Kicap?
a. Kepit sushi dan hanya celup nasi dalam kicap agar tidak menutup rasa ikan yang segar.
b. Kepit sushi, terbalikkannya untuk mencelup bahagian ikan dengan sedikit kicap bagi menyerlahkan rasanya.
Menarik tak Fakta ni? lepas ni kalau Girlfriend ajak dating makan Sushi, anda dah ada knowledge pasal SUSHI!
*Sumber dari Empire Sushi
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Detoks Seminggu Dengan Air Rebusan Lemon Dan Halia

Masalah perut buncit adalah perkara paling ditakuti, tidak kira lelaki mahupun perempuan, penampilan diri amatlah dititikberatkan. Ini salah satu cara bagaimana untuk mengempiskan perut yang semakin membesar. Selamat berjaya!
Ya, kali ini anda boleh cuba petua ‘ajaib’ dan mudah ini, cukup berkesan hilangkan perut buncit seawal seminggu dan boleh mengurangkan selera makan anda…
Bahan2 :
1.Sebiji Lemon
2. Halia dalam dua atau 3 inci
3. Air 1.5 liter
Seeloknya di buat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.
cara penyediaan :
– Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang dah dipotong dan halia yg telah di umbuk ke dalam periuk tersebut.
-Biarkan didih selama 5 minit. Jangan lupa kacau.
-Selepas 5 minit didih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.
-Padamkan api, dan tutup habis periuk tersebut. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.
Cara minum :
Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh di habiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh di bawa ke pejabat. Minum sedikit-sedikit, dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.
Perkongsian dari FB Ibrahim Yop
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI