Lelaki Boleh Sedut Lemak Kalau Nak Cepat Handsome

Share

Faedah lain prosedur liposuction:

Prosedur ini boleh digunakan untuk merawat sesetengah keadaan perubatan termasuk:

*Ketumbuhan lemak benigna (lipomas)

*Pembesaran luar biasa buah dada lelaki (ginekomastia atau pseudoginekomastia).

*Masalah dengan metabolisme lemak dalam tubuh (lipodistrofi).

*Peluh berlebihan di kawasan ketiak (aksilari hiperhidrosis).

Fakta

Tujuan utama proses liposuction bertujuan membentuk satu atau lebih kawasan tubuh, bukan mengurangkan berat badan.

Liposuction digunakan di kawasan “bermasalah” yang tidak berkurangan walaupun sudah mengamalkan diet dan bersenam. Kawasan itu terdiri daripada bahagian luar peha dan pinggul wanita serta di bahagian pinggang dan belakang lelaki.

Bahagian wajah, leher, abdomen, belakang, punggung, kaki dan lengan atas. Juga membabitkan kawasan biasa mendapatkan rawatan sedutan.

Liposuction bukan kaedah sesuai merawat masalah obesiti kerana tidak akan menghilangkan selulit atau rekahan kulit.

Apa itu prosedur liposuction?

Proses mengeluarkan lemak dalam badan menggunakan kaedah sedutan. Ketika prosedur satu tiub kecil, tajam pada hujung (kanula) dimasukkan menerusi hirisan kecil pada kulit.

Lemak disedut keluar menerusi tiub ini ketika doktor menggerakkan tiub di bahagian bawah kulit. Tiub itu mensasarkan lemak di tempat khusus untuk dibuang.

Sejak beberapa tahun lalu, teknik sedutan diperbaiki menjadikan prosedur menyedut lemak lebih selamat, mudah dan kurang menyakitkan.

Teknik terbaharu itu termasuk:

*Sedutan lemak tumesens (proses pembengkakan akibat timbunan darah dan cecair lain dalam tisu). Anestetik setempat digunakan untuk membius bahagian tubuh di mana tiub dimasukkan.

Kemudian sejumlah besar cecair anestetik mengandungi `licodaine’ dan `epinefrin’ disuntik ke dalam tisu lemak sebelum proses liposuction dilakukan.

Kaedah ini tidak memerlukan bius umum yang menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri sepanjang prosedur.

*Sedutan lemak dibantu ultra bunyi. Teknik ini menggunakan ultra bunyi untuk mencairkan lemak, menjadikannya mudah dikeluarkan. Teknik ini juga membantu mengeluarkan lemak dari bahagian abdomen atas, tepi dan belakang.

*Sedutan lemak dibantu sinar laser. Kaedah ini menggunakan gelombang tenaga rendah untuk mencairkan lemak yang dikeluarkan menerusi kanula kecil.

Liposuction ini tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital kecuali jika isi padu lemak yang dikeluarkan itu banyak.

Bius setempat digunakan dalam sesetengah kes dan pesakit kemungkinan diberi untuk merehatkan diri.

Jika kawasan yang hendak dibuang lemak itu besar atau isipadu yang banyak, bius umum atau sedatif kuat dengan anestetik setempat mungkin digunakan.

Sedutan lemak itu, tidak boleh menjadikan seseorang itu kurus hanya membentuk tubuh supaya lebih elok.

“Prosedur ini selamat jika dilakukan oleh doktor bertauliah seperti pakar bedah plastik dan bukan pakar pembedahan am atau bidang lain.

“Proses menyedut lemak itu hanya membenarkan had maksimum enam liter lemak sahaja boleh dikeluarkan. Jika lebih dikhuatiri boleh bahayakan,”

 

 

Published by
Kim Rahim