Sebut sahaja peria , pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria katak yang bersaiz lebih kecil.
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.
Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Ads
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.
Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Ads
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
Ads
Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baru-baru ini, tular tentang kad kesihatan (health tag) yang kononnya dikatakan boleh mencegah jangkitan virus dan bakteria melalui pembebasan gas Chlorine Dioxide di sekitar si pemakai.
Menurut perkongsian Pusat Racun Negara di laman Facebooknya, tiada kesan pembasmian virus yang akan berlaku kepada si pemakai sekiranya dia menggantungkan kad kesihatan (health tag) ini.
Malah, pemakaian kad kesihatan (health tag) ini juga adalah tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada, apatah lagi jangkitan COVID-19.
Oleh itu, janganlah mudah terpengaruh!
‘HEALTH TAG’ BOLEH CEGAH WABAK COVID-19?
Belum pun sempat isu penggunaan herba daun semambu untuk rawatan COVID 19 reda, timbul pula dakwaan kaedah pencegahan baru. Kali ini melibatkan produk moden pula iaitu kad gantung di baju (‘health tag’) yang mengandungi bahan kimia Chlorine Dioxide.
Produk yang kini VIRAL dan laris penjualannya melalui atas talian ini kononnya bertindak mencegah jangkitan virus dan bakteria melalui pembebasan gas Chlorine Dioxide di sekitar pemakainya.
Benarkah begitu?
Satu kajian khusus tentang keberkesanan produk seumpama ini telah dijalankan dan diterbitkan melalui artikel “Hidekazu NISHIMURA, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide. Japanese Journal of Environmental Infections 32(4):222-226. July 2017.
Hasil daripada kajian ini mendapati:
1. Tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku
2. Gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung
Dapatan ini menunjukkan pemakaian ‘health tag’ adalah TIDAK BERKESAN untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada apatah lagi COVID-19.
Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.
Apa yang lebih dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan. Akibatnya pemakai mungkin akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila terlalu lapar sewaktu berdiet sememangnya boleh mendatangkan stres, bila stres diet pun tidak menjadi, jadi ini adalah 7 cara yang harus anda patuhi untuk mengelak perut menjadi semakin buncit dan boroi!
Latihan secara teratur
Dalam mendapatkan berat badan yang ideal diperlukan dalam kehidupan sihat diantaranya dengan melakukan latihan secara teratur. Bagi anda yang ingin menghindari perut buncit sebaiknya rutin melakukan latihan seperti sit up, yang bermanfaat untuk otot perut. Selain itu anda juga dapat membuat latihan fizikal seperti berlari dan berbagai jenis latihan yang memiliki manfaat untuk mengurangi lemak di tubuh terutamanya di bahagian perut.
Makan secara teratur
Bagi anda yang melewatkan makan pada waktunya ia lebih berisiko tinggi dalam meningkatkan kadar kolesterol, sehingga menyimpan lebih banyak lemak terutama di bahagian perut. Mengambil makanan sihat seperti salad dan buah-buahan setiap hari dapat mengurangi penyimpanan lemak tubuh terutama di bahagian perut anda.
Hindari Makanan Manis
Cara terbaik untuk menghindari perut buncit adalah dengan menghindari makanan manis . Pengambilan gula menyebabkan perubahan yang tinggi terhadap kadar gula dalam darah.
Meningkatkan vitamin C
Vitamin C banyak terdapat di dalam sayur dan buah seperti buah jeruk, brokoli, pisang, dan paprika yang dapat membantu dalam menjaga antibodi di dalam tubuh. Vitamin C sangat penting dalam mengubah lemak menjadi tenaga
Pemilihan makanan yang berkhasiat
Bagi anda yang ingin mendapatkan tubuh yang sihat terutama terhindar dari lemak di bahagian perut sebaiknya lebih selektif dalam memilih makanan. Makanan yang mengandung lemak tidak sihat merupakan musuh bagi anda yang ingin mendapatkan kesihatan tubuh dan berat badan yang ideal. Beberapa makanan ternyata mampu mencukupi keperluan lemak sihat yang diperlukan tubuh dan bermanfaat untuk anda yang sedang diet. Beberapa makanan seperti buah-buahan , sayur-sayuran dan minyak zaitun boleh menjadi pilihan terbaik anda.
Rehat yang cukup
Tidur sangat penting untuk menjaga berat badan dan kesihatan yang lebih sistematik untuk tubuh anda. Beberapa penelitian telah membuktikan bahawa terlalu sedikit kualiti tidur merujuk ke penambahan berat badan, mengidam makanan yang tidak sihat dan peningkatan risiko penyakit jantung. Mendapatkan lebih banyak tidur adalah cara mudah untuk menjaga tubuh Anda langsing dan sihat.
Mengawal stres
Obesiti adalah salah satu hormon yang berhubungan dengan pengelolaan stres. Ketika Anda sedang stres maka akan mengakibatkan tingkat kenaikan obesiti. Hal ini dapat menyebabkan penambahan berat badan atau ketidakmampuan untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan antibodi badan. Usahakan untuk meluangkan waktu untuk bersantai setiap hari meskipun hanya beberapa minit untuk mengatur kortisol yang seimbang. Bagi anda yang sedang bermasalah dengan berbagai kegiatan yang menekan anda secara paksaan sebaiknya anda mengatur jadual kembali untuk mendapatkan pola hidup yang sihat dan menghindari beberapa penyakit yang mungkin timbul ketika stres tidak dapat anda tangani dengan baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalunya mesti kita berfikir lelaki kurus lebih senang untuk shopping dan dress up sebab senang nak muat pakaian kan.
Tapi sebenarnya sangkaan itu kurang tepat ini kerana lelaki kurus banyak juga cabaran dalam berfesyen ni.
Jadi maskulin kongsikan tip berfesyen untuk lelaki kurus supaya tampak stylo di musim perayaan nanti. Check this out!
1. Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat (fit)
Sudahlah berbadan kurus, mengenakan pakaian “fit” pula, kamu akan berasa selesa tetapi dari pandangan mata awam, kamu akan dilihat seperti “tengkorak” atau diumpamakan seperti “belalang” dan kamu juga akan kelihatan tidak seperti lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita.
2. Pilih pakaian berwarna putih di samping grafik warna atau corak
Ini dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika kamu memakai t-shirt contohnya, warna putih disamping grafik yang berwarna lain ia dapat mengalihkan pandangan orang ramai terhadap kamu dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat kamu kelihatan sedikit berisi.
3. Elakkan pakai pakaian tak berkolar
Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher panjang, justeru itu elakkan memakai tak berkolar kerana ia akan membuatkan kamu kelihatan lebih kurus sebaiknya pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada kamu kelihatan lebih bidang dan tegap.
4. Seluar jeans
Tentang seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya. Jangan pakai sampai terlondeh pula ye!
5. Gaya rambut
Antara yang perlu dititikberatkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus
Sebolehnya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun dengan tampilan fesyen rambut sedikit “spiky”. Bagi yang suka menyimpan rambut pula, lebih elok potong rambut bagi selari dengan bentuk muka. Jika rambut lebih tebal atau besar ia akan meneggelamkan muka kamu dan membuat orang ramai nampak seperti ‘batang mancis’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.