Antara Perangai ‘Pelik’ Yang Lelaki Mula Buat Apabila Masuk Usia 40-an!

Betulkah lelaki mula perangai aneh sebaik sahaja memasuki usia 40-an? Tiada jawapan saintifik mengenai perkara ini namun berdasarkan pemerhatian pakar psikologi, hampir 80 peratus adalah tepat. Ya, lelaki bila masuk umur ini akan mula buat perangai aneh.

Oleh sebab itu ramai lelaki yang memasuki usia 40-an gemar melaungkan frasa ‘Life Begins At 40’ dan menganggap itu adalah zaman untuk mereka melengkapkan poses kehidupan sebelum menjengah ke usia 50-an dan ke atas.

Namun begitu menerusi entri ini, Maskulin ingin berkongsi 12 perangai aneh yang biasanya dilakukan oleh golongan ini kononnya apabila sudah tiba masanya.

Bersetuju atau tidak, jom kita baca dahulu satu-satu tentangnya, MASKULIN buat senarai supaya anda boleh check:

BACA: Kalau Tingkap Kereta Tak Boleh Turun Naik, Ini 3 Perkara Yang Anda Kena Periksa!

12 perangai aneh lelaki 40-an

1. Berlebihan membeli pakaian baru

Anda mengambil masa yang lebih lama untuk kelihatan tampan dan bergaya. Anda pun jadi tak kisah berbelanja lebih semata-mata untuk membeli baju baharu.

2. Perubahan kepada stail rambut

Jika sebelum ini anda cuma tahu sikat tepi sahaja tetapi tiba-tiba anda mahu tukang gunting buat stail pacak-pacak atau rambut ala-ala KPop. Yang penting nampak tampan.

3. Melepak dengan generasi yang berbeza

Rasa kalau lepak dengan kawan-kawan sebaya, anda rasa macam dah terlalu tua sangat. Mulalah start cari geng-geng muda untuk diajak ‘ngeteh’. Boleh dengar mereka sembang pasal PUBG walaupun anda sebenarnya tak faham. :-p

4. Tiba-tiba bersungguh-sungguh menjaga ketampanan

Masa inilah anda mula search apa produk yang bagus untuk kulit muka. Apa yang sesuai untuk cerahkan kulit atau hilangkan jerawat. Anda betul-betul mahu menjaga kulit wajah anda untuk lebih berkeyakinan tinggi.

5. Beli kereta pacuan empat roda atau motosikal besar

Membeli kenderaan jenis ini menampakkan anda matang, stabil dan memiliki segala-galanya. Naik pacuan empat roda dan motor besar juga merupakan idaman semua lelaki dan anda kini dalam fasa sedang buktikan, “Aku sedang ada segala-galanya”.

6. Berkira-kira mahu tukar kerjaya kerana bosan

Lebih 10 tahun anda berada dalam bidang kerja yang sama. Timbul rasa bosan tetapi apabila nak difikirkan semula sesuaikah untuk anda bermula dari bawah dengan kerja baharu, itu ada kalanya menimbulkan dilema.

BACA: Pernah Tak Bila Tidur, Anda Rasa Berpeluh, Ini Adalah Sebab-Sebabnya Yang Ganggu Kualiti Tidur

7. Mencuba pelbagai jenis dan cara diet

Pada usia 40-an juga anda sudah mula kembali menjaga bentuk tubuh. Jika selama ini buncit dan menggeleber, anda start follow tips daripada ikon fitness seperti Kevin Zahri untuk mendapatkan bentuk tubuh yang baik dan mahu tampil segak.

8. Melanggan majalah khas untuk lelaki

Dulu anda suka baca yang bukan-bukan dan tidak berfaedah namun setelah usia menjengah ke fasa yang baharu sebelum tua, pada masa inilah anda baru dan mula cari bahan bacaan dari majalah lelaki seperti Maskulin!

9. Ingin mempunyai gajet terkini seperti telefon pintar

Gajet terkini seperti telefon pintar menjadi keutamaan anda biar pun orang kata ia membazir, mahal dan sebagainya. Anda bersungguh-sungguh mahu mendapatkannya kerana ingin kelihatan up to date dan tidak ketinggalan zaman.

10. Menyembunyikan umur sebenar

Bila orang tanya pasal usia anda, anda cuma suruh orang meneka sahaja namun tidak memberitahu usia sebenar. Jika tekaan mereka betul, anda akan berdolak-dalih dengan kata, “Cubalah teka lagi”.

11. Mula mendengar lagu Indie atau lagu yang lebih ‘muda’

Tiba-tiba anda layan lagu Masdo! Paling tidak.. lagu Haqiem Rusli atau Nabila Razali pun anda hafal dan tahu menyanyikan semula kerana anda benar-benar gemarkannya.

12. Memaksa anda untuk berpakaian seperti orang ‘muda’

Anda jadi suka berpakaian berwarna terang walaupun ia tidak sesuai dengan peringkat umur anda!

Jadi, adakah anda sedang mengalami situasi ini atau ada yang Maskulin terlepas mengenainya? Kongsikab bersama kami!