Lelaki bila makin ramai wanita suka, lagi tinggi risiko hidup kena hadap. Kaum lelaki, awas! Lagi ramai wanita suka pada anda, lagi tinggi risiko hidup. Ungkapan ini mungkin kedengaran seperti gurauan, namun ada kebenaran dalam peringatan ini.
Lelaki Bila Makin Ramai Wanita Suka
Ramai mungkin tidak sedar bahawa populariti dalam kalangan wanita dan gaya hidup sosial yang aktif sebenarnya boleh membawa beberapa risiko tertentu bagi lelaki. Artikel ini akan mengupas bagaimana kesan ini boleh berlaku dan bagaimana lelaki yang popular dalam kalangan wanita perlu lebih berhati-hati.
“Lagi ramai wanita suka kau, lagi tinggi risiko hidup kau.”
Baru-baru ni kawan saya randomly cakap ayat ni kat saya. Then, saya katalah yang benda ni tak ada relate dengan saya sebab saya ni pencinta isteri. Lepas tu dia tetap suruh saya berhati-hati juga sebab katanya ujian ni boleh datang tanpa kita jangka. Macam ni,
Kau kena hati-hati bila kejayaan, kehadiran, status kewangan, atau karisma kau mula menarik perhatian ramai wanita. Bukan semua wanita tu tak baik, tapi bila ramai sangat mula mendekati, kat sinilah risiko bermula.
Fikirkan. Lelaki yang dapat terlalu banyak perhatian senang sangat teralih fokus. Ramai orang hebat akhirnya jatuh sebab skandal atau hilang kawalan bila tak jaga batas. Bukan semua yang datang tu betul-betul ikhlas.
Ads
Hakikatnya, makin ramai wanita tertarik, makin kau jadi target. Ramai yang nampak kau sebagai “resource,” bukan sebagai insan biasa. Ramai yang jujur, namun mesti ada yang cuma kejar apa kau ada.
1. Wanita Memang Tertarik Dengan Kuasa Dan Kekayaan
Itu fitrah. Bila kau berjaya, ramai mula cuba nak dekat. Mereka nampak kau sebagai “provider,” yang boleh bagi apa yang mereka nak. Jangan salah baca senyuman manis tu – ada yang tak kisah pun siapa kau sebenarnya. Fokus mereka kat apa yang kau boleh bagi. Bila dah tak mampu, mereka beralih pergi. Hati-hati.
2. Gangguan Boleh Bunuh Fokus Kau
Bila terlalu banyak perhatian dari wanita, senang sangat hilang fokus. Egolah yang selalunya makin naik, rasa macam dunia dalam genggaman. Tapi inilah risiko besar— gangguan musuh utama ultimate goal kau. Competitors kau takkannya tunggu kau masa kau sibuk melayan perhatian yang tak perlu itu.
Ads
3. Skandal, Jerat, Dan Manipulasi
Dunia ni penuh perangkap, bro. Lelaki berjaya selalu dihantui skandal dan fitnah, banyak kali bermula dari hubungan dengan wanita. Satu kesilapan kecil dah cukup untuk reputasi jatuh. Jatuh tu bukan jatuh biasa-biasa, tapi jatuh terduduk.
4. Kos Sebuah Perhatian
Kejayaan ada harga, dan perhatian wanita adalah antara kos paling tinggi. Lagi ramai yang dekati, lagi banyak tenaga, masa, dan wang yang kau perlu labur. Sama ada masa, hadiah, atau tenaga. Fokus kau takkan ke situ.
5. Ego Yang Menjerat
Tak dinafikan, perhatian yang kau dapat daripada orang ramai tu bagus. Tapi inilah perangkapnya. Ego boleh jadi musuh paling besar. Bila kau mula rasa diri tak mungkin jatuh sebab ramai tertarik, saat tu kau sebenarnya dah kalah.
6. Tak Semua Wanita Jahat
Ingat, bukan semua wanita nak manfaatkan kau. Ada yang ikhlas, betul-betul nak sokong kau, bukan sebab apa kau boleh beri. Tapi makin berjaya, makin susah nak cari yang betul-betul ikhlas berurusan dengan kau.
Ads
7. Fokus Pada Matlamat, Hidup Akan Aman
Jadi, apa patut kau buat? Fokus, bro. Jangan biarkan kejayaan yang kau bina runtuh hanya sebab kau leka. Jaga hati, jaga kewangan, dan tenaga kau.
Fenomena drama bersiri yang penuh mendebarkan ‘Squid Game’ menerusi platform Netflix telah mencorakkan dimensi baharu industri hiburan Korea Selatan di persada dunia. Salah satu pencapaian terbaiknya ialah menerima jumlah tontonan 1.650 billion jam tontonan hanya dalam masa 28 hari.
Malah pada ketika itu ia menjadi program atau drama bersiri yang paling popular dan menerima jumlah tontonan tertinggi fi Netflix. Dengan populariti yang hebat seperti itu maka tidak hairanlah ramai yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan sekuelnya, ‘Squid Game 2’.
Semasa acara peminat global berlangsung di Tudum São Paulo, Brazil, Netflix telah mengumumkan barisan pelakon-pelakon baharu yang bakal muncul menerusi musim kedua ‘Squid Game’. Lee Jung-jae yang menjadi watak protaganisnya akan kembali memegang watak sebagai Gi-hun.
Manakala di sebalik tabir, Hwang Dong-hyuk akan menyambung semula peranannya sebagai pengarah dan penerbit eksekutif. Dijangkakan produksi akan bermula pada akhir tahun ini.
Selain Lee Jun-jae, pelakon yang membawa karakter Front Man iaitu Lee Byung-hun kembali sekali lagi bagi mencorakkan plot yang pastinya lebih rumit dan misteri. Turut muncul semula ialah Wi Ha-jun sebagai detektif polis Jun-ho dan juga Gong Yoo yang juga akan membuat kemunculan semula.
Netflix turut mengumumkan pelakon-pelakon baharu yang bakal menyertai mereka untuk musim keduanya. Mereka ialah Yim Si-wan, Kang Ha-Neul, Park Sung-hoon dan Yang Dong-geun. Penglibatan Oh Yeong-su, yang memainkan watak Oh Il-nam pada musim pertama, masih belum dapat disahkan. Sehingga kini, Netflix masih belum memberikan tarikh keluaran khusus untuk ‘Squid Game 2’.
Akan tetapi peminatnya pasti dapat menarik nafas lega dengan pengesahan dan pengumuman musim terbarunya yang akan dinantikan dengan tidak penuh sabar lagi. Malah lebih mengujakan Netflix turut memperkenalkan teaser pertama yang mengumumkan pelakon-pelakon baharunya.
Yim Si-wan merupakan ahli grup K-pop lelaki terkenal, ZE:A dan sub-kumpulannya ZE:A Five dan juga pernah memainkan peranan dalam filem ‘The Attorney’ dan siri TV ‘Misaeng: Incomplete Life’. Kang Ha-neul juga muncul dalam yang terakhir, serta senarai panjang drama TV lain termasuk ‘When the Camellia Blooms’, ‘Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo’ dan ‘Midnight Runners’.
Manakala, Yang Dong-geun pula merupakan seorang pelakon, penyanyi rap, penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman, dan penari breakdance dan Park Sung-hoon pula pernah tampil menerusi drama bersiri seperti ‘The Day of the Kidnapping’, ‘Justice’, dan ‘You Are the Boss’.
Agak-agaknya apa yang akan berlaku pada musim kedua nanti? Sama-sama kita nantikan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
6 selebriti lelaki ini sememangnya diketahui memang sucess dalam bidang seni, namun malangnya belum ada lagi yang mencuri hati mereka walaupun sudah mencecah usia 40an. Masa kini ramai je lelaki yang lambat mendirikan rumahtangga mungkin juga atas sebab kos sara hidup yang makin tinggi.
Itulah yang dinamakan jodoh, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Semuanya sudah tertulis cuma kita tidak tahun dengan siapa dan bila akan terjadi. Jom lihat siapakah selebriti di Malaysia yang masih bujang dan tampan mungkin jodoh wanita di luar sana.
1. Anuar Zain, 48
Memang sukar untuk memperkatakan tentang penyanyi lelaki yang seorang ini, dia memang cukup berahsia tentang hal peribadinya terutama kisah cinta. Dalam usianya sudah menghampiri usia 50an, Anuar tetap sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi tersohor. Pernah dikaitkan dengan nama-nama besar menjalinkan hubungan cinta seperti Dayang Nurfaizah dan Siti Nurhaliza suatu ketika dahulu.
2. Hans Isaac, 47
Siapa tak kenal dengan pelakon kacak ini yang digilai ramai wanita. Hans tidak seseakali hilang auranya dalam dunia lakonan. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan jelitawan dari Malaysia seperti Erra Fazira, Neelofa dan bekas ratu cantik, Elane Daly.
3. Mahmud Ali Bashah, 48
Mahmud Ali Bashah bukanlah nama asing dalam industri tanahair. Wajahnya sentiasa muncul di kaca TV menerusi drama dengan memainkan pelbagai watak. Kini beliau sudah berusia 47 tahun dan masih belum bertemu dengan pilihan hati. Beliau masih aktif dalam dunia lakonan dan kini sibuk menjalankan perniagaan sendiri.
4. Zamani Slam
Ketika Zamani dalam usia remaja sebagai vokalis kumpulan Slam, beliau menjadi kegilaan ramai wanita sehinggakan ada yang hampir histeria tatkala melihat dia melakukan persembahan di pentas. Pernah mencetuskan kontroversi dengan penyanyi No 1 Negara iaitu Datuk Siti NUrhaliza sebelum ini. Gosip mengatakan mereka berdua bercinta hangat sekitar tahun 1997-1998 namun mereka berdua tidak pernah mengesahkan gossip tersebut.
5. Rem,43
Satu ketika dahulu, nama penyanyi yang berasal dari Sibu, Sarawak ini cukup popular manakala lagu-lagunya seperti Selingkar Kasih dan S.O.T (Semua Orang Tahu) sering kali menjadi siulan peminatnya. Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim, 42, masih belum merancang untuk menamatkan zaman bujang. Dia menyerahkan perkara itu kepada Allah dan sekiranya menemui gadis yang menepati ciri-ciri idamannya, dia tidak teragak-agak untuk terus berkahwin.
6. Azwan Ali
Azwan Ali memang terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara dan mengkritik orang. Azwan Ali atau nama sebenar Mohamed Azwan Haji Ali dilahirkan pada 13 Februari 1966 sangat aktif di media sosial.Suatu ketika dulu pernah Azwan pernah menaruh hati pada penyanyi popular Ziana Zain. Ketika Azwan Ali bukanlah Azwan Ali yang sekarang kerana dahulu dia berperwatakan macho dan boleh dikatakan lelaki yang bergaya. Sayangnya perasaan cinta dan kasih sayang Azwan Ali terhadap Ziana Zain telah di”reject” ketika itu.
7. Ebby Yus
Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang terkenal. Paling diingati ialah peranan beliau dalam siri sitcom televisyen `Simpang Tiga’. Dalam pada itu pelawak berasal dari Negeri Sembilan ini berkata, seandainya beliau mahu berkahwin, wanita pilihannya itu mestilah seorang yang bukan saja boleh menerima dirinya malah keluarganya.
6 artis dari Malaysia ini sememangnya masih tampan dan segak namun malangnya belum ada lagi yang mencuri hati mereka. Apa-apa pun dalam hati kita tertanya-tanya adakah jika kita punyai wajah yang tampan dan ada kerjaya yang baik maka berat jodoh?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap hari debaran pasti dirasai tatkala menunggu perkembangan terbaru penularan Covid-19 terutamanya sidang media daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Barisan hadapan negara sekali lagi terpaksa berhadapan cabaran yang cukup luar biasa.
Kes harian kini mencatatkan angkas tiga digit setiap hari dengan negeri Sabah yang paling teruk terjejas. Dan menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, barisan hadapan kini mencapai tahap kritikal. Perkara tersebut dikongsi oleh beliau menerusi ciapan di Twitter pada awal pagi hari ini.
“Strategi kami adalah berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti. Ia juga bagi memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,” jelasnya.
Pada 11 Oktober 2020 iaitu semalam negara kita menyaksikan sebanyak 561 kes baharu dilaporkan dengan negeri Sabah mencatatkan angka tertinggi dengan 488 kes.
MOBILISASI SEGERA
Dalam pada masa yang sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tekah melakukan mobilisasi juruteknologi makmal perubatan dan juru x-ray (diagnostik) dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak ke negeri Sabah.
Seramai 2 orang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan 9 orang juru X-ray (Diagnostik) KKM telah dimobilisasi ke negeri Sabah pada 9 Oktober 2020 dengan menaiki pesawat ‘Charlie’ Tentera Udara DiRaja Malaysia (penerbangan logistik & komunikasi TUDM).
Terdahulu, seramai 5 orang JTMP dari Pusat Darah Negara (1 orang), Hospital Kuala Lumpur (1 orang), Hospital Pulau Pinang (1 orang), Hospital Umum Sarawak (1 orang) dan Hospital Ampang (1 orang) telah dimobilisasi pada 5 dan 7 Oktober 2020 yang lalu.
Mereka ditempatkan di Hospital Semporna, Hospital Lahad Datu dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKA KK). Turut sama ialah seorang Pegawai Sains (Mikrobiologi) dari Hospital Umum Sarawak yang telah dimobilsasi ke MKA KK.
Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.
Selamat berjuang dan bertugas MASKULIN ucapkan buat wira-wira negara yang berada di barisan hadapan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.
Jangan lupa untuk dapatkan e-magazine MASKULIN isu October 2020 yang memaparkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai cover hadapan dan Alif Satar sebagai cover belakang. Anda boleh dapatkannya di sini.
Sumber: Twitter & Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.