Timbulnya uban di kepala sering kali dikaitkan dengan proses penuaan. Ada lelaki risau tatkala rambut bertukar warna, berasakan diri tidak lagi menarik. Namun, jangan terkejut ramai wanita mengakui lelaki beruban punya daya tarikan tersendiri.
Siapa yang tidak mengenali Richard Gere. Bagaimana pula dengan George Clooney dan Steve Martin?. Tetap kacak dan bergaya bukan?. Di Malaysia pula, Dato’ Jalaluddin Hassan, Chef Wan serta Dato’ Hj Rahim Razali. Kesemua daripada mereka masih lagi tampil segak, menawan dan digilai walau pun umur sudah mencecah setengah abad. Rambut yang beruban langsung tidak membayangi persona mereka. Bagaimana?
Ramai berpendapat rambut beruban di kepala lelaki boleh mencairkan hati sang wanita. Berdasarkan uban yang timbul, wanita mudah terpikat kerana uban menampakkan sisi matang si dia, selain itu lelaki beruban dipercayai berpengalaman, misteri dan romantik.
MITOS RAMBUT BERUBAN
1) Kejadian mengejutkan penyebab uban di kepala. Tidak, menurut Penolong Profesor Klinik bidang Dermatologi, University Medical Center, Amerika Syarikat menyatakan uban muncul ketika sel-sel melanosit yang ada di folikel rambut telah berhenti menghasilkan melanin (pigmen yang memberikan warna pada rambut).
2) Tekanan mempercepatkan ketumbuhan uban. Ya, aktiviti dan ketumbuhan melanosit di sel rambut dipengaruhi oleh hormon stres. Saintis percaya mereka yang mengalami tekanan berpanjangan memiliki uban lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengalami tekanan.
3) Nutrisi tidak seimbang punca uban timbul dengan cepat. Ya, kajian pakar kesihatan global percaya kurangnya pengambilan vitamin A dan B-12 akan mempengaruhi penghasilan melanin di akar rambut.
4) Mencabut uban akan membuatkan banyak lagi uban timbul. Tidak. Kajian membuktikan uban akan timbul pada folikel yang sama setelah dicabut. Tiada bukti saintifik makin banyak uban akan timbul. Malah doktor menyarankan agar uban tidak dicabut kerana tindakan ini boleh melukakan kulit kepala dan terjadinya infeksi.
5) Aspek penuaan punca rambut beruban. Tidak tepat 100% kerana ada yang sudah beruban bermula umur 20-an dan 30-an lagi. Ini disebut uban pra-matang (premature graying). Aspek keturunan juga mempengaruhi genetik uban di kepala.
ELAK RAMBUT BERUBAN
– Ambil makanan yang tinggi kandungan protein seperti ikan.
– Vitamin B kompleks dan vitamin B5 dapat membantu mencegah proses perubahan akibat daripada kekurangan nutrisi di sel rambut.
– Vitamin E juga elok untuk merangsang sistem peredaran darah di kulit kepala bagi melambatkan pertumbuhan uban.
– Gunakan pewarna rambut yang mengandungi bahan semula jadi bagi mengatasi rambut beruban.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI