Lelaki Bersifat Tegas Lebih Mudah Curi Hati Wanita

Share

Bayangkan karakter seorang lelaki yang tegas. Wajahnya sentiasa serius tak kira masa. Siapa sahaja yang melihatnya pasti tak berani nak bertentang mata.

Itulah karakter seorang lelaki tegas yang kerap kali sering disalah anggap. Walhal mereka juga seperti lelaki lain. Mempunyai jiwa penyayang yang kadangkala melebihi daripada orang lain.

Ramai wanita menganggap lelaki tegas sukar untuk menunjukkan emosinya secara luaran. Adakah disebabkan dengan karakter yang lagaknya seperti jantan menyebabkan lelaki tegas dianggap begitu?

Walaupun wanita sering dianggap sebagai ‘manusia paling kompleks namun lelaki juga tidak kurang karenahnya. Kadangkala lelaki sukar untuk mengungkapkan kata
-kata romantis dan sayang kepada pasangannya. Namun itu tak bermakna dia tak sayang.

Entri ini khusus buat wanita yang mungkin berteka-teki adakah lelaki itu sayang atau tak padanya. Ketahuilah jika dia mempunyai ciri-ciri yang MASKULIN kongsikan di bawah ini, maknanya kasih dan sayang lelaki itu memang benar!

1.

Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2.

Apabila muncul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3.

Sering bertanya khabar menerusi WhatsApps atau laman media sosial. Walaupun kadangkala tak terbalas, namun dia tak kisah. Itu lelaki itu sentiasa memikirkan kekasihnya.

4.

Boleh menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat.

5.

Sentiasa boleh hiburkan hati teman wanita yang resah dan gundah. Dia juga sentiasa bersungguh melakukan apa jua untuk menggembirakan pasangannya.

6.

Wanita sering kali salah anggap bahawa pasangan mereka kaki bebel sedangkan dia hanya ingin memberi nasihat. Ingat, jika dia tegur itu bermakna dia sangat sayang.

7.

Bila sudah sayang, fobia kehilangan pasangan pasti ada. Begitu juga lelaki, jia dia ada menyuarakan kebimbangan itu bermakna dia memang sangat sayang kepada pasangannya.

8.

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11.

Sekiranya teman lelaki sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12.

Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13.

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14.

Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16.

Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

BACA: Enjin Kereta Bergegar Apabila Dihidupkan Atau Dipandu, Apa Puncanya?

18.

Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19.

Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim