Merendah diri adalah lambang identity neomaskulin yang terpuji dan personaliti yang benar-benar hebat. Mereka yang tidak tahu cara untuk merendah diri dan mereka yang tergolong sebagai lelaki dan wanita yang sombong serta ‘besar kepala’ adalah manusia dengan personaliti toksik.Dalam konteks ini, merendah diri sebenarnya amat berkaitan dengan konsep ‘self esteem’ atau harga diri seseorang dan cara seseorang individu menilai ‘nilai’ dirinya. Pada waktu yang sama, jika tersalah nilai akibatnya sama buruk. Contohnya, pembohong yang merasakan dirinya manusia bijaksana hanya menipu diri sendiri. Seorang yang sombong kerana dirinya kacak atau berharta pula akan hilang cahaya diri kerana kesombongan.
Paling utama, rendah diri juga boleh merosakkan imej diri dan menggelapkan masa hadapan anda dan saya JIKA kita sampai ke tahap ‘menghina’ diri sendiri. Maka, untuk bulan ini, ruangan Helai-Fakta Neomaskulin membawa kepada anda 3 petua mudah untuk mengelakkan hal negatif ini terjadi…
#1. Elakkan daripada selalu melihat diri sebagai hina, kecil dan langsung tidak signifikan!
Ada antara kita lelaki yang terlalu merendahkan diri hingga ke lubang kehinaan, seperti di tempat kerja, bersama rakan atau dengan ahli keluarga. Rendah diri begini membuatkan seseorang merasakan dirinya terlalu kecil (insignificant). Dilema ini bagaikan sumpahan yang tidak boleh hilang selepas tujuh keturunan.
Misalnya, di tempat kerja dia merasakan tugasnya tidak penting atau tidak dihargai. Bersama rakan dia percaya bahawa mereka lebih hebat atau suka menunjuk-nunjuk. Dengan ahli keluarga sendiri, insan yang terlalu menghina diri percaya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya dibandingkan ahli keluarga lain. Aneh bukan?
Ads
Maka, elakkan daripada terlalu menghina diri anda sampai ke tahap serendah itu. Yang paling utama adalah mencari KESEIMBANGAN (yang juga kata kunci serta slogan ruangan kita ini)!
#2. Berfikiran normal dan tidak terlalu menekan diri dengan semua kelemahan yang anda punya!
Sebagai lelaki dengan aspirasi neomaskulin, kita tidak wajar terlalu menekan diri sendiri hingga ke tahap yang ekstrem. Kita perlu berfikiran normal dan tidak terlalu taksub dengan segala-gala kelemahan yang anda.
Ads
Ada jalan keluar jika anda terlalu suka menekan diri sampai ke tahap ini. Mulakan dengan bertanya kepada diri, “Apakah perlu aku terlalu merendahkan diri hingga ke tahap penghinaan?” “Bukankah perbuatan ini salah kerana aku seperti tidak menyukai hidup yang sudah diberikan oleh Tuhan?”
Kemudian, sematkan di dada bahawa kestabilan dan kesederhaaan amat perlu. Tidak perlu terlalu menghina diri dan ingatlah bahawa tidak elok jika terlalu membanggakan diri. Bertenang sahaja dan selalu cuba untuk stabilkan emosi anda, terutama sekali apabila anda berkomunikasi serta bersosial dengan orang lain.
#3. Bezakan antara kelemahan peribadi dengan kesilapan biasa serta cuba raikan kelebihan orang lain di sekeliling anda!
Ads
Jika ketua anda di pejabat memarahi anda kerana sesuatu hal pejabat, tolong ingat bahawa yang menjadi masalah adalah prestasi anda yang tidak memenuhi permintaan. Yang menjadi masalah bukanlah diri anda sebenarnya.
Jika teman baik anda dapat membeli kereta mewah, ini bukan bererti dia menghina anda yang hanya menaiki bas atau motosikal cabuk ke pejabat. Malah, cuba fikirkan, jika anda sahabat yang baik lagi ikhlas, bukankah anda patut tumpang gembira dengan kejayaan teman anda itu?
Dan jika adik, abang atau kakak anda mendapat keuntungan dalam perniagaan mereka, dikurniakan cahaya mata atau pindah ke banglo baru yang tersergam indah, sudah pasti ini bukan suatu penghinaan atau komplot untuk memperkecilkan anda yang masih bekerja untuk orang lain, belum mempunyai anak dan masih menyewa flat dua bilik.
Akhir kata, amati dan dalami soalan retorik ini: Apakah perlu anda merendahkan (yang sebenarnya menghina) diri sendiri?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang luar panggil Pati Ikan Bilis , tapi orang Kelantan lebih suka menamakan BUDU . Pekasam ikan bilis ini merupakan makanan tradisional orang Kelantan yang boleh didapatkan di kedai-kedai terdekat dengan harga yang cukup murah .
Selain untuk dimakan , tahukah anda bahawa BUDU ini mempunyai banyak khasiat atau manfaat untuk kesihatan? Budu kaya dengan protein dan turut dikenali sebagai serat yang baik . Kandungan serat-serat yang ada di dalam budu lebih bagus dari serat ikan-ikan lain, dan ianya mudah dicerna oleh tubuh kita.
PENCEGAH KANSER
Budu mempunyai Gluthaione sejenis anti oksidan yang mampu mengeluarkan toksin dan meningkatkan daya tahan tubuh yang memerangi berbagai penyakit berbahaya, salah satunya kanser.
AWET MUDA
Unsur ganestine dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas yang mampu menghambat penuaan dan juga kanser payudara. Untuk kalian yang ingin nampak awet muda takperlu beli ubat mahal-mahal , cukup dengan budu.
TURUNKAN KOLESTEROL
Tahukah anda, dengan melakukan pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu, mampu menurunkan kolesterol.
CEGAH CIRIT BIRIT
Budu mengandungi sejenis zat antibakteria yang mampu mencegah “diarrhoea” atau lebih dikenali dengan cirit-birit. Selain itu manfaat budu yang lain mampu menghalang penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan juga hypertensi.
TINGKATKAN IQ
Budu mampu merangsang sel-sel otak dan meningkatkan daya ingatan. Selain itu juga mampu membunuh bakteria yang menyebabkan perut kembung pada anak-anak.
Khasiat Budu ini diperoleh dari proses ikan bilis yang diperam. Wah, selain sedap dimakan ternyata Budu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan perkara yang asing lagi bila kita melihat wanita muda memilih lelaki yang berusia sebagai teman hidupnya. Kajian mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan. Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan sahabat juga pasangan terbaik buat wanita. Apatah lagi kebanyakan golongan lelaki berusia ini nampaknya kedudukan ekonomi, kesihatan dan sosialnya lebih kukuh dan stabil.
Dan bagi wanita memilih untuk berada di samping lelaki yang lebih dewasa, tua dan berpengalaman merupakan momen yang menyenangkan.
Jadi, lelaki muda di luar sana jangan cepat melatah tentang isu ini. Anda mungkin boleh menimba ‘pengalaman’ berharga itu daripada lelaki-lelaki berusia di luar sana sebagai bekalan anda nanti.
Mahu tahu apa lagi kelebihan dan istimewanya lelaki ‘matang’ dan berusia ini. Nah baca ni.
1. Sabar
Ramai yang mengatakan jika lelaki yang lebih tua dari pasangannya adalah lelaki yang penyabar.
Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya.
Mereka juga akan berusaha mengalah demi kebaikan diri mahupun kebaikan pasangan.
2. Seksi
Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang seksi dan menawan. Selain memiliki fizikal yang gagah, lelaki yang berusia matang antara 27 hingga 35 ialah lelaki yang jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin serta stabil kewangannya.
3. Belajar Dari Kesalahan
Faktor usia yang sudah matang , lelaki ini mampu melakukan hal-hal terbaik untuk dirinya sendiri ataupun orang lain.
Ia juga telah banyak belajar dari kesalahannya di masa muda sehingga dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Lebih berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu.
4. Rasa Hormat Yang Tinggi
Lelaki yang berusia matang ialah lelaki yang sentiasa memperlakukan pasangannya atau orang-orang di sekitarnya dengan penuh rasa hormat.
Lelaki ini akan berusaha menunjukkan sikap terbaik pasangan kepada rakan kerja, teman juga keluarga.
Selain menunjukkan rasa hormat, dia juga sentiasa menjadi pendamping yang menyenangkan, menyayangi dengan penuh kasih dan berlaku dewasa.
5. Tegas Dan Disiplin
Tegas dan disiplin merupakan sifat bawaan dari setiap lelaki yang sudah matang. Tidak suka pada suatu yang remeh, selesa dengan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha membuatkan orang yang disayangi merasa selesa dan dihargai.
Tidak semua lelaki yang lebih berusia daripada anda adalah yang terbaik dan bersifat dewasa daripada anda.
Ramai juga lelaki berusia muda telah memiliki pemikiran yang dewasa dan matang. Hal ini bergantung bagaimana corak pemikiran serta pengaruh persekitaran terhadap dirinya.
Semoga memberi manfaat.
sumber: kitablelaki
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dato’ Hans Isaac atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac bukan nama asing di Malaysia
Kian melebarkan sayap dalam pelbagai bidang, kredibiliti bintang filem Persona Non Grata ini terus menyerlah dan diterima ramai. Setelah berjaya mencipta nama sebagai anak seni, pengarah, dan ahli politik Dato’ Hans menambah satu lagi portfolio sebagai ahli perniagaan.
DATO’ HANS ISAAC Segak Di Usia 52, Rupanya Ada Restoran Sendiri.
Kemampuannya tidak sekadar dalam industri seni dan politik bahkan Dato’ Hans turut mencuba potensi diri sebagai usahawan restoran yang dikenali sebagai YARL. Sebuah restoran yang menyajikan hidangan Sri Lanka.
Khabarnya sudah pun mempunyai empat cawangan iaitu di Brickfields, Heritage Row, Taman Tun Dr Ismail dan Ampang.
Kredit Instagram @hansisaacKredit Instagram @hansisaac
“Jom layan salah satu restaurant Yarl saya kat Ampang Jaya. Makanan semua halal. Makan Sri Lanka ni ada banyak vegetarian tapi ayam, ikan dan mutton pun ada. Kena try sekali baru tahu guys.
Yarl Ampang starting 2023 we open 7 days a week, 8 am till 10 pm. Makanan halal dan sedap. A clean restaurant / washrooms as well. Do try out Apam Ice Cream as well.”
Memiliki ketinggian model dan paras rupa yang tidak makan usia, Datuk Hans Isaac terus ‘awet muda’ meskipun sibuk dengan kerjaya. Menerusi program realiti musim ketiga Celebrity Car Wars sebelum ini, Datuk Hans berkongsi sedikit pengalaman beliau menjaga bentuk badan.
DATO’ HANS ISAAC Segak Di Usia 52
Untuk kekal sihat, minum air dan kekal hidrat sepanjang hari menjadi keuatamaan dalam menjalani aktiviti harian. Antara tip yang dikongsi oleh Datuk Hans Isaac untuk kekal fit adalah pengambilan nasi yang diambil 2 kali seminggu, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, pengambilan protin seperti ikan Salmon dan sebagainya, disamping mengambil natural supplement sebagai makanan tambahan.
“Nasihat saya untuk anda yang ingin mendapatkan bentuk badan yang cantik, pergilah ke gym. Tapi jangan pergi gym tanpa asas, kebelakangan ni ramai yang ke gym tanpa ada personal trainer atau bantuan dari rakan-rakan yang diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Penat je ke gym tapi tak mendatangkan hasil. Juga, jangan terlalu taksub untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik kerana ia hanya bersifat sementara, pergi ke gym dengan niat ingin kekal sihat. Itu yang saya pegang sampai hari ini.”
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.