Tidak dinafikan lelaki yang memiliki jambang sering diibaratkan memiliki pakej tambahan pada wajah kacaknya.
Wanita pula terutamanya yang jenis suka tengok lelaki berjambang ini pasti jadi tak keruan dan terbayang wajah si lelaki.
Kata pakar fesyen, jambang adalah aset yang cukup unik bagi lelaki sama seperti otot pada perut serta bulu di dada.
Sehubungan itu, lelaki yang memiliki jambang harus melakukan 3 perkara ini secara konsisten :
Lelaki harus merapikan jambang agar bulu yang ada tumbuh sekata dan juga kemas. Tidaklah nampak berselerak sehingga wanita bertukar jadi geli pula.
Sentiasa kemaskan jambang dengan pelembut dan juga perapi agar jambang berbau wangi. Khas buat suami, sedaplah isteri nak gomol-gomol muka dekat jambang tu sambil mengekek kegelian!
Selain daripada sikat rambut, jambang juga harus disikat agar terurus. Cuma janganlah sampai letak wax atau gen untuk buat fesyen jambang yang rare!