Mempunyai bulu jambang bukan sesuatu yang mudah. Anda kena rapikan ia dengan betul agar ia tidak tumbuh melata sekaligus memusnahkan wajah kacak yang anda miliki sebelum ini.
Ketahuilah bahawa jambang jika dijaga dengan betul, ia menambahkan lagi aura penarik yang ada pada anda. Bayangkan dengan stail rambut yang padan disertakan dengan jambang yang kemas, wanita mana yang tidak keruan bila melihat anda.
Ini MASKULIN sediakan antara sebab utama kenapa wanita mudah tertarik dengan lelaki yang membela jambang.
Lelaki berjambang nampak lebih matang dan punyai aura yang tersendiri. Wanita rasa selamat bila berada di samping anda.
2. Nampak seperti orang yang celik akal di mata wanita
Anda nampak misteri tetapi ada kelas yang tersendiri. Selain itu, anda juga nampak bijak di mata mereka. Hanya wanita yang terpilih sahaja dapat mengenali anda dengan lebih rapat.
Ads
3. Seorang yang sabar
Untuk menjaga jambang tidak mudah. Anda kena rapikan ia dengan teliti kerana jika tidak dijaga ia akan tumbuh bak lalang. Di sini dapat dilihat kesabaran untuk menjaga bulu jambang yang bagi sesetengah orang leceh, hingga mencukur licin bulu tersebut.
4. Lelaki lebih seksi di mata wanita dengan jambang
Ads
Selain mempunyai stail rambut yang menawan, bulu yang tumbuh di sekitar pipi hingga bawah dagu ada aura penariknya yang tersendiri. Kadangkala wanita juga mempunyai fantasi seksualnya yang tersendiri apabila melihat jambang anda.
Anda nampak garang dan macho di mata wanita. Mereka mengandaikan jika anda bersama mereka, dia adalah wanita yang paling beruntung. Disini, aura jantan anda lebih terserlah kerana adanya bulu jambang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gaya lelaki maskulin tidak lengkap sekadar pemilihan pakaian yang tepat namun grooming harus tampil sempurna dari atas ke bawah. Melengkapkan penampilan haruslah disudahkan dengan semburan minyak wangi.
Terbaharu, Bulgari telah menghadirkan minyak wangi terbaharu dalam koleksi lelaki mereka. Diberi nama Rain Essense, ia tampil penuh dengan mengambil inspirasi keajaiban alam semula jadi yang terbentang luas.
Meneruskan perjalanan mengasyikkan untuk mendedahkan hubungan terdalam antara manusia dan dunia semula jadi, Bulgari meneroka tenaga penjanaan semula Air, yang diimaginasikandalam kuasa transformatif hujan.
Seperti saat ajaib apabila titisan hujan terakhir turun dan segala-galanya kelihatan berbeza, Bulgari Man Rain Essence adalah satu tarikan untuk merasai kekuatan fenomena semula jadi ini melalui signatur mineral yang segar dan menyegarkan.
Memfokuskan pada pengalaman universal dan multisensori yang diwakili oleh hujan merentasi budaya dan musim yang berbeza, Bulgari menawarkan tafsiran tersendiri tentang unsur air, yang mendedahkan semua intipati transformative dan penjanaan semula.
Siapa sahaja yang mengenakan semburan minyak wangi ini pasti merasi pengalaman menyegarkan sekaligus secara semula jadi berasa dalam elemen mereka, bersedia untuk menerima perubahan dan menjadi sebahagian daripadanya.
Pasti anda tertanya-tenya mengenai nota bau yang dihasilkan menerusi semburan minyak wani ini. Bulgari Man Rain Essence ini memiliki nota bauan seperti teh hijau, oren, teratai putih,musk kristal, amber mineral dan pati kayu guaiac.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi mengelakkan kulit anda bermasalah, tolong stop lakukan 8 kesilapan ini masa cuci muka.
SALAH PILIH PRODUK
Sebelum membeli produk pencuci muka, anda kena tahu jenis kulit anda terlebih dahulu. Pastikan anda guna produk pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kerana setiap produk pembersih wajah mempunyai kandungan yang berbeza-beza.
ADA KANDUNGAN ALAHAN
Produk kecantikan juga bersifat alergik pada kulit. Jika anda miliki kulit sensitif, sila baca label bahan produk terlebih dahulu dan bertanyakan kepada pakar sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda membeli.
Jangan sembarangan membeli produk pencuci muka kerana jika tersalah, ia boleh menimbulkan masalah sekali gus merosakkan kulit.
SUHU AIR
Ada mitos mengatakan air panas berfungsi untuk membuka liang pori-pori kulit wajah manakala air sejuk pula untuk menutupi liang pori-pori.
Sebenarnya air yang sesuai untuk anda mencuci muka adalah air suam. Wajah anda akan rasa lebih nyaman apabila menggunakan air suam.
LAKUKAN PENGELUPASAN SETIAP HARI
Pengelupasan merupakan cara efektif untuk membuang sel-sel kulit mati. Pastikan anda menggunakan dua kali seminggu. Ia tidak boleh digunakan setiap hari kerana produk pengelupasan mempunyai tekstur skrub yang kasar.
Elak sental dengan kasar pada kulit kerana ia boleh merosakkan kulit. Sebaiknya sental dengan lembut agar segala sel kulit mati dapat disingkirkan.
CARA BILAS SALAH
Jika dalam keadaan tergesa-gesa, anda cenderung untuk mencuci muka ala kadar sahaja. Perlu diingatkan, sisa-sisa sabun yang melekat pada kulit wajah jika tidak dibersihkan sepenuhnya boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat dan kulit menjadi kering.
Selalunya bahagian wajah yang paling jarang dibilas adalah sekitar rahang, garis rambut dan hidung. Oleh itu, berikan perhatian di bahagian-bahagian ini agar keseluruhan kulit wajah anda dapat dibersihkan dengan sebaiknya.
TERLALU KERAP
Mencuci muka hanya boleh dilakukan dua kali sehari sahaja. Lebih dari itu, ia hanya akan merosakkan kulit dan menjadikan kulit anda lebih berminyak. Jika sudah dua kali anda mencuci muka dengan pembersih wajah tapi anda masih ingin mencucinya lagi, gunakan sahaja air suam untuk membersihkan wajah.
CARA KERINGKAN WAJAH YANG SALAH
Selepas membersihkan muka, gunakan sehelai tuala yang bersih untuk mengelap dan mengeringkan wajah.
Teknik yang betul adalah dengan menepuk tuala secara lembut pada wajah dan bukannya menggosok tuala pada kulit wajah dengan kasar. Kesilapan ini akan merosakkan struktur kulit anda yang lembut, jadi elakkan.
TIDAK GUNA KRIM PELINDUNG MATAHARI
Anda takut matahari boleh membuatkan kulit anda gelap. Tapi anda masih mengabaikan pemakaian krim pelindung matahari.
Krim ini bukan sahaja mengelakkan kulit anda gelap, malah memberi perlindungan terhadap sinaran UV. Bagi menghindari kulit anda rosak dan bermasalah, pastikan anda pakai krim pelindung matahari sebelum keluar rumah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti anda tertanya-tanya, kenapa jerawat selalu tumbuh di tempat berbeza-beza kan? Ada jerawat timbul di hidung, muka, dagu, pipi, dahi dan lain-lain.
Kehadiran jerawat di tempat berbeza-beza ini ada kaitan dengan tahap kesihatan badan kita. Sebelum jerawat tumbuh dan makin merebak, seeloknya anda ketahui cara untuk mengatasinya terlebih dahulu.
Jerawat tumbuh di kawasan hidung dan dahi bermaksud anda sedang mengalami stres. Menurut kajian, jerawat di kawasan zon T ini disebabkan oleh tekanan seperti tekanan bekerja atau belajar. Ini kerana hormon adrenaline meningkatkan pengeluaran minyak di dalam kulit dan menyebabkan berlakunya ‘breakout’.
Cara nak elak: Kurangkan pemakanan yang berminyak dan produk tenusu. Selain itu, kawal corak pemakanan dan cuba elak makanan yang membuatkan anda alergik supaya keadaan tidak akan menjadi lebih teruk.
2. Jerawat di garis rambut
Produk rawatan rambut atau syampu yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan jerawat. Sebaiknya gunakan produk rambut yang sesuai dan dengan kadar yang betul.
Cara nak elak: Hindari penggunaan produk rawatan rambut secara berlebihan dan jangan sampai terkena kulit muka. Pastikan anda mencuci tangan untuk membersihkan sisa-sisa produk yang masih melekat. Ketika mencuci muka, pastikan anda menggosoknya hingga ke pori. Lakukan secara perlahan dan lembut agar tidak berlakunya iritasi. Jika jerawat di garis rambut menjadi semakin teruk, gunakan toner di kawasan tersebut untuk rawatan ekstra.
Ini sangat berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Hormon seperti testosterone akan menjadikan gelandir banyak mengeluarkan minyak sehingga menyebabkan liang pori-pori tersumbat. Kesannya menyebabkan kulit berjerawat.
Cara nak elak: Seminggu sebelum datang bulan, gunakan pencuci muka atau krim ‘anti-acne’ dengan kandungan benzoyl peroxide secara kerap pada waktu ini. Sapukan krim jerawat di atas kawasan muka iaitu dagu dan leher sebagai langkah berjaga-jaga sebelum timbul jerawat.
4. Jerawat di pipi
Tangan anda mempunyai banyak kekotoran. Jerawat di bahagian ini mudah terjadi apabila anda sering menyentuh permukaan wajah dengan tangan yang tak bersih. Bukan itu sahaja, ia juga disebabkan oleh suhu badan panas dan sarung bantal tidur yang kotor.
Cara nak elak: Pastikan anda membersihkan tangan sebelum menyentuh permukaan wajah. Ambillah makanan yang boleh menyejukkan badan dan jangan lupa minum banyak air masak. Pastikan sarung bantal anda bersih dan basuh secara kerap untuk menghilangkan debu dan kekotoran.
Jerawat di sekitar bahagian mulut ini berkait rapat dengan diet anda. Sisa daripada pengambilan banyak makanan berasid seperti lemon atau cuka boleh menimbulkan iritasi kulit di sekitar kawasan ini. Beberapa makanan berminyak yang melekat di sekitar mulut juga boleh menyumbatkan pori-pori hingga menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga disebabkan oleh masalah penghadaman.
Cara nak elak: Setiap sahaja anda sudah makan, gunakan tisu basah untuk mengelap sekitar mulut dan membuang semua sisa makanan yang melekat.
6. Jerawat di dada atau belakang badan
Ia sering dialami oleh wanita yang ada masalah dengan pakaian atau baju dalam yang tidak menyerap peluh. Bakteria menyebabkan jerawat mudah tumbuh di kawasan yang lembap. Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan badan mudah ditumbuhi jerawat.
Cara nak elak: Guna pakaian yang menyerap peluh sama ada ketika bersukan ataupun membuat aktiviti luar. Selain itu, kawal pemakanan misalnya makan oat kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko jerawat tumbuh di bahagian ini. Anda juga boleh menggunakan produk rawatan yang sesuai dengan jenis kulit. Jika kulit anda terlalu sensitif, berjumpalah dengan doktor kulit.