Untuk mereka yang mempunyai rambut kerinting, kadangkala tidak tahu apakah stail yang sesuai kerana rambut mereka tidak tumbuh dengan lurus.
Kebanyakan gaya potongan moden pada hari ini amat sesuai untuk digayakan oleh pelbagai jenis rambut. Ia tidak lain tidak bukan untuk memperhebatkan lagi gaya anda.
Ini MASKULIN sediakan panduan senarai 5 gaya yang sesuai anda buat walaupun berambut kerinting.
Pompadour merupakan salah satu gaya rambut yang paling popular untuk lelaki. Biasanya setelah rambut dipotong, tukang gunting akan menggunakan pengering rambut untuk meluruskan rambut yang kerinting, lalu rambut akan di blow untuk membuat efek ikal yang sempurna.
Potongan rambut ini memiliki gaya rambut yang lebih panjang di bahagian atas dengan tekstur kerinting yang sedikit. Selain itu rambut di bahagian kanan dan kiri kepala dipotong rapi dengan potongan pendek. Panjang atau pendeknya rambut bahagian atas dapat disesuaikan mengikut bentuk wajah anda.
Stail ini merupakan pilihan gaya rambut yang sangat tepat. Potongan rambut dengan gaya yang tipis di sisi kiri dan kanan kepala akan menimbulkan kesan yang lebih mendalam di garis wajah serta bentuk muka.
Potongan rambut ini sangat sesuai digunakan bila anda mempunyai jambang nipis sehingga membuatkan anda nampak lebih jantan.
Potongan rambut yang pendek adalah salah satu cara termudah untuk mengawal rambut kerinting anda. Namun, anda kena pastikan agar ia tidak terlalu pendek hingga rambut kerinting anda dicukur habis.
Ini adalah potongan yang sangat bergaya namun masih lagi mengekalkan nilai klasik dan nampak unik.