Lelaki Bekerja Sebagai Jurutera Lebih Disayangi Keluarga Mertua?

Share

JURUTERA BERI PERANAN BESAR KEPADA INDUSTRI

Kerjaya sebagai jurutera sangat penting dan besar untuk kemajuan negara. Tanpa bidang kejuruteraan, tiada siapa boleh merancang dan mereka bentuk projek melibatkan pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang. Tugas-tugas jurutera sangat kompleks, tidak semudah yang dilihat. Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.

 

KEJURUTERAAN DAN JURUTERA SECARA UMUM

Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Melalui pengetahuan itu, ia digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi termasuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses.

Manakala Jurutera ialah orang yang terlatih dalam mereka, membuat, dan menggunakan jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan. Terdapat pelbagai bidang pengkhususan Jurutera iaitu kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.

TUGAS-TUGAS JURUTERA

-Jika memilih untuk menjadi jurutera elektrik, anda harus melakukan apa sahaja pekerjaan yang melibatkan sistem elektrik besar seperti penghantaran kuasa dan kawalan motor.

-Memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif

-Mementingkan pelaksanaan jawapan bagi sesuatu masalah yang melibatkan sistem aktiviti manusia dan sistem kawalan pengurusan. Sistem-sistem yang dibentuk ini adalah dengan melibatkan dalam susun atur aktiviti-aktiviti pekerja.

-Menjaga prosedur keselamatan industri dan pekerja, menerangkan tentang kaedah kerja yang lebih konsisten, menyediakan prosedur ramalan, pengurusan dalam belanjawan atau kos bahan mentah, kos pengeluaran, kos masukan, dan kos bahan keperluan pekerja, penyediaan skim insentif dan sebagainya.

-Menjalankan operasi pengeluaran bahan-bahan keperluan pengguna, mengurus sistem pengurusan dan menyediakan perkhidmatan korporat

-Jurutera juga dikehendaki menyiapkan tugas seperti membincangkan cadangan dengan klien, menyediakan belanjawan dan menentukan jadual projek

 

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

 

1-Ilmu pengetahuan yang mendalam

Skop Jurutera banyak dan meluas iaitu daripada sektor automotif, elektrik, mekanikal, design consultancy dan pelbagai lagi. Sebagai Jurutera, memiliki pengetahuan dalam bidang yang diceburi adalah amat penting kerana ia akan mempercepatkan lagi kerja-kerja dan keputusan yang akan dibuat.

Ini dapat menjana melalui pembacaan, pengalaman dan ujian. Untuk itu, amat penting jika seseorang itu mempunyai kemahiran dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa. Paling penting, mempunyai kemahiran komputer.

 

2-Interaksi

Walaupun kebanyakan jurutera banyak beraksi dengan mesin, interaksi dengan manusia pun sangat diperlukan. Jika ada masalah berlaku, kita perlukan juga pendapat daripada jurutera-jurutera lain untuk menyelesaikan masalah. Tidak semestinya pendapat kita sudah memadai, kadang-kadang pendapat rakan sekerja yang lain terutamanya yang lebih berpengalaman juga di perlukan.

Untuk menyelesaikan masalah berkaitan kejuruteraan ini, kita perlu fikir dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan, ekonomi serta penyelesaian kerja yang mudah, tetapi harus ada kualiti.

 

3-Berusaha tanpa mengenal putus asa

Membuat kesilapan sekali bukanlah bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Cubalah belajar daripada kesilapan dengan bertanya atau cari jalan penyelesaian dengan apa cara sekali pun. Bersikaplah dinamik untuk belajar dan mengajar. Inilah sikap yang harus ada bagi seorang jurutera.

 

4-Kreatif dan Inovatif

Kreativiti ini biasanya datang bersama-sama pengalaman dan ilmu yang dipelajari daripada masa ke semasa. Seharusnya kita tidak harus melakukan satu-satu kerja yang sama saja sepanjang masa. Ini akan menimbulkan rasa bosan. Lakukan kerja-kerja tersebut dengan cara yang berbeza.

Biasanya dalam organisasi, perlu mematuhi kehendak tugasan dan jarang atau sukar untuk diubah. Adakan satu sistem cubaan atau ujian iaitu kita boleh menguji cara baru. Sekiranya kita rasa ia lebih baik cara yang dilakukan sekarang, maka beritahu dan buktikan pihak atasan supaya cara baru dapat diguna pakai. Ini akan menaikkan semangat untuk belajar perkara yang baru, di samping keseronokan untuk bekerja.

 

5- Keupayaan menyelesaikan masalah dengan cepat

Jangan mengharapkan orang lain membantu anda menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. Biarpun kerja anda melibatkan peralatan seperti mesin, jangan tunggu hingga orang datang membantu, kerana biasanya jika anda tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cekap dan cepat, kerja yang ditugaskan tertangguh menyebabkan sasaran yang dirancang sukar dicapai dalam masa singkat. Jangan sesekali lari daripada masalah.

 

7-Bijak menghadapi tekanan

Tekanan ada di mana-mana. Bidang Jurutera sangat memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi. Bekerja tidak tentu masa menjadikan seseorang itu tercabar. Ada kalanya anda terpaksa berulang alik ke dari tempat kerja ke tapak pembinaan tidak mengira masa untuk memantau keadaan atau projek yang telah dimulakan sehinggalah semunya selesai. Bekerja di bawah panas terik menguji kesabaran seseorang itu sentiasa bersabar dan bijak berurusan dengan klien.

 

CABARAN YANG PERLU DIHADAPI

-Jika ciri-ciri keselamatan tidak dipatuhi, kita boleh diberhentikan untuk membuat kerja, tetapi tidaklah sampai dibuang kerja.

-Sebelum melakukan sesuatu tugas, perkara paling asas harus ada adalah pakai topi keselamatan, coverall, kasut safety, glove dan juga penutup telinga bagi kerja di tempat bising atau di bilik mesin yang mengeluarkan bunyi bising. Jika tidak, seseorang akan hilang kepercayaan untuk memberi kerja kepada kita.

-Harus mencapai sasaran yang ditetapkan. Jika tidak, harus memikirkan cara atau kaedah terbaik untuk memastikan ia harus siap sama ada menambah bilangan pekerja, menukar alat bekerja yang lebih produktif atau sebagainya.

-Jangan teragak-agak dan harus memberi kata putus dan keputusan yang tepat di lokasi kerja. Jika keputusan yang dibuat itu salah, ia akan memberi impak yang besar kepada diri dan syarikat.

-Biarpun anda seorang jurutera lama atau baru,  jangan sesekali leka dengan etika di tempat kerja. Biarpun anda dimarahi atau ditegur kerana melakukan kesalahan,   jadilah lebih agresif dengan mencari kemahiran dan peluang di luar sana.

 

 PELUANG KERJAYA

-Ketua Bahagian, Pakar Perunding di syarikat kejuruteraan swasta

-Membuka Firma perundingan kejuruteraan pelbagai pengkhususan

-Jurutera Projek ( Project Engineer)

-Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian

petroleum, jurutera awam dan sebagainya

-Research and Development (RnD) di syarikat-syarikat besar

-Juruteknik Elektrik

-Pensyarah di universiti awam ataupun swasta dalam mana-mana bidang seperti mekanikal, kimia, elektrik dan elektronik, petroleum, jurutera awam dan sebagainya

-Kejuruteraan awam – buat bangunan, pembinaan jambatan, rumah dan lain-lain

-Kejuruteraan elektrik dan elektronik – pekerjaan melibatkan barangan elektrik, komputer, laptop dan lain-lain

-Kejuruteraan mekanikal – pembuatan enjin, kereta dan kapal terbang

 

MESTI TAHU!

Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang berkaitan sebelum layak ditemu duga bagi mendapatkan tauliah jurutera profesional.

 

 

Published by
Kim Rahim