Automotif

Lelaki Barat Bangga Dengan Proton Impian, Sudah Usia 20 Tahun Masih Padu Beraksi!

Share

Nama jenama kereta Proton begitu signifikan dengan sejarah kemajuan dan perjalanan negara kita iaitu Malaysia.

Baru-baru ini, YouTuber automotif Jon Coupland berkongsi kisah pemilikan kereta terbaharu iaitu Proton Impian.

Di dalam hantaran akaun Facebook miliknya, Jon menceritakan yang dia merupakan pemilik kedua untuk kereta Proton Impian berkenaan yang mana pemilik pertamanya sudah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjaga hidden gem

ini.
Logo Proton

Walaupun sudah berusia lebih 20 tahun lamanya, kereta Impian yang dimiliknya tampak seperti baru dan menariknya ia hanya mempunyai milage serendah 19,255 batu sahaja.

“Ia bermaksud impian di dalam bahasa Malaysia. Saya kini merupakan pemilik kedua Proton Impian yang cantik ini. Miliki engin 1.6GLS, hanya bergerak 19,255 batu.

“Ray, penjaga pemilik sebelum ini, telah menggantung sarung tangan pemanduannya dan telah memberi kepercayaan kepada saya. Saya telah memberitahunya bahawa kita akan menjadikannya terkenal. Jangan kita kecewakan dia,” tulisnya pada hantaran FB.

Untuk info, Proton Impian adalah sama sahaja seperti Proton Waja tetapi telah dijenamakan semula untuk pasaran Eropah. Kereta sedan ini dikuasakan dengan engin Mitsubishi 4G18 1.6L serta menggunakan transmisi manual menerusinya.

Proton Impian

Pada satu video yang baru dimuat naik, dia mendedahkan telah membeli kereta sedan pada harga serendah £300 (~bersamaan tukaran semasa RM1,671.04)

.

Jon Coupland  merupakan seorang peminat hardcore untuk jenama Proton dan mempunyai koleksi beberapa kereta kebangsaan Malaysia seperti Proton Saga dalam warna putih dan hitam yang dijaga rapi

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana