Seorang atlet mungkin mempunyai BMI yang tinggi berbanding manusia lain yang sama saiz kerana otot secara relatifnya lebih berat berbanding lemak dalam badan. BMI tidak semestinya bagus bagi mengukur risiko kesihatan di kalangan orang berumur/senior kerana orang berumur selalunya hilang berat badan hanya melalui pengurangan otot dan jisim tulang berbanding lemak. Hasil Lancet 2006 pula membuktikan bahawa kajian terhadap 0.25 juta responden menunjukkan mereka yang mempunyai BMI rendah biasanya menghadapi risiko lebih tinggi terhadap sakit jantung berbanding orang gemuk.
1. Lemak Dalam Badan
Kajian yang diketuai oleh Dr. Jimmy Bell (molecular imaging group, Imperial College London) pula membuktikan orang kurus tetapi ‘gemuk di dalam’ juga mempunyai risiko yang hampir sama terhadap penyakit seperti orang yang fizikalnya kelihatan gemuk. Sekumpulan doktor ini yang melakukan pemetaan lemak dalam badan mengesahkan bahawa sebahagian kita, terutamanya yang kurus, menyimpan lemak di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di dalam dan sekitar buah pinggang, pankreas dan jantung. Hasil ini berlaku berkadaran dengan tabiat semasa pengguna yang gemar menurunkan berat badan melalui diet dan pemilihan bahan makanan berbanding teknik lama, bersenam bagi membakar lemak. Sekitar 45% dari mereka yang mempunyai BMI 20-25 sebenarnya memiliki kandungan lemak dalam badan yang berlebihan, dan 60% lelaki yang ideal BMI, menghidapi keadaan berlebihan lemak ini.
Tanpa petunjuk yang jelas, pengguna dibimbangi terus terperangkap dengan pemikiran: oleh kerana mereka kurus, mereka menganggap diri mereka cukup sihat. Dr. Louis Teichholz menyatakan disebabkan anda memiliki badan tinggi lampai tidak bermakna anda cukup sihat sehingga boleh mengaku anda imun terhadap diabetes mahupun penyakit berkaitan jantung. Keseluruhan konsep terhadap ‘kegemukan’ harus dirombak semula.
Ads
2. Gemuk Dari Dalam
Mereka yang gemuk dari dalam sebenarnya berisiko untuk menjadi gemuk dengan pantas. Benar mereka kurus, namun ini hanyalah kerana lemak terkumpul masih boleh disorok badan, dan kebiasaan mereka yang kurus untuk makan secara tidak sihat adalah tinggi (makanan berlemak dan tinggi gula), menunggu masa sebelum badan mula mengumpul lemak berlebihan di sekitar perut seterusnya gemuk seluruh badan.
Dikenali sebagai golongan “Tofi” – thin outside, fat inside.
Ads
3. Badan Slim Tetapi Tidak Sihat
Masih tidak dapat dipastikan tentang risiko sebenar lemak berlebihan yang tidak nampak ini (internal fat), namun teori yang lazim digunapakai adalah lemak dalaman ini mengganggu sistem komunikasi badan. Lemak dalaman ini terkumpul dan menyalut/membungkus organ dalaman menyebabkan badan tersalah hantar arahan kimia bagi mengumpul lemak ke tempat tidak sepatutnya seperti dalam hati dan pankreas seterusnya menggagalkan keberkesanan insulin, meningkatkan risiko berlakunya diabetes jenis 2 dan serangan jantung.
Dengan ini boleh dianggap mereka yang gemuk dan aktif adalah lebih sihat berbanding mereka yang kurus tetapi kurang bergerak. Mereka yang mempunyai berat badan normal namun tidak aktif, tidak fit berhadapan risiko kematian lebih tinggi berbanding orang gemuk yang aktif dan fit. Ini boleh dilihat pada ahli gusti sumo yang memiliki kadar metabolisme lebih baik berbanding kita penonton bersaiz normal kerana mereka hanya menyimpan lemak dibawah kulit sahaja, bukan di sekeliling organ kritikal dan otot.
4. Berita Baik
Penyelesaian terhadap masalah kegemukan dalaman ini boleh diatasi dengan mudah dengan bersenam ataupun meningkatkan kualiti diet seharian. Jika anda hanya mahu kelihatan kurus, kurangkan lemak semata-mata mungkin mencukupi, tetapi jika anda mahu kurus dan sihat, tiada jalan pintas, banyakkan bergerak, gunakan badan anda untuk melakukan senaman.
Ads
5. Kebaikan Senaman
Pakar menyatakan senaman 20 minit satu sesi, tiga kali seminggu adalah mencukupi untuk mengurangkan 60% risiko serangan berkaitan jantung sehingga.
– Senaman yang berkesan bukan sahaja membuat anda rasa sihat, juga meningkatkan tona otot, pergerakan darah yang lebih lancar, juga memberi jantung dan paru-paru yang lebih efektif.
– meningkatkan stamina/fit.
– meningkatkan ketahanan psikologi/mental dalam mengharungi stress secara lebih baik, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri ke tahap yang lebih baik.
Busy? Kurangkan penggunaan kenderaan, berbasikal jika boleh. Juga selalu cari tangga sebagai alternatif berbanding hanya menggunakan lif sepanjang naik turun bangunan. Juga banyakkan minum air kosong.
Mereka yang mementingkan kesihatan bukan hanya perlu menjaga pemakanan, malah perlu memasukkan senaman sebagai rutin hidup, bagi menjaga kecantikan dan kesihatan dari dalam ke luar badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidur juga memiliki tertib yang khas supaya badan kita tidak mendapat kesakitan daripada tabuat tidur yang tidak betul.
Menurut doktor, ini 7 posisi tidur yang perlu dielakan.
1. Tidur Meniarap
Bukan sahaja untuk bayi, orang dewasa juga dilarang untuk tidur meniarap biarkan ramai yang bersetuju ianya lebih selesa. Ini kerana, ia mampu menyebabkan kerosakan pada tulang belakang, memberi tekanan pada urat leher yang terpusing serta menyekat sistem pernafasan normal.
Jangan terkejut, ada oranng maut hanya kerana tidur meniarap begini. Hati-hati.
2. Tidur Meringkuk (Mengudang)
Rasanya memang ramai selesa tidur dalam posisi mengundang, Namun begitu, ianya memberi impak buuruk pada tubuh. Ia akan menyebabkan ketegangan pada bahagian sendi sekitar pinggul, lutut dan dagu yang amat rapat ke bahagian dada.
Lebih buruk jika kamu jenis yang kekal pada satu posisi ketika tidur (kaku, tidak bergerak langsung menukar posisi sewaktu tidur).
3. Mengangkat Sebelah Kaki
Mengangkat sebelah kaki atau menyilang kaki perlu dielakan ketika tidur agar tak timbul rasa tidak selesa bahkan ia juga tidak elok untuk keadaan struktur tulang belakang seseorang.
4. Tidur Dengan Kepala Lebih Tinggi
Ini akan menyebabkan hyperflexion bahkan urat leher juga boleh tertarik jika posisi tidur sebegini diamalkan setiap hari.
Kedudukan tulang belakang akan terjejas andai bantal terlalu tinggi atau rendah. Sumber: bloemphysio.co.za
Ini sangat berbahaya kerana kedudukan kepala yang lebih tinggi dari paras tubuh ketika berbaring akan menurunkan kapasiti keupayaan paru-paru, mengurangkan mengaliran oksigen dalam badan dll. Posisi ini juga meningkatkan daya serangan penyakit kardiovaskular terhadap si pelakunya.
5. Tidur Telentang?
Ini adalah posisi tidur yang baik namun ianya memberi efek kesihatan negatif buat individu yang berdengkur sewaktu tidur.
Bagi yang berdengkur, tidur menelentang akan memberi efek graviti -membuatkan bunyi dengkuran lebih kuat apabila saluran pernafasan adalah terlalu lapang.
6. Seperti Tapak Sulaiman
Posisi Tidur sebegini akan meningkatkan risiko berdengkur serta peningkatan asid dalam perut.
Pakatr tidur juga tidak menggalakkan seseorang untuk mengangkat tangan ke bahagian atas kepala semasa tidur kerana tekanan akan memuncak lalu menyebabkan kesakitan sendi dan tulang setelah terjaga dari lena nanti.
Tambahan!
Tak boleh tidur secara mengiring terlalu lama tau…
Bukankan tidur mengiring ke kanan itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w? Ya, memang benar. Tetapi ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama dan kamu harus tahu menukar posisi antara mengiring ke telentang secara bergilir-gilir.
Tidur mengiring terlalu lama boleh tingkatkan risiko kulit wjaah menjadi cepat berkedut serta menimbulkan rasa sakit pada tulang bahu dan lengan kerana saraf dan aliran darah tidak lancar (terhempap terlalu lama).
Sumber : wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalunya, pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga, mahupun mereka yang telah lama menjadi pasangan suami isteri, akan dihidangkan dengan masakan yang mewah dan sedap-sedap belaka. Tambahan lagi kalau si isteri pandai memasak. Mestilah isteri akan hidangkan suami masakan yang paling istimewa. Kerana itu, seringkali suami akan tambah berat badan dan perut mula boroi. Menerusi post Nuruliman, laman FB ini ada memberi beberapa hidangan yang sesuai untuk dibawa oleh suami ke tempat kerja. Makanan ini kebanyakkannya sihat! Ini antranya:
Makanan di atas ini sebenarnya nampak seperti makanan “miskin” namun ia kaya dengan kesihatan. Protein, karbo dan serat cukup untuk tampung perut suami pada waktu makan tengah harinya. Isteri pun tak perlu habiskan masa di dapur untuk menyediakan masakan ini.
Beras perang merupakan beras yang mempunyai serat dan kandungan yang bukan saja boleh memberi kesihatan kepada anda, namun ia bagus untuk diet. Jangan terlalu kejam dengan badan anda, sekali sekala suami boleh menikmati minyak dengan makanan seperti telur kicap ini. Jika isteri dan suami pandai mengawal portion pemakanan dan tahu dimana perlu tambah dan dikurangkan, maka badan tidak mengalami masalah untuk maintain berat.
Ini satu lagi masakan yang boleh isteri buat untuk suami, Jaga minyak kerana menggoreng akan menggunakan minyak yang banyak, dan itu akan menyebabkan proses penambahan lemak. Jadi, kalau boleh elak dari masakan bergoreng, dan buatlah masakan rebus-rebus ataupun berkuah. Kadang-kadang nak makan ikan goreng tu tak apa lah. Masakan sayur pula, ada yang mengatakan bahawa paling terbaik makan ulam dan sayur rebus, namun jika anda pandai mengawal jumlag minyak, garam, gula dan santan, serta tanpa serbuk tambahan, maka sayur masak lemak boleh menjadi makanan yang baik untuk anda nikmati secara harian.
Masakan jenis ini sebenarnya baik untuk isteri sediakan buat suami untuk ke pejabat. Mungkin masak lemak tempoyak akan mengundang bau yang sangat kurang menarik untuk anda, namun masakan rebus merupakan contoh terbaik untuk makanan harian anda. Jika anda mampu, tos kan kuah dan ambik ikan sahaja. Telur dadar boleh dinikmati, namun tidaklah secara banyak. portion yang disediakan ini boleh dimakan, namun tidaklah selalu.
Menu ini juga memerlukan anda untuk kawal minyak anda. Jika anda boleh menukar stail masakan ayam tersebut lebih menarik. Anda boleh membakar ayam tersebut dari menggoreng. Penggunaan kentang, cendawan dalam sup tidak dikategorikan sebagai haram dalam dalam masakan, namun kentang, cendawan dan nasi merupakan karbo, dan karbo yang banyak tidak bagus untuk kesihatan. Jadi, kawal cara pengambilan anda di situ. Jangan lupa tambah serat dalam makanan anda. Carilah mana-mana makanan berwarna hijau untuk diselitkan dalam makan tengah hari suami.
Kredit gambar: nurulimankehidupan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Susah untuk bangun sahur? Rata-rata dari kita hari ini tidak begitu mementingkan waktu sahur. Bukan hanya dituntut oleh agama Islam, malah dari segi sains nya, pengambilan makanan waktu sahur sangat penting. Pengambilan makanan waktu sahur begitu penting untuk memberi semula tenaga, mengembalikan metabolism tubuh, meningkatkan konsentrasi otak serta menjaga mood sepanjang hari kamu.
Oatmeal
Tahukah kamu oatmeal mampu memberi tenaga kepada tubuh sepanjang hari? Mengandungi banyak serat, kalsium dan zat besi, ia mampu mencegah penyakit jantung, mengurangkan kadar kolestrol dan membantu program diet kamu. Untuk hidangan yang lebih lazat, tambahkan susu atau buah-buahan segar untuk rasa yang lebih enak dan memperkaya kandungan gizinya.
Roti gandum
Roti kasar dari bahan gandum ini merupakan satu dari 10 Makanan Terbaik untuk Sarapan Pagi. Kandungan serat dan karbohidrat dalam roti gandum lebih tinggi di bandingkan pada roti tawar yang berwarna putih.
Yogurt
Bukan sahaja menyumbang kalsium dalam badan malah rasa asam yogurt ini terdapat manfaat protein dan kalsium yang sangat diperlukan oleh tubuh. Jika kamu bijak mengatur pelan sarapan kamu dengan diet, ia boleh member rasa kenyang yang lebih lama. Untuk kesan terbaik, pilih rasa yogurt yang tawar (non-fat).
Telur
Siapa yang tidak mengetahui tentang kelebihan telur? Tambahan pula putih telur. Telur ini memiliki protein, asam lemak, dan omega tiga yang baik untuk tubuh. Cukup direbus atau digoreng telur mampu menahan rasa lapar anda hingga siang hari.
Sereal
Makanan praktis yang cepat saji ini bisa menghemat waktu di pagi hari anda. Sarapan ini mengandungi zat besi, serat, dan kalsium menjadikan metabolism tubuh anda sentiasa seimbang. Lebih lazat jika kamu tambahkan dengan buah-buahan ataupun sayuran.
Susu
Susu merupakan minuman pengganti makanan yang mempunyai kandungan yang sihat dengan kalsium dan proteinnya cukup untuk anda nikmati ketika anda sedang terburu-buru. Mudah dan ringkas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.