Sebenarnya dalam hal ini, sesiapa pun boleh berlaku curang jika dia memilih untuk melakukannya. Ini di antara sebab paling kerap kita dengar kenapa pasangan anda berlaku curang!
1 PJJ
Perkahwinan jarak jauh, bila berjauhan terlalu lama pasangan semakin kuat diuji. contohnya lelaki diuji dengan wanita lain yang dekat dengannya. Mereka perlukan nafkah batin menjadikan alasan berkahwin lain sebagai alasan menyalurkan kehendak seks. Isteri yang jauh pasti tidak dapat menghidu kecurangan suami kerana sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak berseorangan tanpa suami di sisi.
2.Kurang layanan mesra
Di dalam hati lelaki pasti ada keinginan dilayan seperti begini dan begitu, tetapi tidak tercapai sepenuhnya kerana pasangan sibuk dengan anak-anak dan urusan rumah tangga sehingga badan berbau busuk ‘ikan’ kononnya. Mereka memberi alasan kekurangan penampilan dan penjagaan diri pasangan sebagai alasan terpikat pada wanita yang berbau wangi.
3.Kewangan
Ada kes lelaki terpaut dengan wanita lain kerana wanita itu mampu memberi wang dan memenuhi keinginan hidupnya (sebelum ini dia agak bermasalah dalam ekonomi rumah tangga). Oleh kerana dikelabui harta dan kedudukan (wanita berpangkat) golongan ini sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak. seolah-olah memperoleh hidup baharu yang lebih bahagia.
4.Reunion group
Satu projek malapetaka jika disalahgunakan. Berapa banyak kes kecurangan dilaporkan kerana perjumpaan kawan-kawan lama. cinta lama berputik kembali kerana tidak dapat menguruskan secara profesional hubungan biasa semakin intim sehingga berantakan rumah tangga. Cuba elakkan lelaki dan wanita yang sudah berkahwin berhubungan secara intim di media sosial dan mengadu dumba kisah pasangan mengharapkan belas ehsan.