Ada sesetengan persepsi mengatakan lelaki rapat dengan ibu mereka adalah seorang yang sangat manja. Tapi adakah ia benar?
Tapi kalau kita fikir dengan siapa lagi seorang lelaki boleh bermanja kalau bukan dengan ibunya yang tersayang. Lelaki yang rapat dengan ibu juga mempunyai banyak kelebihan dan boleh menjadi calon suami yang hebat.
Ramai wanita tak tahu akan perkara ini. Nak tahu mengapa lelaki ini memiliki husband material, jom ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
SENTIASA MANDAHULUKAN KELUARGA
Oleh kerana sudah terbiasa rapat dengan memenuhi segala permintaan ibunya, dia akan pasti akan sanggup mengenepikan segala hal tak penting demi keluarganya yang tersayang terutama bagi pasangan. Malah jika dia ada rezeki yang lebih pasti akan memilih untuk membelanjakannya untuk keluarga berbanding diri sendiri. Dia juga akan menjadi seorang bapa yang baik.
TAK SUKA BEBANKAN PASANGAN
Disebabkan personalitinya yang easy going dan sentiasa ceria, lelaki yang rapat dengan ibunya jenis yang jarang berkongsi masalah dengan orang lain. Selagi dia boleh selesaikan apa jua masalah sendiri dia tak akan bebankan orang lain terutamanya pasangannya. Dia juga memilih untuk tak membebankan orang lain dengan hal di tempat kerja atau sebagainya yang berlaku di luar rumah.
TAK BERKIRA DALAM SOAL WANG
Anak yang taat setia dengan ibunya pasti akan memberikan wang setiap kali mendapat gaji. Dan inilah faktor yang cukup penting bagi seorang lelaki yang ingin menjadi ketua keluarga yang baik.
Dia pandai menguruskan kewangannya dan mencari keberkatan dalam masa yang sama. Jika menjadi suami sekalipun dia akan pandai untuk membahagikan wang kepada ibu, isteri dan perbelanjaan rumah mengikut kemampuannya.
BOLEH TERIMA IDEA PASANGAN
Lelaki yang rapat dengan ibu merupakan lelaki yang boleh memahami dan mempercayai wanita terutamanya dalam membuat keputusan. Anda harus tahu bahawa tidak semua keputusan dalam keluarga dipegang sepenuhnya oleh suami.
Perbincangan dan persefahaman adalah dua kata kunci yang penting untuk memastikan rumah tangga bahagia. Oleh kerana sudah biasa dengan segala nasihat serta tunjuk ajar dari ibunya, maka lelaki ini akan boleh menilai dan menerima idea pasangannya.
BUKAN SEORANG POSESIF
Percaya tau tak lelaki yang rapat dengan ibunya bukan seorang yang bersifat posesif. Dia memahami bawah dengan mengekang atau terlalu mengongkong boleh menyebabkan wanita berasa rimas. Pengalamannya yang rapat dengan ibu pastinya digunakan sebaik mungkin untuk menjadi suami yang lebih faham akan kehendak wanita.
MENYOKONG KARIER PASANGAN
Sejak kecil dia sudah melihat bagaimana ibunya bersusah payah memebsarkan dan dalam masa yang sama mempunyai karier. Lelaki ini faham akan perngorbanan dan keupayaan seorang wanita untuk berjaya bukan saja dalam sebagai isteri dan ibu tetapi juga kerjaya,
TIDAK MUDAH EMOSI
Lelaki yang rapat dengan ibunya juga pasti sudah masak dengan perubahan emosi seorang wanita terutama di saat kitaran menstruasi. Jadi lelaki ini lebih faham dengan apa yang berlaku terhadap pasangan mereka dan akan berusaha untuk menggembirakan pasangannya.
Jadi kepada wanita di luar sana carilah lelaki yang rapat dengan ibunya!