Buat para lelaki, mungkin ada di antara anda yang terkejut bila mendengar bahawa berkahwin dengan isteri yang garang sebenarnya boleh membawa lebih banyak kebahagiaan dalam hidup anda.
Memang, ramai beranggapan bahawa mempunyai pasangan yang lembut dan lemah lembut adalah impian semua lelaki. Namun, isteri yang tegas atau garang sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang boleh memperbaiki kehidupan anda, bukan sahaja dari segi emosi, tetapi juga dalam perancangan masa depan.
Kenapa lelaki boleh lebih bahagia kalau berkahwin dengan isteri yang garang?
Lelaki Akan Bahagia Kalau Kahwin Isteri Garang
1. Isteri Garang Bijak Urus Kewangan, Kurang Beban Untuk Anda
Bayangkan, anda seorang lelaki yang sibuk dengan kerja dan tanggungjawab, dan pada masa yang sama, perlu mengurus kewangan rumah tangga. Isteri yang garang biasanya lebih cermat dan bijak dalam merancang perbelanjaan keluarga. Mereka tahu bila untuk berjimat dan bila perlu melabur demi masa depan. Dengan isteri yang pandai urus kewangan, anda tidak perlu risau tentang perbelanjaan yang tak terkawal. Mereka akan pastikan semuanya teratur, dari simpanan hingga perbelanjaan harian.
Sebagai lelaki, anda pasti mahukan ketenangan fikiran, bukan? Isteri yang garang akan bantu mengurangkan tekanan kewangan anda, kerana mereka bijak merancang dan tahu bagaimana memastikan keluarga sentiasa ada wang untuk masa depan. Jadi, anda boleh fokus kepada perkara lain tanpa perlu risau tentang urusan kewangan yang kecil-kecil.
2. Keluarga Lebih Disiplin, Kurang Masalah Untuk Anda
Satu lagi kelebihan isteri yang garang ialah mereka tegas dalam mendidik anak-anak. Mereka tahu bagaimana untuk menetapkan peraturan yang jelas dan konsisten dalam rumah tangga. Dengan disiplin yang ditanam dari awal, anak-anak anda akan lebih teratur dan mendengar kata. Tidak ada lagi masalah anak-anak yang malas belajar, tidak mahu membantu di rumah, atau melawan cakap.
Ads
Suami yang mempunyai isteri tegas akan merasai manfaat ini. Anda tidak perlu sentiasa menjadi “polis” di rumah kerana isteri anda sudah memainkan peranan tersebut. Dengan suasana rumah yang teratur dan anak-anak yang berdisiplin, anda akan rasa lebih selesa dan kurang tertekan.
3. Isteri Tegas Tak Takut Suarakan Pendapat, Kurang Salah Faham
Ada kalanya dalam hubungan, masalah timbul kerana tiada komunikasi yang jelas. Isteri yang garang tidak akan berdiam diri jika ada sesuatu yang tidak kena. Mereka tidak takut untuk menyuarakan pendapat mereka, dan ini sebenarnya membantu anda memahami apa yang mereka fikirkan dan rasakan. Bila ada komunikasi yang terbuka, hubungan jadi lebih jujur dan kurang salah faham.
Lelaki sebenarnya lebih senang dengan pasangan yang jelas dalam menyampaikan perasaan mereka. Anda tidak perlu meneka atau tertanya-tanya apa yang pasangan anda fikirkan. Sebaliknya, isteri yang tegas akan terus memberitahu anda jika ada perkara yang perlu diubah atau diperbaiki. Ini memudahkan anda untuk membetulkan keadaan dengan cepat dan mengelakkan masalah berpanjangan.
4. Mendorong Anda Menjadi Lelaki Yang Lebih Baik
Isteri yang garang biasanya mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap suami mereka. Mereka mahukan yang terbaik untuk anda, dan mereka tidak akan ragu-ragu untuk menegur jika ada sesuatu yang tidak kena. Namun, ini bukan bermakna mereka mahu mengawal hidup anda, tetapi mereka hanya ingin anda menjadi versi terbaik diri anda.
Ads
Bila anda sentiasa didorong untuk menjadi lebih baik, lama-kelamaan anda akan sedar bahawa isteri anda sebenarnya mahukan yang terbaik untuk anda. Mereka ingin melihat anda berjaya dan bertanggungjawab dalam semua aspek kehidupan. Dalam proses ini, anda bukan sahaja akan menjadi lelaki yang lebih baik, tetapi juga akan rasa lebih yakin dan bahagia kerana anda tahu pasangan anda menyokong anda sepenuhnya.
5. Gabungan Tegas dan Kasih Sayang, Sempurna Untuk Lelaki
Walaupun isteri anda mungkin kelihatan garang atau tegas, jangan lupa bahawa di sebalik ketegasan itu, mereka tetap mempunyai kasih sayang yang mendalam terhadap anda. Mereka tahu bila perlu tegas, dan bila perlu berlembut. Keseimbangan antara sifat garang dan kasih sayang inilah yang menjadikan mereka pasangan yang sempurna untuk anda.
Lelaki sebenarnya lebih bahagia dengan isteri yang tahu bagaimana untuk mengimbangi ketegasan dengan sokongan emosi. Anda akan berasa dilindungi dan dihargai dalam hubungan yang seimbang ini. Selain itu, anda juga akan merasa lebih yakin kerana tahu isteri anda sentiasa berada di sisi, memberikan panduan dan sokongan yang diperlukan.
Kesibukan dalam dunia lakonan membuatkan pelakon popular, Nadhir Nasar, masih belum berpeluang memberikan komitmen sepenuhnya dalam mencari pasangan hidup.
Walaupun sibuk, pelakon berusia 29 tahun itu percaya bahawa jodohnya tetap akan hadir pada masa yang tepat.
“Bulan lepas saja saya hanya ada sehari untuk cuti rehat, begitu juga bulan ini saya hanya ada dua hingga tiga hari untuk berehat. Buat masa sekarang, untuk menjadi milik seseorang agak sukar kerana jadual yang padat. Tapi saya yakin jodoh itu ada, cuma belum bertemu lagi. Tahun depan saya pun dah masuk 30 tahun, jadi saya perlu mula mencari,” katanya kepada mStar.
Nadhir berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis bertemu peminat sempena kempen ‘Bulan Bintang Sedekad Menyinar Takluk The Starhill’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Tertarik Dengan Aura Wanita Kelantan
Dalam sesi temu bual tersebut, Nadhir turut mengulas tentang satu klip video tular yang menunjukkan dirinya menyukai wanita berasal dari Kelantan.
Mengakui perkara itu, pelakon Cikgu Hiragi ini berkata aura wanita dari negeri tersebut sangat istimewa di matanya.
“Saya masih mencari wanita dari Kelantan. Saya rasa mereka ada satu aura yang sangat dekat dengan personaliti saya. Selain itu, mereka juga pandai memasak, jadi itu satu bonus buat saya,” katanya.
Walaupun membesar di Perak, Nadhir menyatakan bahawa dia dapat melihat perbezaan budaya antara kedua-dua negeri tersebut dan perbezaan itu membuatkan dia semakin tertarik dengan wanita dari Pantai Timur.
Kegemaran Makan Budu Jadi Salah Satu Faktor
Foto : mStar
Selain aura yang menarik, Nadhir turut mendedahkan satu lagi sebab dia ingin mencari pasangan dari Kelantan, iaitu kerana minatnya terhadap budu.
“Saya ini penggemar budu. Jadi, kalau bakal isteri saya berasal dari Kelantan, mesti dia biasa dengan makanan ini dan boleh memasak hidangan yang sesuai dengannya,” katanya sambil berseloroh.
Namun, dia mengakui masih belum mempunyai calon istimewa dari negeri itu, walaupun mempunyai ramai kenalan dari Kelantan.
Dalam pada itu, Nadhir turut menjawab mengenai spekulasi yang mendakwa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan seseorang.
Walaupun sering dikaitkan dengan beberapa individu, Nadhir memilih untuk tidak terlalu memikirkan spekulasi tersebut.
“Saya tahu ada ramai yang membuat spekulasi tentang hubungan saya, tapi jujurnya saya okey saja. Cuma, saya lebih mementingkan privasi. Kadang-kadang, perkara yang tidak benar boleh menjejaskan kedua-dua pihak. Tapi saya boleh sahkan, buat masa ini spekulasi itu tidak betul,” jelasnya.
Walaupun sibuk dengan karier, Nadhir tetap percaya bahawa jodohnya akan tiba pada waktu yang tepat.
Apa pun, fokus utamanya tetap pada kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan peribadinya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bak kata orang segala apa yang berlaku adalah peracangan Allah S.W.T. Namun kita ebagai hambanya tidak salah berikhtiar untuk mendoakan yang baik-baik sahaja dalam apa jua perkara kita lakukan.
Jangan kita pandang rendah dengan keajaiban doa. Dengan doa segala apa yang kita lakukan, InsyaAllah akan sentiasa mendapat kesejahteraan sama ada di dunia dan di akhirat.
Begitu juga bila kita ingin masuk hutan. Sebagaimana yang kita tahu hutan di negara kita memmpunyai ciri-ciri yang sangat ekstrem. Selain tebal dilitupi pelbagai tumbuhan dan pokok, ia juga dipenuhi dengan pelbagai haiwan liar.
Membaca doa merupakan sebagai antara perlindungan diri meminta keselamatan adalah tidak salah. Selain itu kawasan hutan juga merupakan kawasan yang sentiasa dijadikan tempat tinggal oleh jin dan makhluk alam ghaib.
Baru-baru ini juga berlaku kes seorang lelaki hilang tanpa jejak ketika mengikuti sebuah acara larian di kawasan hatan. Kami di MASKULIN mendoakan agar dia ditemui dengan segera dan berharap dalam keadaan sihat. Marilah sama-sama kita medoakan beliau.
Seorang wanita yang aktif mendaki bernama Myzatulhazra Yahaya (DavinaCo) pernah melakukan perkongsian tentang 3 dia masuk hitam yang boleh kita amalkan.
Bagi anda yang aktif mendaki, melaukan jungle treking, menyertau larian trail atau masuk hutan bolehlah amalkan dia ini.
JANGAN LAFAZKAN INI
Jika anda masuk hutan jangan sesekali melafazkan ayat seperti, “tok, cucu tumpang masuk hutan, tumpang lalu. Tolong jangan kacau ya”. Tahukah anda bahawa lafaz begitu boleh membawa hukum syirik!
AMALKAN AYAT INI
Semasa melangkah masuk ke dalam hutan, bacalah dia di bawah perlahan-lahan sebanyak 7 kali untuk setiap langkah.
“Salamun ‘ala sulaiman fil ‘alamin”
Maksudnya: Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman
Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.
DOA MASUK HUTAN
Amalan doa yang ini juga sangat sangatlah di galakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan
“bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’ul alim”
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Ini Fadhilatnya
“Barangsiapa membaca 3 kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu Subuh sebanyak 3 kali, dia tidak akan ditimpa kesushan bala dan musibah sehingga petangnya” (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad).
DOA ELAK BINATANG BUAS
“Salamun ‘ala Nuhin fil ‘alamin”
Artinya: “ Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam.”
Sebagian ulama menuturkan, hewan-hewan itu telah mengambil perjanjian dengan Nabi Nuh ‘Alaihis Salam untuk tidak merugikan dan mengganggu siapa pun ketika mereka naik Bahtera Nabi Nuh ‘Alaihis Salam.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda semua. Dan semoga kta sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T tak kira walaupun di mana kita berada. Amin.
Anda berkeinginan untuk mendapatkan badan ‘six pack’ ala Hugh Jackman atau Chris Evans yang tengah meletup-letup kini bagaikan wafel karamel? Bukan wanita sahaja yang inginkan tubuh badan cantik ala model. Kalau tidak dapat sampai jadi model sekalipun, at least mungkin menarik untuk mata memandang dan mengikut BMI yang sesuai.
LELAKI JUGA TAK KURANG YANG KINI AMAT MEMENTINGKAN PENAMPILAN LEBIH MASKULIN DAN MEMPUNYAI IMPIAN UNTUK DAPATKAN BENTUK TUBUH BADAN YANG KELIHATAN SEDIKIT BEROTOT ALA-ALA ‘SIX PACK’ MACAM ABANG SADO HUGH JACKMAN.
Apakah 5 makanan yang dapat membantu anda untuk membentuk otot badan yang ‘six pack’?
1. Susu Coklat
Susu coklat dikatakan sangat baik untuk penjagaan tubuh badan agar kekal berhidrasi sepanjang masa. Ia dikatakan minuman terbaik selepas bersenam atau selepas melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan fizikal. Penambahan coklat dalam susu pula nanti akan memudahkan keseimbangan protein, lemak dan mempercepatkan proses pemulihan otot.
2. Air Sejuk
Ia dikatakan sangat berkesan untuk membantu anda dalam usaha untuk mempertingkatkan daya tahan tubuh. Ia membuatkan badan anda boleh bekerja untuk memanaskan suhu tubuh hingga dapat merangsang metabolisme kita ketika saat bangun dari tidur.
3. Bayam
Bayam merupakan antara makanan paling baik untuk membantu anda dalam membina otot. Ia merupakan item utama bahan bakar otot kerana meningkatkan proses sintesis protein hingga mencapai sehingga 120%. Disebabkan itu, jaringan otot anda nanti akan mampu untuk memperbaiki dirinya sendiri.
4. Nanas dan betik
Kedua dua buah-buahan ini adalah sangat baik untuk meningkatkan proses penyembuhan otot. Ia dapat memecahkan protein yang telah diambil untuk proses pencernaan. Pembaikan tisu otot juga dapat dilakukan dengan lebih pantas juga melalui pengambilan buah-buahan tersebut.
5. Salmon
Salmon sebenarnya cukup bagus terutamanya untuk menjaga kesihatan jantung. Omega 3 yang wujud di dalam minyak ikan ini sangat penting dalam menjaga kesihatan jantung seseorang lelaki itu. Pengambilan minyak ikan memang bagus jika diamalkan dalam pembinaan otot termasuk dalam bentuk kapsul atau dengan pengambilan ikan yang kaya dengan Omega 3.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.