Lampu kereta yang kekuningan pasti menyakitkan mata. Manakan tidak, kereta yang sering terdedah dengan cuaca membuatkan lampu menjadi kusam dan akhirnya nampak kekuningan.
Kalau anda nampak lampu kereta kekuningan, tak perlu tukar baru dahulu. Cuba tip yang dikongsikan Khairul Anwar Tumingan ini agar lampu kereta yang kuning dan kusam kembali berkilat serta nampak baharu.
Modalnya jimat tak sampai RM15 hanya menggunakan kertas pasir dan metal polisher. Jom ikuti perkongsiannya.
Hari ini bro nak share cemana nak clearkan dan gilap headlight yang sudah kuning and kusam dengan modal tidak sampai RM15.
Ada macam-macam lagi cara dan produk untuk tujuan ini, tapi ini antara yang berhasillah. Yang penting kena gigih menggosok yeh. Selamat mencuba!
(Ini untuk headlamp plastik sahaja)
Langkah-langkah ada dalam caption setiap gambar.
Lampu asal. Setelah bertahun-tahun, lampu akan menjadi kekuningan dan kabur kerana oksida. Berbahaya terutama untuk drive malam sebab lampu akan jadi kurang terang.
1. Dimulakan dengan Bismillah. Saya pakai kertas pasir gred 600 untuk membuang lapisan kuning dan kabur.
Ads
2. Gosok dengan menggunakan air. Masa ini nampak kesan kotor dan kuning itu tertanggal.
3. Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning sudah berkurangan.
Bercakap tentang penjagaan atau servis kereta kita sebagai pemilik pastinya tidak akan dapat lari daripada berkira-kira tentang bajet yang harus dikeluarkan. Bukan apa, kadang-kadang bajet yang kita sediakan awal-awal sebenarnya jauh berbeza dengan kos servis sebenar.
Salah satu servis yang cukup penting dalam penjagaan kereta ialah servis penghawa dingin atau aircond. Menggunakan kereta di negara bercuaca sentiasa panas seperti negara kita ini memang menuntut kita ada sistem aircond yang berfungsi dengan baik.
Kalau memandu tanpa aircond memang seksa juga dibuatnya. Bercakap tentang bajet servis aircond kereta, sebenarnya berapakah yang harus kita sediakan?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari ACS Car Servis (pakar aircond kereta) yang mengulas dengan cukup baik akan perkara ini. Menurut mereka pada hakikatnya bajet untuk servis aircond dan baiki sistem aircond adalah sangat subjektif.
Ini kerana terdapat banyak faktor yang membuatkan aircond kereta boleh jadi tak sejuk dan ia biasanya disebabkan oleh masalah-msalah tertentu. Kalau yang biasa dan mudah untuk selenggara adalah masalah gas kurang. Namun ada beberapa punca lain yang perlu anda tahu.
Antaranya ialah:
compression tidak kuat
sistem tersumbat
fuse compressor aircond terputus
kipas berpusing perlahan
radiator tersumbat
kerosakan pada magnet
kerosakan pada relay
Bagi memastikan anda tidak mengeluarkan bajet yang tidak perlu, sebelum meneruskan untuk tukar komponen penting seperti kompresor pastikan anda periksa dengan teliti dan pastikan apa masalah yang sebenar. Jika langkah terkahir kena tukar, barulah teruskan.
Dalam menukar komponen atau sparepart pula terdapat dua jenis yang anda boleh pilih iaitu yang original daripada pengeluar asal dan juga dari original equipment manufacturer (OEM).
Ia bermaksud kilang pengeluar yang mengeluarkan semula produk syarikat laun di bawah nama dan jenama sendiri. Jadi bergantung kepada anda, jika mahu yang terbaik keluarlah bajet lebih sedikit untuk beli yang original ya.
Berikut anggaran harga sparepart aircond kereta perlu anda tahu:
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video auto menarik seperti di bawah ya!
Kredit: ACS Car Service
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kata orang malang tidak berbau. Kadang-kadang tengah sedap elok memandu ambil-sambil maka kacang tiba-tiba tayar kereta pancit. Jika perkara ini berlaku, jangan panik atau menggelabah. Tenangkan fikiran anda.
Ni 4 perkara yang perlu dilakukan.
1) Jangan terus menghentam pedal brek. Kebanyakan orang akan cenderung untuk menekan brek sepenuhnya (brek kecemasan) dalam keadaan kecemasan. Brek kecemasan adalah perkara yang paling teruk anda boleh lakukandalam kejadian tayar pecah kerana ini akan menggangu arah kenderaan dan menjadikannya berada di luar kawalan. Anda boleh menggunakan ‘brek enjin’ dengan menurunkan gear kepada yang lebih rendah. Tekan brek kaki secara ringan apabila kenderaan anda telah perlahan.
2. Jangan mengangkat kaki dari pedal minyak secara tiba-tiba. Tenangkan diri dan kekalkan pedal minyak untuk seketika, sebelum melepaskan ia beransur-ansur. Pergerakan kenderaan akan segera perlahan dan berhenti dengan lebih cepat selepas tayar pecah. Jika anda dalam kawalan pelayaran (auto-cruise), pastikan anda memadamkan fungsi ini.
3. Saat kejadian kereta anda akan berasa ditarik ke arah tayar yang pecah. Cuba untuk memastikan arah kenderaan anda adalah lurus. Membelok stereng dengan banyak semasa kenderaan masih laju dan tayar pecah akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.
4) Hidupkan lampu kecemasan untuk memberi amaran kepada kenderaan sekeliling. Program kawalan kestabilan Kenderaan (contohnya ESP) dalam sistem sesebuah kenderaan juga adalah penyelamat dalam keadaan tayar pecah. Pertimbangkan ciri-ciri ini apabila merancang untuk membeli kereta anda yang seterusnya demi lebih ciri keselamatan.
Tip Tambahan
Selain daripada perkara diatas jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.
Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kawan-kawan, saudara dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.
Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna iaitu tidak pancit.
Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang amat penting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan. Ingat, keselamatan anda adalah yang utama
Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi peminat automotif melakukan modifikasi kepada kenderaan milik mereka memberikan satu kepuasan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Melihatkan hasil yang berjaya dilakukan setelah melakukan perancangan dan ubah suai merupakan satu kejayaan peribadi yang cukup unik.
Jadi usahlah kita persoalkan kenapa sesetengah ‘kaki kereta’ cukup aktif melakukan modifikasi pada kenderaan mereka. Ia merupakan satu minat yang cukup menebal di dalam diri. Bercakap tentang modifikasi, terdapat pelbagai jenis bentuk yang dilakukan oleh peminat kereta.
MASKULIN tertarik dengan modifikasi yang dilakukan oleh seorang ‘tuner’ dari negara India terhadap Toyota Fortuner. Untuk rekod Toyota Fortuner merupakan model kenderaan SUV yang sangat popular di negara tersebut sejak beberapa tahun lalu.
Antara faktor yang membuatkan ia menjadi cukup popular ialah kualiti ketahanan serta binaan, kemampuan beroperasi di atas pelbagai permukaan dan juga kos servisyang tidak terlalu mahal.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh channel Revokids memaparkan bagaimana sebuah Toyota Fortuner dilengkapi ruang khas mengandungi tandas!
Malah pemerhati industri automotif tempatan mendakwa bahawa ia merupakan Toyota Fortuner pertama yang dilengkapi dengan tandas seperti itu. Kenderaan yang nampak normal di bahagian luar tetapi unik di bahagian dalamannya ini dimodifikasi oleh Ojes Garage.
Keseluruhan bahagian luarannya adalah standard kecuali pada bahagian tayarnya yang ditukar kepada tayar 18 inci BF Goodrich AT.
Bahagian dalaman yang ‘dikorbankan’ untuk diletakkan tandas merupakan salah sebuah kerusi di barisan ketiga penumpang, Malah untuk ke ruangan tandas, kerusi pada bahagian kedua perlu dilipat terlebih dahulu.
Apa yang menarik, instalasinya nampak cukup kemas dan pemasangan yang dilakukan cukup berhati-hati. Memang jelas nampak hasil kerja orang yang cukup profesional dalam bidang modifikasi. Selain itu, tangka air juga disediakan untuk kegunaan dan ia juga diatakan tidak akan tertumpah walaupun berada padalokasi off road.
Buat pengetahuan anda lagi, di negara India model Toyota Fortuner didatangkan dengan enjin petrol dan diesel. Manakala enjinnya diesel 2.8 liter mampu menghasilkan kuasa 202hp dan tork 500Nm manakala versi petrol 2.7 liter mengekstrak kuasa 162hp dan tork 245Nm. Untuk transmisi pula terdapat uda jenis iaitu manual dan automatik. Namun, opsyen sistem pacuan empat roda (4X4) hanya ditawarkan dengan varian diesel.
Menarik bukan modifikasi ini? Kalau pergi trip jauh memang sangat berguna. Cumanya kalau ‘membuang’ itu terpaksalah buka tingkap selepas digunakan. Kasihan pula penumpang lain terpaksa menanggung derita!
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...