Bagi lelaki yang meminati dunia automotif dan kelajuan, Formula 1 bukan sekadar sukan, tetapi satu gaya hidup. Kombinasi kejuruteraan canggih, strategi perlumbaan, dan adrenalin yang mengalir di setiap selekoh menjadikan F1 sebagai satu fenomena global. Kini, peminat F1 boleh membawa keseronokan lumba ke dalam rumah dengan koleksi baharu LEGO F1 yang bakal dilancarkan pada 1 Mac 2025.
Buat pertama kali dalam sejarah LEGO, semua sepuluh pasukan F1 akan diabadikan dalam bentuk set LEGO Speed Champions, LEGO City, dan LEGO DUPLO.
Ini bukan sekadar permainan kanak-kanak – ia adalah satu pengalaman nostalgia dan kepuasan bagi lelaki yang gemar mengumpul dan membina sesuatu yang bernilai.
Mengumpul LEGO F1 bukanlah sekadar aktiviti kanak-kanak, malah menjadi trend dalam kalangan lelaki dewasa yang menghargai seni kejuruteraan dan kreativiti.
Dengan model seperti McLaren F1 Team MCL38 Race Car, Mercedes-AMG F1 W15 Race Car, dan Williams Racing FW46 F1 Race Car, koleksi LEGO Speed Champions menawarkan replika berkualiti tinggi yang boleh dijadikan hiasan meja kerja atau ruang tamu.
Bagi mereka yang menggemari suasana perlumbaan sebenar, set LEGO City F1® seperti F1 Pit Stop & Pit Crew dengan Ferrari Car dan F1 Garage & Mercedes-AMG & Alpine Cars membolehkan peminat mencipta suasana pit stop yang realistik.
Set ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu mengasah daya kreativiti dalam mereka bentuk strategi perlumbaan sendiri.
Bagi lelaki yang menggemari cabaran dan kehalusan seni bina, LEGO Technic dan LEGO Icons menyediakan pengalaman membina yang lebih kompleks dan memuaskan.
Model Oracle Red Bull Racing RB20 F1 Car dan Ferrari SF-24 F1 Car direka dengan perincian seperti stereng berfungsi, kotak gear 2 kelajuan, serta spoiler boleh laras untuk aktivasi DRS – seakan membina model sebenar dalam skala lebih kecil!
Peminat LEGO F1 juga boleh menambah koleksi mereka dengan set Williams Racing FW14B & Nigel Mansell, sebuah model ikonik yang membawa pulang kejayaan Nigel Mansell dalam Kejuaraan Dunia Formula 1 pada tahun 1992. Ini adalah peluang terbaik untuk mereka yang menghargai sejarah sukan permotoran.
BACA: Melebihi Cristiano Ronaldo, Faiq Bolkiah Pemain Bola Terkaya Di Dunia!
Untuk peminat yang ingin melengkapkan koleksi F1 mereka dengan harga lebih berpatutan, LEGO juga menawarkan mystery box F1 Collectible Race Cars dengan harga RM19.90 bermula 1 Jun 2025.
Dengan elemen kejutan dan variasi model, ini adalah satu cara unik untuk menambah keseronokan dalam dunia pengumpulan LEGO.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.