Bagi lelaki yang meminati dunia automotif dan kelajuan, Formula 1 bukan sekadar sukan, tetapi satu gaya hidup. Kombinasi kejuruteraan canggih, strategi perlumbaan, dan adrenalin yang mengalir di setiap selekoh menjadikan F1 sebagai satu fenomena global. Kini, peminat F1 boleh membawa keseronokan lumba ke dalam rumah dengan koleksi baharu LEGO F1 yang bakal dilancarkan pada 1 Mac 2025.
Buat pertama kali dalam sejarah LEGO, semua sepuluh pasukan F1 akan diabadikan dalam bentuk set LEGO Speed Champions, LEGO City, dan LEGO DUPLO.
Ini bukan sekadar permainan kanak-kanak – ia adalah satu pengalaman nostalgia dan kepuasan bagi lelaki yang gemar mengumpul dan membina sesuatu yang bernilai.
Hobi Menarik Lelaki Moden
Mengumpul LEGO F1 bukanlah sekadar aktiviti kanak-kanak, malah menjadi trend dalam kalangan lelaki dewasa yang menghargai seni kejuruteraan dan kreativiti.
Dengan model seperti McLaren F1 Team MCL38 Race Car, Mercedes-AMG F1 W15 Race Car, dan Williams Racing FW46 F1 Race Car, koleksi LEGO Speed Champions menawarkan replika berkualiti tinggi yang boleh dijadikan hiasan meja kerja atau ruang tamu.
Bagi mereka yang menggemari suasana perlumbaan sebenar, set LEGO City F1® seperti F1 Pit Stop & Pit Crew dengan Ferrari Car dan F1 Garage & Mercedes-AMG & Alpine Cars membolehkan peminat mencipta suasana pit stop yang realistik.
Ads
Set ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu mengasah daya kreativiti dalam mereka bentuk strategi perlumbaan sendiri.
Koleksi Premium Collector Sejati
Bagi lelaki yang menggemari cabaran dan kehalusan seni bina, LEGO Technic dan LEGO Icons menyediakan pengalaman membina yang lebih kompleks dan memuaskan.
Ads
Model Oracle Red Bull Racing RB20 F1 Car dan Ferrari SF-24 F1 Car direka dengan perincian seperti stereng berfungsi, kotak gear 2 kelajuan, serta spoiler boleh laras untuk aktivasi DRS – seakan membina model sebenar dalam skala lebih kecil!
Peminat LEGO F1 juga boleh menambah koleksi mereka dengan set Williams Racing FW14B & Nigel Mansell, sebuah model ikonik yang membawa pulang kejayaan Nigel Mansell dalam Kejuaraan Dunia Formula 1 pada tahun 1992. Ini adalah peluang terbaik untuk mereka yang menghargai sejarah sukan permotoran.
Untuk peminat yang ingin melengkapkan koleksi F1 mereka dengan harga lebih berpatutan, LEGO juga menawarkan mystery box F1 Collectible Race Cars dengan harga RM19.90 bermula 1 Jun 2025.
Dengan elemen kejutan dan variasi model, ini adalah satu cara unik untuk menambah keseronokan dalam dunia pengumpulan LEGO.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti ramai yang tahu tentang kewujudan jambatan tertinggi di Malaysia yang baru di buka seminggu yang lepas. Jalan Pintasan Rawang atau lebih dikenali dengan Rawang Bypass ini dibuka untuk kegunaan orang awam, malangnya sudah ada tangan yang kreatif mencemari tembok lebuh raya yang dibina dengan kos RM630 juta itu dengan seni graffiti.
Gambar yang dimuat naik laman Facebook Blog Jalan Raya Malaysia (BJRM), mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab terbabit.
Seperti perumpamaan kera mendapat bunga. Tidak sampai seminggu Jalan Pintasan Rawang FT37 dibuka, sudah ada kesan contengan oleh orang yang tidak bertanggung jawap ini.
Sementara itu, Lawalah Familia, yang namanya turut terpalit dalam gambar berkenaan tampil memohon maaf bagi pihak peminatnya yang melakukan vandalisme tersebut.
“Kami Lawalah Familia ingin memohon maaf secara terbuka bagi pihak peminat kami yang melakukan vandalisme. Apa yang berlaku adalah di luar kawalan kami,” kata kenyataan kumpulan muzik itu di Facebook rasminya semalam.
Menurut kenyataan itu lagi, mereka juga turut mengecam tindakan individu terbabit yang telah mencemarkan imej mereka secara tidak langsung.
Di media sosial, netizen juga mengecam tindakan perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu.
“Rakyat kita masih mundur dari segi pemikiran. Lihatlah MRT baru tu, habis duit nak repair ekoran vandalisme. Tak tahu dah nak buat apa dengan orang kita ini,” – Izzo Jackster.
“Lawa ke tak lawa ke, tak boleh macam ni. Kalau kita tak strict, then every shithead with a spray can akan ambil mudah conteng kemudahan awam. Vandalisme adalah vandalisme.” – Daud Aiman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam tempoh seminggu yang lalu dunia hobi lelaki begitu gempar dan hebih memperkatakan tentang konsol permainan video terbaru keluaran Sony Interactive Entertainment, PlayStation 5 (PS5). Terbaru, CEO-nya, Jim Ryan mengesahkan kesemua PS5 yang dihasilkan telah habis dijual. ‘
Selepas menyaksikan pra-pesanan sebelum ini telah habis ditempah dalam sekelip mata di seluruh dunia maka tidak hairanlah mengapa konsol ini telah habis. Apatah lagi dunia kini sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 di mana lebih ramai orang menghabiskan masa di rumah bermain permainan video.
Menjelaskan perkara tersebut kepada agensi berita Rusia TASS, Jim Ryan berkata kesemua konsol PS5 yang dihasilkan telah dijual kesemuanya.
Foto: Sony
“Ya, kesemuanya telah dijual,” jelas CEO Sony Interactive Entertainment ini apabila ditanya tentang jumlah unit dan angka yang terjual.
“Semuaya telah habis dijual. Tahun lalu saya telah berusaha memastikan kami akan mengeluarkan jumlah yang mencukupi untuk permintaan. Dan selepas ini kami akan berusaha memastikan ia akan dihasilkan dengan lebih banyak agar dapat memenuhi permintaan,” tambahnya lagi.
CABARAN BAHARU
Selain itu, dia turut berkongsi kesukaran yang dihadapi Sony untuk melancarkan konsol terbaru mereka di tengah-tengah penularan pandemik yang melanda dunia. Ia merupakan satu cabaran yang belum pernah dilalui oleh syarikat gergasi tersebut.
Foto: Sony
Antara cabaran yang dihadapi ialah tidak dapat melakukan pelancaran menerusi acara besar-besaran. Sebelum ia dilancarkan juga mereka tidak dapat melawat kilang secara terus dan terpaksa menggunakan paltform digital untuk berhubung.
Namun di sebalik segala cabaran tersebut, PS5 terus mendapat sambutan yang sangat luar biasa di kalangan peminat permainan video.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN utuk video gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun semakin ramai bakat-bakat baharu yang muncul mewarnai industri seni tanah air, sekalipun tidak pernah timbu perasan tergugat dalam diri pelakon Remy Ishak yang kini berusia 41 tahun.
Menerusi laporan Kosmo, Remy beranggapan yang dia dan bakat-bakat baharu masing-masing berada dalam kelas yang berbeza.
“Saya melihat situasi ini seperti permainan bola sepak; ada Liga Perdana dan ada Liga Super. Jadi, sebenarnya, kami berada dalam liga yang berbeza. Tidak ada keperluan untuk bersaing,” jelas Remy.
Tambahnya lagi, kehadiran generasi baharu adalah satu proses semula jadi dalam industri seni, di mana bakat baharu akan menggantikan yang lama. “Saya pun melalui proses yang sama dahulu, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.
Remy juga mengakui bahawa pelakon-pelakon muda hari ini layak menerima bayaran yang tinggi kerana permintaan terhadap mereka amat tinggi dari kalangan penonton.
“Nama-nama seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, dan Amir Ahnaf memang layak menerima bayaran tinggi kerana zaman sekarang adalah zaman mereka. Saya pula berada pada level saya sendiri, mungkin lebih kepada filem, platform penstriman, atau OTT (over the top) sekarang,” jelasnya.
Remy turut berkongsi pandangannya mengenai kerjayanya di masa hadapan. Menurutnya, tidak mungkin dia akan terus memegang watak hero hingga umur 50 tahun.
Dikenali menerusi drama “Lelaki Kiriman Tuhan,” Remy belum merancang untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon. “Masih banyak watak yang saya ingin lakonkan. Saya pernah cuba keluar dari bidang seni dan melakukan perkara lain, tetapi tidak boleh kerana sudah terlalu seronok berlakon. Apabila sudah terjun ke dunia hiburan, memang sukar untuk berhenti,” ujarnya.
Dengan semangat yang masih membara, Remy Ishak terus berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap lakonannya, menyumbang kepada perkembangan industri seni tanah air tanpa merasa tergugat oleh generasi baharu yang muncul.