Dalam tempoh seminggu kebelakangan ini Amerika Syarikat telah dilanda demonstarasi dan protes besar-besaran yang berlaku di hampir kesemua kota besarnya.
Protes yang kini sudah mula merebak ke peringkat global dengan beberapa bandar besar seperti London, Paris dan Auckland turut mengadakan demonstrasi sama.
Ia bermula selepas seorang lelaki berkulit hitam George Floyd telah meninggal dunia akibat tindakan dari beberapa anggota polis di Minneapolis yang menggunakan kekerasan menekan lehernya dengan menggunakan lutut.
Kes ini tular apanbila rakaman video menyaksikan mangsa merayu kerana tidak dapat bernafas. Namun rayuannya tidak diendahkan sehingga menyebabkannya maut.
Anggota polis yang bertanggungjawab, Derek Chauvin kini telah didakwa di atas tuduhan membunuh.
Ads
Namun, masyarakat minoriti terutamanya dari keturunan African American sudah hilang sabar apabila menyaksikan kes demi kes melibatkan kematian daripada komuniti mereka.
Tanda pagar #BalckLivesMatter telah tular selama beberapa hari dan menyaksikan semakin ramai pihak tidak kiralah sama ada selebriti, ahli politik atau jenama besar melahirkan sokongan mereka.
Salah seorangnya ialah legenda tinju yang juga merupakan atlet terkaya di dunia, Floyd Mayweather. Menurut sumber, Floyd telah menghubungi keluarga mangsa iaitu George Floyd memberi tawaran untuk membantu menanggung kos pengebumian.
Ads
Legenda tinju ini juga dikatakan akan turut membayar di tiga acara memperingati mangsa di Houston, Charlotte dan Minnesota serta kemungkinan sebuah lagi acara sama yang belum ditetapkan lokasinya.
Ads
Perkara ini turut disahkan oleh syarikat promosinya, Mayweather Promotions menerusi satu ciapan di Twitter.
“Juara tidak terkalah, Floyd Mayweather berkongsi kepada Hollywood Unlocked dalam sebuah temu bual eksklusif bahawa dia akan membayar kesemua kos pengebumian George Floyd.”
Warganet turut melahirkan rasa terharu dan kagum terhadap juara tinju ini di atas keprihatinannya bertindak dn membantu keluarga mangsa.
Hadir dengan 14 tahun pengelaman menjadikan AminHayat sebagai seorang hos yang cukup disegani di negara kita. Pernah merangkul Anugerah Laporan Khas Berita TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2010 menjadi penanda aras kredibiliti yang dimilikinya.
Wajahnya cukup sinonim dan popular sebagai penyampai berita TV9 dan kini menjadi penyampai berita sambilan di stesen berkenaan. AminHayat yang sentiasa malaungkan falsafah pegangannya, #AdaJalanNya kini bakal muncul dalam program eksklusif, ‘AminHayat Show’.
Menariknya, program yang bakal bersiaran pada 12 April 2021 tersebut akan bersiaran secara dalam talian memerusi platform Facebook dan YouTube. Menerusi porgam tersebut, AminHayat akan mengupas tentang pengalaman peribadi tetamu jemputan seperti usahwan mahupun selebriti tempatan.
Selain itu, ‘AminHayat Show’ juga hadir dengan misi untuk memupuk keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan bangsa di dalam masyarakat. Program yang berorientasikan tema usahawan ini juga ingin mendekatkan kesemua usahawan dari pelbagai latar belakang. Sama ada dari segi keturunan atau pun industri yang berbeza.
Sekali gus menjadi ‘pembuka jalan’ untuk pelbagai kemungkinan peluang kerjasama daripada pelbagai pihak. Majlis perasmian Great Launch of AminHayat Show yang berlangsung pada 1 April lalu di New World Hotel, Petaling Jaya menyaksikan ia turut dipersembahkan bersama oleh High Flyer Asia (HFA), komuniti CEO dan Pengasas terbesar di Asia.
Selain itu, pada majlis tersebut juga AminHayat mengumumkan kerjasamanya bersama JOCOM, platform e-dagang Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam menyediakan pelbagai produk barangan runcit. Kerjasama tersebut bersempena program Ramadan AminHayat yang akan muncul tidak lama lagi, ‘Bersedia Menyambut Ramadan Dengan AminHayat’.
Majlis menandatangani antara AminHayat dan JOCOM disemurnakan di hadapan para jemputan khas dan juga hadirin.
Bagi AminHayat, dia cukup optimistik dan teruja untuk menerokai peluang dan cabaran baharu dalam kariernya.
Selamat maju jaya & all the best dari team MASKULIN untuk AminHayat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dikenali menerusi lagu Pencuri pada tahun 2012 dan diikuti dengan lagu Si Katak dan seterusnya Marry Me nama Marcus Adam Macaraig Echivarre ataupun Mark Adam terus disegani hingga ke hari ini.
Tidak menolak besar kemungkinan kerana dia ‘orang luar’ dari Filipina, orang ramai mungkin ingin tahu serba serbi tentang dirinya.
Mengimbau kembali perjalannya ke Malaysia, dia mengakui sungguh susah untuk sampai ketahap ini.
Walaupun hadir sebagai penyanyi kelab bersama lapan orang anggota kumpulan yang lain ketika usia 22 tahun, dia langsung tidak pernah putus harapan dan kekal kuat sehingga ke hari ini.
Pengalaman yang tidak boleh dilupakan
Apabila ditanya apakah antara pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan, dia menjawab dengan hati yang sayu dia pernah merasa saat jatuh bangun sebagai sorang selebriti dan berdiam diri selama dua hari.
“Saya tak tahu nak gelarkan ia sebagai masalah atau sebaliknya, tetapi ‘masalah’ ini lah yang bawa saya ke tahap sekarang. Sewaktu dapat tawaran berlakon saya terima sepenuh hati dan ada satu pengarah bertanyakan pada saya, adakah saya mengenali dan mengetahui tentang industri filem melayu?
“Sudah tentu masa itu saya jawab YA! Walaupun sebenarnya saya tidak tahu, kerana dalam fikiran saya ketika itu, ini peluang keemasan. Saya mengamalkan white lies kerana saya benar-benar ingin memasuki industri ini dan mencari duit.” Katanya kepada Maskulin
Mengambil risiko ‘menipu sunat’ kerana ingin menceburkan diri dalam industri membuatkan dia terpaksa lalui 2 hari yang sukar untuknya.
“Sewaktu mula-mula saya dapat skrip tersebut saya telah diberi kepercayaan membawa watak hero, skrip tersebut sangat tebal dan ketika itu Bahasa Malaysia saya tidak fasih.
“Dua hari berada di set, saya sering dimarah oleh pengarah. Dia asyik kata awak pembohong! Awak kata awak tahu semua tentang industri. Saya diam sahaja selama dua hari, dan akhirnya pengarah tersebut mengajar saya tentang lakonan yang betul.
“Sejak itu, saya sangat berminat tentang perfileman. Sehinggakan tahun lepas 2019 ada 3 filem besar yang dilakonkan oleh saya keluar dipawagan dan kaca tv.” Ujarnya.
Benarlah kata orang, bukan mudah untuk dalami industri ini. Perlukan pengorbanan yang besar dan banyak untuk capai kejayaan. Kini dia bergelar pelawak kerana sikapnya yang bersahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Tinju ini bukan sekadar sukan. Tinju ini merupakan kehidupan,” demikian kata-kata petinju yang bergelar juara Light Heavyweight WBC Asian Continental, Adli Hafidz Mohd Pauzi atau lebih dikenali sebagai Adli Goldenboy.
Jejaka yang berasal dari Johor ini sememangnya aktif dalam aktiviti sukan sejak di bangku sekolah lagi, namun hanya menemui minat dalam sukan tinju ketika berusia 15 tahun.
Pada mulanya, Adli menyertai kelab tinju atas dasar suka-suka kerana kagum dengan susuk tubuh yang dimiliki oleh petinju-petinju profesional.
Siapa sangka, penyertaannya itu mencuri perhatian jurulatih yang menyedari ternyata Adli mempunyai potensi yang boleh dicungkil.
Ibu Bapa Menentang 100%
Namun untuk terus terjun ke sukan itu bukan semudah itu memandangkan Adli masih bersekolah.
Seperti kebanyakan orang, Adli juga mempunyai ibu bapa yang mempunyai pendirian tegas terhadap pelajaran.
Menurut Adli, ibu bapanya menentang keras hasratnya itu, apatah lagi Adli sememangnya banyak ketinggalan pelajaran gara-gara aktiviti sukan.
Lebih-lebih lagi, Adli dikelilingi oleh saudara-mara sebayanya yang cemerlang dalam pelajaran.
“Pada waktu itu ayah memang marah. Tapi bila saya menang satu pertandingan tinju pada usia saya 18 tahun, ibarat hidup saya berubah 360 darjah,” ceritanya ketika ditemu bual MASKULIN.
Selepas kemenangan itu, Adli menerima tawaran memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan turut menerima elaun dari Majlis Sukan Negeri.
Katanya, perkara itu sedikti sebanyak meringankan beban keluarga yang akhirnya menyokong minat Adli itu.
Kemenangan Diumum, Mulut Pembuli Terkunci
Apa yang membuatkan Adli mempunyai keazaman tinggi untuk mempelajari tinju ialah kerana pengalaman pahitnya sebagai mangsa buli di sekolah.
Ujar Adli, dia tekad mahu mempunyai kebolehan mempertahankan diri kerana enggan menjadi sasaran pembuli lagi.
Dia juga masih ingat saat kemenangannya dalam pertandingan tinju peringkat negeri diumumkan di sekolah.
Katanya, pengumuman itu membuatkan banyak mulut terkunci kerana terkejut, termasuklah pembulinya.
“Pada ketika itu saya mula peroleh rasa hormat. Jadi saya mula minat dan cinta sukan itu, di mana saya mencapai matlamat saya iaitu tidak mahu dibuli di sekolah”.
Hampir Bersara Pada 2017
Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 menjadi salah satu detik hitam dalam sejarah kerjaya sukan Adli, sehingga dia hampir mahu bersara pada tahun itu.
Bercerita kepada MASKULIN, Adli tewas dalam masa 30 saat ketika berentap dengan petinju dari Filipina, John Marvin di peringkat akhir.
Ketika itu, pengadil menghentikan pertarungan disebabkan Adli tidak stabil akibat ditumbuk pihak lawan dalam keadaan tidak bersedia.
Kekalahannya di temasya itu membuatkannya menerima kritikan teruk sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.
“Saya tidak lihat komen-komen tersebut sehingga ke hari ini. Waktu itu ibarat dunia saya gelap sekejap.
“Terus terang cakap, memang saya tak boleh terima pada masa itu. Saya dah ambil keputusan mahu bersara pada waktu itu,” katanya.
Bagaimanapun, hasrat itu terbantut tatkala Adli melihat betapa besarnya sokongan dari keluarga dan ibu bapa yang enggan meilhatnya berputus asa.
Adli akur, lalu mengambil tempoh kira-kira setahun untuk memulihkan semangatnya dan bangkit bertarung semula di gelanggang.
“Sehingga hari ini Alhamdulillah, saya telah berjaya membawa balik lima kejuaraan. 13 kemenangan, satu tewas hasil daripada kekecawaan saya tujuh tahun lalu itu”.
Beri Kemenangan Pada Isteri, Hanya Mahu Tunai Hasrat Masa Kecil
Selain ibunya, Adli memberitahu yang isterinya merupakan insan yang banyak berkorban dalam menyokong kerjaya sukannya.
Adli terkenang saat dia tidak dapat bersama isterinya yang sedang mengandung tiga bulan kerana perlu menjalani latihan selama empat bulan di Kazakhstan.
Sepanjang tempoh itu, isterinya perlu berdikari menguruskan keperluan diri termasuklah menghadiri janji temu pemeriksaan doktor.
“Apa yang saya janjikan dekat dia, apabila saya pulang dengan kejayaan, kejayaan itu 100 peratus saya beri kepada dia
“Saya tidak ambil satu pun. Ini sekadar amanah merealisasikan impian masa kacil saya untuk mewakili negara,” kongsinya lagi.
Sehingga ke hari ini, isterinya sentiasa teruja menantikan pertarungan yang akan disertai Adli.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...