Harley Davidson Softail Fat Boy mula mendapat perhatian dalam kalangan penunggang motosikal apabila ia digunakan dalam filem Terminator pada era 90-an. Sejak itu, model tersebut menerima kemas kini dari masa ke semasa.
Terkini, versi 2018 baru sahaja melakukan kemunculan. Pengeluar model kruiser Amerika Syarikat itu melakukan beberapa kemas kini.
Sebagai permulaan, lampu depan halogen kini digantikan dengan unit LED. Kemudian mentol LED berkenaan dipadankan dengan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk oval. Perubahan itu mengukuhkan imej maskulin Fat Boy.
Harley Davidson masih mengekalkan karakteristik Fat Boy yang mana rim 18 inci dikekalkan. Kemudian rekaan rim Lakester itu dipadankan dengan tayar lebih lebar 160mm di depan dan 240mm di belakang.
Pihak Harley Davidson masih mengekalkan penampilan asli Fat Boy dengan sentuhan moden. Bahagian enjin Milwaukee-Eight 8-injap baharu dengan balancer
kembar berganda bukan sahaja menyerlahkan getaran utama tetapi juga membuatkan pemasangan enjin lebih kukuh. Sekali gus menambahbaik pengendalian.Harley-Davidson menyatakan enjin 1745cc V-twin penyejukan minyak itu menghasilkan tork 144Nm pada 3,000rpm iaitu tambahan 12Nm berbanding model sedia ada. Enjin berkenaan juga menjadikan kruiser berkenaan lebih pantas.
Bahagian rangka tiub keluli diubahsuai dan lebih keras 65 peratus. Hasil kemas kini berkenaan menyumbang kepada pengurangan berat badan sebanyak 11kg berbanding versi 2017. Bahkan Harley Davidson mendakwa bahagian hendal lebih ringan dan memberikan pengendalian tepat.
Bahagian suspensi masih mengetengahkan fork Showa Dual Bending Valve (SDBV). Suspensi tersebut dikatakan menawarkan redaman lebih linear untuk keselesaan tunggangan. Suspensi belakang dipertanggungjawabkan kepada penyerap hentak Dyna berkembar. Ciri ABS didatangkan sebagai standard