Rasanya macam tidak logik untuk seorang lelaki tidak tahu atau pernah dengar nama Valentino Rossi. Sama ada anda peminat sukan permotoran motosikal atau tidak, nama ini cukup mekar di pelbagai medium media termasuklah di laman media sosial.
Diberi nama julukan ‘The Doctor’ kerana cukup dipandang tinggi sebagai insan memiliki kemahiran tinggi dalam sukan permotoran di Itali, Valentino Rossi akan diingati sebagai antara pelumba motosikal paling berpengaruh dalam generasinya.
Sepanjang 26 musim berlumba, Rossi menggungguli pelbagai gelaran serta menyamakan rekod kejuaraan dengan 7 juara keseluruhan di dalam kategori MotoGp, 250cc dan 125cc. Kini selepas menyemai budi serta mempamerkan tunggangan yang cukup diingati oleh peminat, Valentino Rossi mengumumkan persaraannya menerusi satu sidang media Khamis lalu di Grand Prix Michellin di Styria.
“Saya mengambil keputusan untuk berhenti bersara pada kahir akhir musim. Jadi musim ini akan menjadi separuh musim terkahir saya sebagai pelumba MotoGP. Ia merupakan saat yang menyedihkan kerana sukar untuk saya menyatakan bahawa tahun depan saya tidak lagi berlumba. Cukuplah selama lebih 30 tahun ini,” jelas pelumba yang kini berkaksi bersama pasukan asal Malaysia, Petronas Yamaha SRT.
Baliau kini yang sudah berusia 42 tahun turut berkongsi bahawa hidupnya akan berubah pada tahun mendatang namun zaman mudanya telah dihasbikan dengan nikmat sukan permotoran berkelas dunia.
Selamat bersara wahai legenda! Berikut MASKULIN kongsikan beberapa fakta luar biasa tentang Valentino Rossi!
1. Daripada 414 perlumbaan, Rossi telah memenangi 115 kemenangan grand prix dengan 89 daripada kelas paling premier.
2. Jumlah podium keseluruhan yang dicapai olehnya hingga kini ialah 235.
3. Rossi mempunyai tabiat atau ritual sebelum perlumbaan di mana dia akan berdiri dua meter di belakang motosikal sambil memegang kasut, memegang pedal dan duduk mencangkung.
4. Walaupun berkali-kali layak menggunakan nombor 1 di atas kejuaraannya namun memilih menggunakan nombor 46 kerana itulah nombor yang digunakan oleh ayahnya ketika bergelar sebagai pelumba.
5. Pada tahun 2006, Rossi pernah mencuba pandu uji kereta Formula 1 dan mencatatkan masa yang cukup memberangsangkan di belakang Michael Schumacher.
6. Selain luma motosikal, Rossi juga mempunyai minat mendalam terhadap perlumbaan rali kereta.
7. Pernah dianugerahkan ‘Winning Italy Award’ sebagai duta sukan yang berjaya di Itali.
8. Pernah tersenarai di antara 10 ahli sukan paling kaya di dunia pada tahun 2009.
9. Seorang peminat legenda bola sepak dunia iaitu Diego Maradona.
10. Grand Prix pertama di menanagginya ialah di Czech Republic GP pada 0gos 1996 bagi kategori 125cc bersama pasukan Aprilia AGV Team.