Desperate times desperate measures.
Tatkala di waktu genting seperti inilah kita dapat melihat karakter sebenar setiap orang.
Golongan yang paling terkesan pada ketika ini pastinya golongan berpendapatan rendah, warga emas dan orang kelainan upaya. Bagi pekerja dalam pelbagai industri seperti perhotelan juga terjejas teruk.
Di sinilah pemilik serta jutawan memainkan peranan mereka untui membantu. Sebagaimana yang dilakukan oleh lengenda bintang bola sepak Manchester United yang juga hos terkenal, Gary Neville.
United Kingdom kini berdepan krisis penularan wabak Covid-19 yang semakin serius. Dan langkah-langkah pencegahan penularan juga telah diambil.
Disebabkan sebagai pemilik bersama Hotel Football dan Stock Exchange hotel, Gary Neville mengambil keputusan untuk membayar gaji kesemua kakitangan kedua-dua premis tersebut walaupun tidak beroperasi.
Bekas pemain berusia 45 tahun tersebut juga telah menawarkan kedua-dua hotel tersebut untuk digunakan oleh kakitangan National Health Servoes (NHS) tanpa sebarang caj untuk melawan penularan wabak Covid-19.
A message from our co-owner Gary Neville. @GNev2 @GG_Hospitality pic.twitter.com/uy2rEfweho
— Hotel Football (@hotelfootballuk) March 18, 2020
Pengumuman tersebut dilakukan menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naikdi Twitter kendaliannya semalam.
Hotel Football yang terletak berhampiran Old Trafford dan The Stock Exchange di tengah bandar Manchester turut dimiliki oleh seorang lagi legenda Manchester United, Ryan Giggs.
“Saya rasa ini adalah masa yang sangat penting bagi keseluruhan industri perhotelan menunjukkan solidariti, bukan hanya untuk kakitangan tetapi membantu mana-mana pihak untuk menggunakan fasiliti kita.
“Mana-mana kakitangan perubatan dan kesihatan yang ingin tinggal di mana-mana hotel tidak akan dikenakan sebarang bayaran sepanjang beberapa bulan akan datang,” jelas Gary Neville lagi.
Jadi bagaimana pula dengan bilionair dan jutawan di negara kita. Sekarang adalah masa yang tepat untuk anda semua menaburkan bakti kepada anak bangsa dan negara. Percayalah ribuan rakyat Malaysia terkesan dengan teruk akibat krisis Covid-19 yang sedang melanda bukan sahaja negara kita tetapi dunia!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI