Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu kota pada hari ini, pada usia 86 tahun. Pemergian tokoh politik dan ahli perniagaan yang sangat dihormati ini disahkan oleh peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, sebentar tadi.
Tun Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.
Walaupun beliau berada di luar kabinet selama tujuh tahun sejak 1991, Daim masih aktif terlibat dalam hal ehwal ekonomi negara atas pelantikan beliau sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan.
Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.
Foto : Utusan
Awal Kehidupan dan Pendidikan
Tun Daim Zainuddin dilahirkan pada 29 April 1938 di Alor Setar, Kedah. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum meneruskan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Kedah dan Institut St Xavier, Pulau Pinang.
Berasal dari keluarga yang sederhana, usaha dan ketekunan Tun Daim membawanya ke Universiti Malaya di mana beliau menamatkan pengajian dalam bidang ekonomi.
Ads
Pendidikan formal yang diterimanya memberi asas yang kukuh untuk beliau menceburi dunia politik dan ekonomi negara.
Kemunculan Semula dalam Politik
Nama Tun Daim Zainuddin kembali mencuri perhatian pada 2018, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menerajui kerajaan selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Tun Daim, yang digelar sebagai “orang kanan” Dr Mahathir, dilantik mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan.
Dalam kalangan wartawan, beliau turut dikenali sebagai “tokoh penuh misteri” kerana sering dikaitkan dengan spekulasi mengenai kekayaan dan pengaruhnya yang luar biasa.
Ads
Foto : thesun.my
Sumbangan Dalam Dunia Korporat dan Perbankan
Selain kerjaya politiknya, Tun Daim juga dikenali sebagai tokoh yang sangat berjaya dalam dunia perniagaan.
Beliau adalah pengasas dan penyokong utama kepada beberapa syarikat besar di Malaysia, terutamanya dalam sektor perbankan dan kewangan.
Sumbangannya dalam dunia korporat membolehkan beliau menjadi salah seorang ahli perniagaan yang dihormati di negara ini.
Tun Daim turut terlibat dalam pengurusan syarikat pelaburan negara seperti Khazanah Nasional, yang memainkan peranan penting dalam merancang dan menguruskan aset negara.
Ads
Kemampuannya untuk memahami hubungan antara sektor awam dan swasta membolehkan beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara dan memastikan negara terus maju di peringkat global.
Sebagai seorang yang penuh dedikasi dan berwawasan, Tun Daim meninggalkan legasi yang tidak ternilai kepada Malaysia.
Foto : The New Straits Times
Beliau dikenang bukan hanya sebagai seorang Menteri Kewangan yang cemerlang, tetapi juga sebagai seorang penasihat ekonomi yang bijaksana dan seorang tokoh perniagaan yang berjaya.
Sumbangannya dalam merangka dasar-dasar ekonomi yang berkesan telah membentuk arah tuju ekonomi negara, membantu Malaysia mencapai kedudukan yang lebih stabil dan berkembang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara nama tidak asing di kalangan pemain badminton Malaysia pastinya keluarga Sidek iaitu Razif, Jailani, Rashid dan Rahman.
Malah, Siri animasi Anak-Anak Sidek cukup sinonim dalam kalangan kanak-kanak sekitar tahun 1990an. Walau dah lebih 20 tahun siri tersebut disiarkan di kaca televisyen namun pasti ramai yang masih mengingati jalan cerita lima adik-beradik lelaki kelahiran Banting, Selangor tersebut yang didedahkan dengan sukan badminton hingga berjaya menjadi jaguh tanah air.
Kredit Facebook Komuniti Putrajaya CyberjayaKredit Instagram @rashid_sidekKredit Instagram @rashid_sidek
Sekaligus diberi tanggungjawab menjadi jurulatih skuad badminton kebangsaan sampai sekarang.
Baru-baru ini Datuk Rashid mengiringi pemain badminton remaja bagi Temasya Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China dari 28 Julai hingga 10 Ogos lepas. Pasukan negara berjaya merangkul pingat gangsa bagi temasya tersebut.
Berpuluh tahun menabur bakti demi negara tercinta, bekas pemain nombor satu dunia ini sebenarnya seorang family man. Pada 8 Julai lepas Datuk Rashid genap berusia 55 tahun dan anak kepada pasangan Dato’ Haji Mohd Sidek dan Datin Rukinah.
Kian bahagia melayari alam rumah tangga bersama isteri tercinta, Datin Azehan Abdul Halim, difahamkan Datuk Rashid mula mengenali cinta hatinya sejak wanita itu berusia belasan tahun.
“Isteri ialah anak saudara kepada arwah isteri Datuk Misbun Sidek. Saya kenal dari usia dia 13 tahun. Kami mula serius umur saya 34 tahun dan isteri 23 tahun sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.”
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ikhwan, Azwin berusia 18 tahun, Eizran 14 tahun dan Irfan, sembilan tahun.
Adik-beradik Datuk Rashid Sidek ialah Rusitah, Datuk Misbun, Datuk Razif, Datuk Jalani, Rahman dan Zamaliah Sidek.
Kesemua adik-beradik lelaki Datuk Rashid terlibat dalam arena badminton antarabangsa dan mendapat pendedahan serta bimbingan daripada bapa mereka.
Melakar pelbagai kejayaan era 90an, selain pernah memegang gelaran pemain badminton nombor satu dunia Datuk Rashid Sidek juga memenangi pingat emas perseorangan lelaki Sukan Komanwel, Auckland, Perseorangan Lelaki Sukan Komanwel, Victoria, Juara Perseorangan Piala Asia dan Juara Perseorangan Terbuka Malaysia.
Legenda badminton negara yang berjaya membawa Malaysia muncul juara Piala Thomas 1992 dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021.
Sukan tempur moden mixed martial arts (MMA) kini menjadi salah satu daripada sukan yang cukup popular terutamanya di kalangan lelaki. Sifatnya yang menampilkan petarung dari pelbagai jenis latar belakang kepakaran seni bela diri menjadikan ia sebagai satu kegilaan terbaru.
Nama-nama hebat seperti Khabib Nurmagomedov, Conor McGregor, Anderson Silva, Fedor Emelianenko dan ramai lagi begitu dekat di bibir peminat sukan tarung.
Di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik khususnya, pertandingan di bawah One Championship telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Ia bukan sahaja menampilkan aksi kepakaran seni bela diri seperti kickboxing malah turut menampilkan atlet dengan latar belakang Muay Thai.
Di negara kita pengaruh sukan ini kian mekar berkembang. Apatah lagi dengan tularnya atlet remaja negara kita baru-baru ini tular menumpaskan lawannya dari Thailand hanya dalam masa 16 saat sahaja.
Foto: FB Johan Ghazali
Remaja berusia 16 tahun, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memaparkan aksi debut yang sangat memukau pada 24 Februari lalu di One Championship selepas menumpaskan Padetsuk Fairtex yang dua tahun lebih tua.
Foto: FB Johan Ghazali
BERNAMA melaporkan bahawa dia berjaya menumpaskan lawannya dengan cangkuk kiri, kombo kanan atas tangan lalu menyebabkan lawannya terus rebah dan tewas dengan knocked out (KO). Kemenangan itu juga membawa durian runtuh buat remaja ini dengan membawa pulang hadiah bernilai RM44.500.
“Alhamdullilah, terima kasih ONE Championship atas peluang ini, terima kasih Chatri Sityodtong atas bonus USD10,000, dan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sejak hari pertama,” tulis remaja itu di Instagram.
Siapakah petarung muda yang hebat bernama Muhammad Johan Ghazali Zulfikar ini? Ikuti beberapa fakta tentang dirinya di bawah.
1. Mempunyai darah kacukan Melayu & Amerika Syarikat
2. Merupakan petarung dari Sarawak
3. Turut dikenali dengan nama gelaran Jojo
4. Dia merupakan petarung dari pasukan Rentap Muaythai Gym
5. Johan turut mempunyai abang, Elias dan adik, Mikail yang turut aktif sebagai atlet Muay Thai.
6. Sebelum pertarungan ini, Johan berlatih secara intensif sebulan setengah.
7. Mendapat didikan dari jurulatih berpengakaman, Addy Singpayak.
8. Abangnya, Elias merupakan idolanya yang pernah meraih kemenangan antarabangsa di Abu Dhabi.
9. Memiliki ketinggian 170cm
10. Berlatih 8 jam setiap hari iaitu empat jam mulai 6 pagi dan pada sebelah petang mulai 4 petang.
Semoga karier Johan Ghazali akan terus berkembang mekar di masa akan datang. Teruskan harumkan nama Malaysia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gelaran manusia terkaya di dunia buat masa ini kembali menjadi milik Elon Musk.
Selepas memperlihatkan nilai kekayaan melangkaui $300 bilion pada November 2024 lepas, hari ini Elon Musk mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi manusia pertama di dunia dengan nilai kekayaan melangkaui $400 bilion.
Nilai kekayaan Elon Musk ini dilihat meningkat lebih laju selari kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. Sebelum ini, Elon Musk sendiri berkempen untuk Donald Trump.
Elon Musk dan Trump
Sejak kemenangannya, saham Tesla meningkat naik, disamping Elon Musk yang sedia mempunyai syarikat lain seperti SpaceX, xAI, X, dan lain-lain. Dua syarikat dengan nilai yang tinggi dibawah Elon Musk juga adalah SpaceX dengan nilai anggaran $350 bilion, selain xAI dengan nilai anggaran $50 bilion.
Ramai yang menyasarkan beberapa polisi Donald Trump kelak akan membantu Tesla, sekaligus membuatkan lebih ramai membeli saham Tesla, dan menjangkakan ramalan baik untuk syarikat pengeluar kenderaan elektrik berkenaan.
Mengikut data semasa Bloomberg Billionaires, nilai kekayaan semasa Elon Musk adalah $447 bilion, sementara Jeff Bezos di tangga kedua dengan nilai kekayaan $249 bilion.