Cuba anda bayangkan jika menggunakan komputer tanpa kemampuan atau konsep menggunakan ‘cut, copy & paste’. Pastinya ia agak menyukarkan kelancaran kita melakukan banyak kerja melibatkan computer sama ada menaip, ubah suai foro dan pelbagai perisian lagi.
Tahukah anda bahawa konsep yang cukup luar biasa ini telah dicipta oleh seorang saintis komputer bernama Larry Tesler. Namanya mungkin tidak dikenang segah atau sebaris dengan Bill Gates atau Steve Jobs, namun bagi ramai pengguna komputer ciptaannya telah menjadikan pengalaman menggunakan peranti komputer dan telefon pintar menjadi sangat judah.
Isnin lalu beliau telah dilaporkan meninggal dunia. Sejurus selepas berita pemergiannya tersebar makin ramai warganet menyatakan tribute mereka kepada Larry.
Larry Tesler merupakan seorang saintis komputer yang bermula di Xerox. Di syarikat tersebutlah di mana beloau mencipta dan memperkenalkan konsep shortcut yang kini diguna oleh pengguna global. Malah ciptaan beliau turut mendapat pujian dan membibitkan keterujaan di hati pengasas Apple, mendiang Steve Job.
Teruja dengan itu, Steve Jobs membawanya ke Apple. Di sana Larry bertindak sebagai antara individu yang membangunkan Macintosh, QiuckTime, Lisa dan Newton. Tuidak berhenti di situ sahaja, khidmat beliau turut ditagih oleh syarikat gergasi lain seperti Amazon dan Yahoo.
Di laman media sosial terutamanya di Twitter, seluruh warganet tanpa mengira umur dan generasi melahirkan rasa ucapan terima kasih mereka kepada Larry.
Bagi ramai pengguna komputer, ciptaan Larry adalah antara yang paling penting dalam sejarah!