Legasi ‘Ninja’ Kembali! MODENAS Umumkan Kemunculan Semula Ninja 250 Dengan Tiga Varian

Share

Buat penggemar motosikal jenama Kawasaki sememangnya sentiasa berada di tempat isitmewa di hati mereka. Sama ada penggemar jenama tersebut atau peminat jentera dua roda, Kawasaki akan sentiasa relevan dalam pasaran global.

Ninja 250

Pada hari ini, Kawasaki telah mengumumkan secara rasminya mereka akan kembali ke pasaran dengan memperkenalkan semula model Modenas Ninja 250, Modenas Ninja 250 ABS dan Modenas Z 250 ABS dari segmen sport bike dan naked bike, menerusi pengedar rasmi baharunya, Edaran Modenas Sdn Bhd (“EMOS” atau “Syarikat”), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS).

Buat pengetahuan anda, susulan daripada peningkatan saham Kawasaki Motors. Ltd (KMC) di dalam MODENAS kesemua model motosikal Kawasaki yang berada pada kelas 650 cc ke bawah akan dijenamakan semula di bawah jenama MODENAS untuk pasaran tempatan.

Ninja 250 ABS
Ninja Z 250

Kerjasama ini dilihat sebagai salah satu langkah positif bagi meletakkan kedua-dua jenama mampu bersaing secara komptetitif dan menawarkan pada harga yang lebih menarik untuk pelanggannya.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Pegawa Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata mereka cukup berbangga kerana mampu berkongsi visi yang sama bersama Kawasaki.

“Kami di MODENAS amat berbangga berkongsi etos yang sama dengan pihak KAWASAKI dalam mengutamakan pelanggan yang mana ia akan memboleh dan memastikan semua pelanggan kami mendapat produk yang berpatutan, berkualiti dan berteknologi tinggi.

“Kami berhasrat untuk membawa penyelesaian yang unik dan pengalaman yang lebih tinggi kepada pasaran dua roda,” jelasnya lagi.

Beliau turut memberi pesanan dan jaminan kepada pemilik Kawasaki baharu dan lama bahawa MODENAS akan memberikan tahapo perkhidmatan pelanggan yang serupa dan mungkin lebih baik.

“MODENAS sentiasa memerhati, mempelajari dan menyesuaikan operasi perniagaan sepertimana rakan kongsi teknikal dan pemegang saham kami, KMC. Bersama-sama dengan KAWASAKI, kami bersedia untuk pengembangan perniagaan yang lebih besar.

“Membawakan anda produk dan tawaran untuk meningkatkan gaya hidup anda melalui pengalaman yang sihat. Sehingga itu, pastikan anda memantau perkembangan kami yang akan datang.” tambahnya lagi.

Berikut merupakan senarai warna, spesifikasi serta harga jualan yang disyorkan:

• Modenas Ninja 250 (2022): “Metallic Carbon Grey” dan “Metallic Matte Graphite” – (RM18,900)
• Modenas Ninja 250 ABS (2022): “Metallic Matte Graphite Grey” – (RM20,500)
• Modenas Z250 ABS (2022): “Metallic Spark Black” – (RM19,500)

Buat anda yang berminat untuk melihat sendiri motosikal ini bolehlah mengunjungi kesemua pengedar sah KAWASAKI bermula 1 Ogos 2022. Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman sesawang rasminya di www.kawasaki.com.my.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim