Lee Zii Jia Kini Wajah Terbaru Kempen Jam Edisi Terhad Terbaru Braun Büffel

Share

Tidak salah jika MASKULIN katakan Lee Zii Jia merupakan antara atlet yang paling popular di negara kita sekarang. Pemain perseorangan badminton negara yang juga Juara All-England 2021 yang kini menduduki ranking pemain ketiga terbaik di dunia menjadi ikon yang cukup berpengaruh terutamanya di kalangan generasi muda.

Terbaru, Lee Zii Jia telah dilantik untuk menjadi wajah bagi kempen terbaru yang dijalankan oleh Braun Büffel, jenama barangan aksesori dan beg terkemuka.

Menerusi kempen baharu dari Braun Büffel’, Lee Zii Jia menjadi wajah bagi meraikan kempen Spirit of Achievement atau Semangat Kecemerlangan. Selain menjadi atlet, Lee Zii Jia diserlahkan sebagai ikon fesyen yang serba elegan.

“Lee Zii Jia mewakili simbol keberanian dan gaya dengan bakat luar biasa dalam bidang sukan badminton. Dia merupakan inspirasi kepada ramai atlet muda.

“Dengan karisma tersendiri dan dahagakan kejayaan, Lee Zii Jia merupakan insan paling tepat mewakili semangat yang dibawa menerusi Spirit of Achievement,” jelas Pengarah Kreatif Braun Büffel, Datin Sri Linda Chen.

Selama empat generasi, Pengarah Kreatif Braun Büffel telah menjadi bukan sahaja simbol fesyen tetapi simbol kepada gaya global yang tidak lekang ditelan zaman. Keluarga Baraun bukan sahaja melakukan transformasi pembuatan barangan kulit Jerman tetapi telah menghidupkan keunggulan kerja tangan sejak penubuhannya pada tahun 1887.

Bersempena ulang tahunnya yang ke-135, Braun Büffel menyemarakkan kempen Spirit of Achievement dengan memperkenalkan koleksi jam edisi terhad dengan tanda pagar #BeBoldWithBraunBuffel.

Koleksi jam LEGACY-135 tampil dengan empat rekaan unik dengan dua jenis pergerakan chronograph dan automatik. Ia dihasilkan menggunakan hasil kerja tangan yang tepat menggunakan 316L stainless steel, Sapphire Crystal anti calar dan Super Luminous.

Ia dilaporkan hanya dikeluarkan sebanyak 135 unit setiap rekaan dengan setiap satunya hadir dengan nombor (contoh “N°1/135”). Secara tidak langsung merupakan ‘homage/ kepada ulang tahun jenamanya.

Jam edisi terhad Braun Büffel ini akan mula dipertontonkan di butik mereka yang terpilih seperti Pavilion KL, The Gardens, 1Utama, Sunway Pyramid, Gurney Plaza (Pulau Pinang) dan Mid Valley Southkey (Johor).

Ia akan dilancarkan pada 4 November 2022 di The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim