Tidak salah jika MASKULIN katakan Lee Zii Jia merupakan antara atlet yang paling popular di negara kita sekarang. Pemain perseorangan badminton negara yang juga Juara All-England 2021 yang kini menduduki ranking pemain ketiga terbaik di dunia menjadi ikon yang cukup berpengaruh terutamanya di kalangan generasi muda.
Terbaru, Lee Zii Jia telah dilantik untuk menjadi wajah bagi kempen terbaru yang dijalankan oleh Braun Büffel, jenama barangan aksesori dan beg terkemuka.
Menerusi kempen baharu dari Braun Büffel’, Lee Zii Jia menjadi wajah bagi meraikan kempen Spirit of Achievement atau Semangat Kecemerlangan. Selain menjadi atlet, Lee Zii Jia diserlahkan sebagai ikon fesyen yang serba elegan.
“Lee Zii Jia mewakili simbol keberanian dan gaya dengan bakat luar biasa dalam bidang sukan badminton. Dia merupakan inspirasi kepada ramai atlet muda.
Ads
“Dengan karisma tersendiri dan dahagakan kejayaan, Lee Zii Jia merupakan insan paling tepat mewakili semangat yang dibawa menerusi Spirit of Achievement,” jelas Pengarah Kreatif Braun Büffel, Datin Sri Linda Chen.
Selama empat generasi, Pengarah Kreatif Braun Büffel telah menjadi bukan sahaja simbol fesyen tetapi simbol kepada gaya global yang tidak lekang ditelan zaman. Keluarga Baraun bukan sahaja melakukan transformasi pembuatan barangan kulit Jerman tetapi telah menghidupkan keunggulan kerja tangan sejak penubuhannya pada tahun 1887.
Bersempena ulang tahunnya yang ke-135, Braun Büffel menyemarakkan kempen Spirit of Achievement dengan memperkenalkan koleksi jam edisi terhad dengan tanda pagar #BeBoldWithBraunBuffel.
Ads
Koleksi jam LEGACY-135 tampil dengan empat rekaan unik dengan dua jenis pergerakan chronograph dan automatik. Ia dihasilkan menggunakan hasil kerja tangan yang tepat menggunakan 316L stainless steel, Sapphire Crystal anti calar dan Super Luminous.
Ads
Ia dilaporkan hanya dikeluarkan sebanyak 135 unit setiap rekaan dengan setiap satunya hadir dengan nombor (contoh “N°1/135”). Secara tidak langsung merupakan ‘homage/ kepada ulang tahun jenamanya.
Jam edisi terhad Braun Büffel ini akan mula dipertontonkan di butik mereka yang terpilih seperti Pavilion KL, The Gardens, 1Utama, Sunway Pyramid, Gurney Plaza (Pulau Pinang) dan Mid Valley Southkey (Johor).
Ia akan dilancarkan pada 4 November 2022 di The Gardens Mall, Kuala Lumpur.
https://www.youtube.com/watch?v=YfraUBuzbfw
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi peminat sneakers dan hypebeast terutamanya Nike Air Max 97 merupakan antara model kasut yang wajib ada dalam simpanan koleksi mereka.
Bila bercakap tentang Air Max 97, secara automatik penggemar sneakers akan terus bayangkan warna ikoniknya yang paling popular iaitu Silver Bullet.
Sebagai antara peneraju dalam pengeluar barangan sukan Nike sentiasa tampil dengan pembaharuan serta eksperimen khusus buat peminat jenamanya.
Terbaru menerusi Nike Golf, mereka memperkenalkan Air Max 97 G. Menggunakan silhoutte Air Max 97, kasut ini merupakan gabungan kasut gaya hidup dan juga golf.
Digelar dengan nama ‘Le Silver’ oleh peminatnya ketika mula-mula diperkenalkan di Itali pada tahun 1997, kasut Nike ini boleh dikatakan sebagai antara model paling ikonik pernah ‘dilahirkan’.
Pada bahagian upper dan midsole, model ini mengekalkan estetika Air Max 97. Cuma apa yang berbeza ialah pada bahagian outsole dan tapak. Sesuai untuk kegunaan pelbagai permukaan terutamanya rumput, ia mempunyai rekaan ‘spiky’ untuk cengkaman lebih kuat.
Jadi buat peminat sneakers dan golf, inilah kasut yang tidak harus anda lepaskan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun pilihan raya datang sekali setiap lima tahun, ada beberapa pasangan selebriti seperti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang tidak keluar mengundi dan menyuarakan hak mereka pada pilihan raya umum ke-14 baru-baru ini.
Ibu kepada Yusuff Iskandar itu mengakui kesilapan mereka dan mengatakan bahawa mereka tidak dapat membuang undi akibat terikat dengan komitmen kerja pada 9 Mei lalu.
Menurut sumber NST, Hanis dikatakan bahawa kerja yang harus diselesaikan hanya pada hari itu, ia tidak dapat ditangguhkan, kerana itu mereka terlepas untuk keluar mengundi. Masalah yang sama juga terjadi kepada Hairul yang terikat dengan satu lagi adengan untuk filem Paskal di luar KL sejurus selepas pilihan raya.
“Tidak boleh ada alasan sama sekali. Tetapi hanya kita tidak mempunyai tarikh lain untuk menggantikan komitmen yang telah kita persetujui sebelum ini. Sukar untuk menukar jadual penggambaran dan kami tidak mahu menyusahkan sesiapa.
“Sekiranya semuanya ia dapat ditangguhkan, ini akan menjadi kali kedua untuk mengundi untuk kami berdua. Malangnya, nasib tidak berada di pihak kami.”
Kami berjanji untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang. Ia adalah tanggungjawab untuk semua rakyat Malaysia yang layak keluar mengundi. Itulah sebabnya hingga hari ini kita kesal mengenainya. Ini adalah kesilapan kami sendiri, “katanya kepada NST ketika ditemui di acara Jakel yang berkaitan Raya di sini hari ini.
Sebelum ini, Netizens telah membuat spekulasi bahawa pasangan itu tidak pernah mengundi pada 9 Mei selepas tidak berkongsi pengalaman pengundian mereka dalam talian tidak seperti selebriti lain dan sebagainya.
*sumber: NST
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemakaian sneakers putih sentiasa evergreen dan tidak pernah lapuk ditelan zaman. Ia juga dianggap item fesyen yang paling mudah untuk disuai padan dengan apa jua pakaian.
Namun, ada satu perkara yang orang berfikir dua kali untuk membeli sneakers putih iaitu ia sukar untuk dijaga. Lebih-lebih, ia mudah kotor apabila kena pijak.
Bagi mengatasi masalah sneakers putih cepat kotor, MASKULIN kongsikan tujuh tip dan cara membersihkan sneakers putih agar ia kekal cantik macam baru unbox.
Cara ini sesuai untuk sneakers putih daripada material getah dan kanvas. Campurkan sedikit sabun mandi ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, gunakan span lembap dan gosok perlahan-lahan pada kekotoran yang ada pada sneakers putih. Selepas itu, jemurkan sneakers putih agar ia kering.
2. Gosok dengan span Magic Eraser
Magic Eraser ini anda boleh dapatkan di kebanyakan pasar raya. Span ini ternyata boleh membersihkan segala kekotoran dengan mudah. Anda hanya perlu gosokkan span ini pada kekotoran pada sneakers putih anda terutamanya pada bahagian getah.
Gunakan berus gigi yang anda tak mahu gunakan lagi. Sapukan dengan ubat gigi dan percikkan sedikit air pada sneakers putih. Selepas itu, sentalkan bahagian sneakers putih yang kotor hingga bersih.
4. Gunakan sabun cuci pinggan atau syampu sebagai alternatif
Sabun jenis ini juga boleh digunakan untuk membersihkan sneakers putih anda. Caranya sama seperti kaedah nombor satu, cuma pastikan anda mengawal sedikit penggunaan cecair pada sneakers putih anda.
Gunakan cecair peluntur apabila keadaan darurat sahaja. Ini kerana, ia akan membuatkan fabrik kasut anda mudah terhakis. Kombinasi yang sesuai adalah ¼ bahan peluntur dan ¾ air biasa. Sentalkan dengan berus gigi dan pastikan anda memakai sarung tangan, bimbang ia boleh membuatkan kulit tangan anda pedih.
6. Elak cuci sneakers dalam mesin basuh
Jangan campak sneakers putih anda ke dalam mesin basuh. Suhu panas di dalam mesin basuh akan membuatkan sneakers putih anda bertukar menjadi kuning. Bayangkan kalau anda membeli sneakers putih berharga RM350, lepas cuci dalam mesin terus susut nilai sneakers putih anda itu.
7. Letakkan uncang teh untuk sedut bau busuk
Tidak dinafikan, ada di antara kita yang menghidapi penyakit kaki dan tangan berair. Bila berair, maka pelbagai bau akan timbul. Jadi, selepas anda membuka sneakers, letakkan uncang teh di dalam sneakers untuk menyegarkan bau sekali gus menghilangkan bau busuk pada sneakers anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.