Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Dong Wook, telah mendedahkan kisah kehidupan cintanya yang kini di ambang usia 43 tahun.
Aktor yang terkenal dengan wajahnya yang tampan dan lakonan yang memukau ini, mendedahkan bahwa dia memiliki keinginan untuk bercinta tetapi mengakui dia ‘malas’ untuk melangkah lebih jauh.
Difahamkan, Dong Wook telah menjadi bintang tamu bagi rancangan Youtube pengacara Yoo Jae Suk, Pinggyego, pelakon berkenaan mengaku kepada para peminat bahawa dia mungkin tidak akan dapat bercinta lagi selepas ini.
“Saya rasa saya tidak dapat bercinta lagi sebab saya sangat malas.”
“Untuk bercinta, kita kena berkawan dan berkenalan dengan seseorang terlebih dahulu”
“Saya dah tak ingat macam mana nak buat semua itu,” jelasnya lagi.
Menurut pelakon Goblin berkenaan, dia sudah tidak tahu bagaimana untuk bercinta kerana dia sudah lama tidak menjalinkan hubungan dengan sesiapa.
Dalam pada itu, pengacara Jae Suk juga turut mengajukan soalan sama ada dia ingin bercinta semula atau tidak.
Walau bagaimanapun, Lee Dong Wook mengungkapkan bahawa dia semestinya mahu tetapi dalam masa yang sama dia sangat malas sementara menjelaskan beberapa halangan terbesar dalam kehidupan cintanya.
Sekadar info, Lee Dong Wook merupakan pelakon terkenal di Korea Selatan. Dia telah memulakan kerjaya sebagai pelakon sejak 1999 dan mula dikenali selepas menjadi teraju utama melalui drama My Girl. Antara drama terbarunya yang mendapat perhatian kebelakangan ini adalah Bad and Crazy, Tale of the Nine Tailed, dan A Shop for Killers.
Adui, macam-macam ya Lee Dong Wook ni tapi faham saja fasa usia macam ni memang malas nak berkenalan dengan orang baru lagi kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
BACA LAGI : Bateri Kereta Cepat ‘Kong’, 6 Punca & Tip Boleh Tahun Sampai 3 Tahun
Artikel diambil dari REMAJA
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.