Lebih Tampan Bila Toksin Dikeluarkan

Share

Toksin terdiri daripada dua jenis,

1.Toksin dari luar (Eksotoksin)

Disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.

2.Toksin dalaman (Endotoksin)

-yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.

Tanda-tanda awal badan terdapat banyak toksin adalah seperti :

• Merasa letih dan kurang bertenaga
• Sering sakit kepala
• Lemah daya ingatan
• Masalah pencernaan
• Susah untuk tidur
• Letih tanpa sebarang sebab
• Lenguh sendi / badan
• Badan banyak angin / sinus
• Cepat merasa cemas
• Penuaan-pra matang
• Berat badan berlebihan

4 cara utama mengeluarkan toksin secara semulajadi

  1. Membuang Air Kecil

Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Dengan meminum air yang banyak setiap hari membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya dengan mudah. Warna air kencing anda boleh memberikan anda petunjuk samada anda minum sejumlah air yang badan anda perlukan. Jika warna air kencing anda  jelas atau hanya mempunyai sedikit warna kuning, maka itu adalah satu petanda yang baik. Jika ia berwarna kuning pekat dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, maka anda perlu minum lebih banyak air.

  1. Membuang air besar

Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Bagi sesetengah individu, untuk ke bilik air sekali sehari juga menjadi masalah, dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar, digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan membantu membuang air besar degan mudah.

  1. Mengeluarkan peluh

Kulit kita merupakan organ yang terbesar  dan memiliki berat sekitar enam paun. Kulit kita bertindak sebagai perlindungan di antara persekitaran luar dan dalam badan.Kulit juga penting untuk melindungi organ dan otot kita.  Ini bermakna, kulit kita merupakan antara salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan toksin dan kekotoran dalam badan. Bagaimana? Melalui peluh. Pakar  juga mencadangkan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu kita hendaklah mengeluarkan peluh seperti senaman dan melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal dan sebagainya. Pilihan lain bagi mereka yang tiada masa ialah, boleh mencuba sauna dan mandi wap.

4. Bernafas
Bernafas dengan betul merupakan antara perkara asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis segala kekotoran seperti allergen. Bantu paru-paru anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat.

Published by
Kim Rahim