Berkonsep UNIQLO is LifeWear dengan melalui rekaan pakaian yang menjadi kehidupan lebih baik dan selesa. Ianya pakaian yang direka khas sesuai untuk semua lapisan budaya dan gaya hidup, UNIQLO percaya invidualiti tidak datang dari pakaian tapi cara mereka berpakaian.
Konsep pakaian UNIQLO juga diambil dari nilai murni masyarakat Jepun yang mementingkan kualiti, gaya ringkas dan sifat tahan lama. Bersempena dengan itu, UNIQLO menjelaskan misi mereka dalam koleksi Spring/Summer 2018.
Koleksi Spring/Summer 2018 dari UNIQLO untuk lelaki dan wanita yang gemar bergaya kasual ketika ke pejabat atau bercuti. Warna-warna ceria dan segar sesuai dengan musim percutian dan paling penting fabrik AIRism membuatkan ia selesa dipakai sepanjang hari.
Bagi pilihan untuk kasual pejabat pula dari acuan warna-warna sejuk dan bercetakan garisan untuk konsep minimal.
Dapatkan Koleksi Spring/Summer 2018 di stor UNIQLO di seluruh negara.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
[FOTO] Sempena Aidilfitri, Ini Antara Koleksi Kurta Raya Pereka Fesyen Tempatan
Selepas bulan puasa yang akan bermula tidak lama lagi, sambutan hari raya Aidilfitri pula akan mengisi waktu seluruh umat Islam.
Meskipun bulan Ramadan belum lagi menjelma, namun kehangatan promosi barangan pada musim perayaan sudah hangat terasa.
Kehangatan kian terasa
Bukan sahaja kuih-muih untuk hidangan kepada para tetamu malah pelbagai jenis pakaian turut diperkenalkan oleh pereka fesyen tempatan.
Baru-baru ini, juga tular beberapa keping foto yang menggambarkan fesyen terbaharu yang diberi nama Kurta Raya, rekaan daripada Anuar Faizal.
Seperti biasa, wargamaya tidak pernah lokek untuk berkongsi pandangan masing-masing lebih-lebih lagi terhadap fesyen yang serba urban ini :
Berdasarkan pengamatan penulis, bentuk tubuh si pemakai akan kelihatan jelas menerusi Kurta Raya ini berkemungkinan kerana faktor kain yang digunakan.
Apa-apa pun, ini adalah antara fesyen baharu baju raya yang dikeluarkan oleh pereka tempatan dan sebagai pembaca Maskulin, kongsikan pendapat anda!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Converse Angkat Karyawan Asia Tenggara Dengan Kolaborasi Bersifat Setempat
Dikenali sebagai salah satu jenama yang cukup sinonim dengan dunia muzik, seni, fesyen dan gerakan sub-budaya, Converse kini tampil memperkasakan karyawan-karyawan serta seniman di rantau Asia Tenggara.
Menerusi kempennya yang terbaru, ‘Create Next’ ia digerakkan dengan matlamat bagi memperkasakan belia komuniti-komuniti kreatif dan seniman-seniman sub-budaya untuk lebih berkarya dalam bidan muzik, seni lukis, sukan, dan fesyen.
Berpusat di Asia Tenggara, kempen ini mengetengahkan belia-belia kreatif serantau dalam satu gerakan budaya yang bersepadu.
Program ini juga dilihat sebagai kesinambungan tradisi jenama Converse yang sudah lebih seabad mendukung budaya ekspresi diri, menghubungkan ahli-ahli muzik, seniman-seniman, atlit-atlit, serta pemimpi-pemimpi dan pemikir-pemikir muda serata dunia dan budaya untuk terus-menerus berkarya.
‘Create Next’ menyaksikan Converse berkolaborasi bersama-sama dengan ahli muzik, penari, pemain luncur dan juga seniman visual serta sinematografi dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Vietnam and Filipina.
Ia juga dilihat sebagai usaha merangsang dan memberikan inspirasi kepada Gen Z dengan bakat, kerja, dan pencapaian mereka.
Selain itu, kempen ini juga dilhat Converse sebagai satu satu seruan kepada generasi seterusnya untuk menggegarkan status quo dengan mereka cipta, membuat penemuan dan meluahkan diri mereka sambil meneroka gaya sendiri.
Melalui semangat baharu ini, Converse berharap dapat merangsang belia-belia kita untuk menjadi lebih kreatif dan menghasilkan karya-karya yang inovatif, memecah acuan, dan segar.
PLATFORM KREATIF SERANTAU
Kempen ini terdiri dari pelbagai aktivasi di setiap negara yang terlibat, sebuah filem pendek 60-saat, dan sebuah jeyarawara.
Jeyarawara ini menampilkan persembahan-persembahan muzik yang telah dijadualkan di beberapa lokasi yang popular di kalangan belia-belia dan komuniti-komuniti kreatif sekitar setiap negara yang terlibat. Converse Indonesia juga akan turut menjayakan konsert muzik Converse yang julung-julung kali di Indonesia pada akhir 2023.
Sebahagian besar kempen ini akan diterbitkan di Singapura, dengan bimbingan seniman sinematografi tempatan Marcus Chow Li Ming yang juga seorang Converse All Star. Penerbitan akan dijalankan di beberapa lokasi popular untuk Gen Z Asia Tenggara, dan akan menampilkan budaya-budaya dan belia-belia kreatif unik dari setiap negara.
Malaysia akan diwakili oleh seniman-seniman seni lukis muda yang berkarya dalam studio mandiri mereka sendiri. Singapura akan menampilkan sebuah lokasi penuh mural yang popular untuk belia-belia berhimpun; sebuah lokasi yang dimana budaya jalanan Singapura bermula.
Vietnam ditampilkan melalui babak-babak di pasar Ben Thanh yang bertempat di bandaraya Ho Chi Minh, simbol dan jiwa Saigon. Filipina pula mengetengahkan Poblacion Makati, sebuah ruang seni dan muzik yang menjadi latar filem pendek ini.
Antara artis-artis yang berkolaborasi dalam kempen ini termasuk:
• Seniman seni visual dan seni halus, Sofia Harun – Malaysia
• Kugiran, Late Night Frequency – Malaysia
• Peluncur, Camy – Malaysia
• Seniman kek, Charmwasabi- Malaysia
• Ahli muzik, Rizkia Laras (@rizia.laras) – Indonesia
• Rapper, Cito Gakso (@citogakso) – Indonesia
• Peluncur, Calgo (@_calgo) – Indonesia
• Penari, Nandita Nada (@nanditanada) – Indonesia
• Penari, Shamey (@shxmeelix) – Singapore
• Ahli muzik dan penari, Pay (@payxabengg) – Vietnam
• Ahli muzik dan penari, Ken San Jose (@kensanjose) – Filipina
Kempen ini akan dilancarkan Oktober ini di semua saluran Youtube Converse serta platform-platform media sosial negara-negara terlibat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Reebok Umum Kerjasama Bersama Penyanyi Popular, Khalid
Sempena tahun baru 2020, Reebok dilihat telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan jenamanya terus relevan dan gah di pasaran.
Pada hari ini, Reebok mengumumkan kerjasama di peringkat global bersama penyanyi R&B meningkat naik yang juga tercalon di Anugerah Grammy, Khalid.
Kerjasama dari dua nama besar dari dua industri berbeza ini bakal memperluaskan misi Reebok untuk memberi inspirasi rekaan kreativiti serta menggalakkan eksperimentasi di kalangan belia pada hari ini.
Menerusi kenyataan media dari Reebok, Khalid cukup berbesar hati dengan kerjasama ini. “Saya suka bagaimana jenama ini menggabungkan elemen lama dan baru serta memberi pernghormatan terhadap rekaan klasik dengan sentuhan berbeza.
“Saya juga berharap agar dapat memberikan inspirasi kepada generasi baru untuk terus berfikiran kreatif dan tidak takut untuk mencuba,” jelasnya.
Pada musim luruh tahun ini, Khalid akan muncul bersama Reebok menerusi kempen pertamanya, ‘Sport the Unexpected’. Ia merupakan kempen yang bakal mengetengahkan gabungan kreativiti Khalid dan Reebok menerusi penceritaan dalam bentuk visual.
“Khalid akan terus menjadi sumber isnpirasi kepada keaslian, kebanggaan dan juga imaginasi bagi golongan belia pada hari ini.
“Menerusi muzik yang original serta perkongsian perjalanan seninya, Khalid membawa simbol kreativiti yang selaras dengan misi kami di Reebok, jelas Timbalan Presiden Pemasaran dan Dagangan Digital Reebok, Matt Blonder.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI